Posts

Showing posts from November, 2017

Overloaded

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Khamis!~
mengharapkan hari ini lebih baik dari semalam. tapi pagi-pagi mood dah jatuh merundum dengan begitu teruk sekali. kalau boleh tak nak bawa masalah semalam ke hari ini. nak buat macam mana, setiap hari kita masih buat kerja yang sama.

perkhabaran yang paling gembira, bangun pagi air dah ada semula. kesian kawan aku yang paling kurus terpaksa angkat air tong yang besar. semua orang tengok pun tergelak. satu bangunan dengar.
tak berniat untuk membebel hari ini. tapi terpaksa sebab terlalu stress.
sebelum balik semalam kena buat kerja tambahan yang sebenarnya boleh di elakkan jika disemak dengan betul. dan permasalah yang menjadi aku panas dan memohon agar kesabaran aku masih ditahap yang tertinggi, bila semua kesalahan tersebut dituju kembali kepada orang yang membuat akaun tersebut. sendiri yang semak, tak tengok dengan betul. lagi mahu salahkan orang lain. terpaksa buat ker…

Crying Month

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::::


Salam Rabu!~ mood membebel dah kembali. walaupun masih tiada point apa yang perlu dibebel hanya untuk melepaskan stress, tension dan bosan.
bermacam yang singgah. yelah setiap manusia ada masalah. bukan masalah yang mahu dikongsikan. hanya sekadar melepaskan lelah yang bersarang. sebab terlalu penat sebenarnya.
bila tiba bulan November, akan tiba satu perasaan
"alamak November"
sudah serupa nampak hantu pula.
stress dengan masalah manusia yang terlalu rigid dan perangai serupa ntah apa-apa. bukan bermakna aku begitu sempurna. tapi berpada-pada. tidak perlu nak telefon 24 jam untuk bercerita tentang masalah yang timbul. sekadar hantar email. selesai masalah. kadang tidak faham dengan manusia yang sebegini.
aku tahu itu adalah piawaian mereka untuk mencapai KPI masing-masing. tapi menyusahkan ramai pihak. seolah kami hanya uruskan syarikat mereka sahaja. kalau nak bercerita tenta…

Its Random!~

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::

Salam Khamis!~ lama sudah menginginkan entri ini akan tetapi kekeringan idea yang kronik. malah, kekeringan gambar yang perlu diletakkan didalam entri yang sebegini. ayuh layan random yang tidak seberapa. dan kebanyakannya tentu gambar yang sudah berkurun lama.


gambar paling terbaru. ahad yang lepas. seronok hana berlari kearah air yan memancut. bukan main pegang air. tambah-tambah pandai berjalan. baru pandai berjalan sudah mahu berlari. jatuh lah jawabnya.

muka seronok bukan main.
ikut hati memang suka jalan-jalan cuci mata di Paradigm Mall, Kelana Jaya sebab tidak berapa ramai orang dan tidak sesak. ramai pun hanya di BO dan Padini sebab ada diskaun. selain dari tempat itu masih lagi terkawal. tempat paling selesa untuk berjalan cari makan.

ABIM Petaling Jaya. Terima kasih atas segala tunjuk ajar. dan saling membantu antara satu sama lain bila dalam kesusahan. terima kasih kerana kita…

impian

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::

Salam Rabu!~ hasil perbincangan malam tadi tiba-tiba nak berkongsi di sini. bukan apa. simpan sebagai memori. sebab yang baca pun diri sendiri.

sejak hidup bertiga, kami suka berbincang. kadangkala dalam tutur kata yang elok. kadangkala mencarut. kadangkala faham-faham jelah bila wanita berbicara.
macam pernah cerita pada entri sebelum-sebelum. bila kita belum berkahwin, kebanyakan rakan-rakan yang dah berkahwin meluahkan isi hati mereka kepada kami. bukanlah semua. setiap seorang pasti akan ada mereka yang berkongsi. dan perkongsian itu, kami bincangkan. biasanya kami berbincang bertiga. tanpa menyebut nama. berkongsi masalah dengan cerita yang kabur yang penting isi penting itu ada. isi penting itu yang dibincangkan. sebenarnya untuk tauladan kami bertiga. sebelum berkahwin perlunya ilmu.
tiba-tiba terlintas dalam salah seorang
"kau memang dah nak kahwin ke?"
"aku?"
&q…

My Menu

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::

Salam Isnin!~ mengembalikan semangat di pagi Isnin yang lemau setelah bercuti dua hari. perkara yang biasa bagi semua orang bila tiba hari Isnin.

saja nak buat 'My Menu' untuk minggu pertama. semoga hari-hari mendatang kembali bersemangat tengok semua menu. bila semangat dah mula turun. belek semula menu pasti kembali bersemangat.
nak post di instagram tapi asyik tak sempat.

lauk pertama bila mula tanpa sengaja. bila baca entri sebelum ini ada menyatakan terus mula dengan tiba-tiba hari isnin. kawan aku terus suruh mula. terus je mula tanpa berkata nanti. nanti. nanti.

hari kedua mula puasa.

makan untuk sahur. kenyang dan sangat kenyang sebenarnya. sebab minum 1.5 liter air dan 300ml teh hijau.

berbuka dengan tomyam sayur dan ikan goreng. seekor ikan sebenanya. disebabkan mahu gambar yang cantik terpaksa potong setengah ikan. demi gambar cantik.
rabu pagi makan nasi lemak 1/2. da…

Back to Track!~

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::

Salam Khamis!~ bila dah bertemu kembali dengan mood membebel baru tahu nak daftar masuk kedalam blog sendiri.
kali ini harap menjadi. sebenarnya bila kita diet betul-betul, pasti menjadi. cumanya bila menjadi turun dalam 10 kg dah mula bangga diri. kembali hidup cara yang lama. baru berjaya sikit dah menggelabah.


bagi aku semangat sentiasa ada tetapi untuk berterusan dalam jalan diet itu yang buat aku gagal setiap kali. sedih tapi itulah diri yang sebenar. banyak kali kembali ke jalan. isiqamah itu memang payah untuk aku jumpa dalam diri ini. bagi aku susah dan itu antara sebab terbesar kenapa aku masih lagi besar dari dulu.
kembali bersemangat nak mula. antara sebab-sebabnya.
belek gambar lama.
kadang ada sebab kenapa susah nak pindahkan gambar ke komputer sebab suka teringat kenangan lama. kalau ada masa, memang suka membelek. kemudian, post instagram. masa tengah fokus. paling lama mam…