Posts

Showing posts from April, 2018

2 buah buku baru Teme Abdullah

Image
::: bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Isnin!~ macam mana isnin hari ni? mood kelaut juga ke sebab esok nak sambung cuti lagi? sempena hari last bulan April nie. buatlah satu entri khas untuk buku baru Teme. sumber google tak baca lagi, jalan cerita pun tak tahu berkaitan dengan apa. buku pun tak pegang lagi. tak pasti pernah tak buat kembara buku pasal buku-buku Teme. rasanya macam tak pernah. takpe, jika diberikan kesempatan waktu aku akan tulis kat sini. tapi kalau cari kat instagram atau twitter banyak dah orang cerita pasal buku-buku Teme. lebih banyak kebaikan dari keburukan. manusia ni ada bermacam habit. beli buku suka dengan jalan ceritanya dahulu. tertarik untuk membeli kerana orang sekeliling becerita tentang kebaikan-kebaikan yang disampaikan didalam buku tersebut. dan lagi satu ada juga yang membeli kerana minat dengan penulisnya. aku? sebab aku ter

Alahai...Stresssnyaaa

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Isnin!~ tepat-tepat jam 2.00 petang, terus log in blog sebab nak membebel. rasanya macam dah lama tak membebel meluahkan perasaan yang terbuku dihati. bila sampai part nak membebel ni, biasalah. tengah stress sangatlah tu. ada juga mengadu kat twitter tapi aku rasa macam tak berapa sesuai. nanti orang kata asyik nak mengeluhh je. sebenarnya aku memang dah tak tahan sangat nak keluarkan apa yang berbuku dikalbu. nak mengadu dekat manusia, setiap orang Allah beri ujian yang berbeza. akhirnya memang blog je pilihan aku. kadang bila kita mengadu kat manusia,  "sabarlah" "sabar ya" "sabar" "sabar" ya, aku pun kadangkala hanya mampu memberi kata sabar pada mereka. tapi kadangkala bukan perkataan sabar yang aku mahukan. aku sendiri tak tahu, aku nak apa. kata-kata motivasi yang mampu mered

Cabut Gigi 2.0

::: Bismillahirramanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Jumaat!~ bila nak tiba hujung minggu ni seronok betul hati. berbunga-bunga. setiap hari menghitung hari nak hari minggu. tapi bila tengahh diet, kurang suka hari minggu sebab diet mesti kelaut. tapi suka je hari minggu. kenapa 2.0? sebab sebelum ni pernah je update pasal cabut gigi boleh tekan link bawah ni. cabut gigi kali ni dah kali kedua cabut gigi kt dentist. nak jumpa doktor gigi bukan main takut. berzikir sepanjang jalan tanpa henti. kalah nak gie jumpa bakal mak mertua. walaupun belum pernah jumpa. calon pun belum jumpa patah lagi bakal mak mertua. trauma 2 tahun lepas masih tak habis lagi sebenarnya. disebabkan gigi yang sakit dua tahun lepas dah tak sakit. dan dah cabut satu gigi, bertangguh punya lah lama. nak hilangkan trauma pun bukan main lama. sebenarnya taklah hilang trauma lagi. tapi memang redah je. sebab

Argan Oil - La Argania

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Khamis!~ seminggu sekali baru mampu nak menulis. jadilah. ada juga wakil untuk bulan April ni. kalau tiba musim rajin bukan main!~ aku pernah melalui fasa muka breakout. aku pernah bercerita juga sebelum ni. boleh klik di link dibawah!~ skin care apa penjagaan yang aku ambil. rutin harian sebelum pergi kerja. itu jelah yang paling rajin. Alhamdulillah setelah 4 bulan aku amalkan Argan Oil La Argania, kulit semakin okey. dan aku berpuas hati. aku ni agak memilih bila berkaitan dengan kulit muka sebab jenis malas sikit nak jaga sangat. jenis ikut mood sikit nak pelihara. bila dah teruk, teruk juga hati aku. kebaikan argan oil. boleh rujuk pada gambar ni!~ tidak perlu risau kerana La Argania adalah bahan organik. dan semula jadi. paling-paling penting. aku suka tekstur dan bau wangi La Argania. sangat suka. ce

Comeback - Decendent of The Sun

Image
::: Bismillahirahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Jumaat!~ terasa nak membebel sesuatu di hari Jumaat yang indah lagi berseri. macam biasa bila hari Jumaat mood nak bangun pagi tu agak malas sedikit. macam dah terasa nak cuti dah. tapi buat kerja bukan main laju. lain sungguh mood dengan hari isnin. genre movie atau drama yang mana jadi kegemaran korang? bila cakap pasal drama, aku tak tahu kenapa aku minat dengan drama dari Korea. tapi semua ikut mood. bila rasa nak layan drama, maka akan layan je drama. bila tiba masa nak membaca, akan baca je sampai tidak hiraukan drama. bukan semua drama korea aku suka. ada juga drama melayu yang aku suka. sebenarnya lama juga aku tak layan drama korea. masa zaman belajar degree, memang tak layan langsung. rasanyalah. sebab ada drama yang buat aku come back tengok drama korea. adalah dalam 3 4 tahun tak layan korea. bila orang ramai sangat vira

Selamat Pengantin Baru Nonon!~

Image
::: Bismillahirahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Selasa!~ semoga April menjadi bulan yang baik-baik saja. dan hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi untuk kita menyambut Ramadhan. sekejap masa berlalu. terasa baru semalam tahun baru menjelma, tahu-tahu sudah sampai ke 1/3 tahun. minggu lepas balik kampung sebab majlis resepsi Nonon. dah lama dia cakap tarikh. dari tahun lepas kalau tak silap. kalau tak balik, macam tak sedap pula sedangkan dah berniat untuk cuti hari Jumaat kalau tiba majlis dia. apakan daya, tarikh dia akhir bulan. terpaksa batalkan niat. bila tiba hujung bulan ni susah sikit nak cuti. semua due date tiba hujung bulan kan. bagi aku majlis yang sangat meriah. masih dipenuhi dengan senyuman. dan kegembiraan walau disudut hati yang paling dalam kita tak tahu macam mana. aku masih terasa maksu ada. masih terbayang-bayang senyumannya. masih ternampak kegembiraan diwaja