Posts

Showing posts from June, 2018

Belum Bersedia

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::

Salam Jumaat!~ seronok esok dah kembali weekend kan? entri raya masih tak buat lagi. basilah nampaknya. syawal tahun ni jatuh bulan-bulan yang agak sibuk untuk hantar borang individu kat LHDN. masih belum ada waktu nak edit gambar. kalau masih dikurniakan kerajinan untuk edit. kalau tiada kerajinan, nampaknya tengoklah jelah gambar-gambar yang comot.

kali ni entri lewat senja. bukan main. baru sahaja selesai tengok cerita Halalkan Hati Yang Kau Curi yang terakhir. sebenarnya aku bukanlah jenis manusia yang melayan sangat kecuali pelakon yang aku suka. tapi pendapat aku cerita ni permulaan agak menjengkelkan tapi pertengahan sehingga ke akhirnya bagi kesan positif jika pandang ia positif. bagi kesan yang mendalam dan ilmu kepada mereka yang menonton.
satu iktibar yang paling aku terkesan kehilangan orang yang aku sayang. Delisha kehilangan nenek yang sangat dia sayang, dan untuk terima ke…

Kenangan Bersama

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Jumaat. artikel lewat petang. jarang sebenarnya buat entri lewat-lewat petang macam ni tapi tiba-tiba idea datang melanda. cepat-cepat buka blog sebelum berlari-lari meninggalkan kepala kita.
terdengar lagu dari Shila Hamzah 'Memori Tercipta' sambil isi air kat pantry sambil termenung terkenang memori-memori lama.
lama dah tak bercerita pasal cinta. tapi bukan entri sedih sebab sejak tukar nama blog memang dah bertekad taknak cerita lagi cerita-cerita sedih walaupun dalam keadaan sedih. insyaa Allah akan cuba sedaya yang mungkin. tapi sekali-sekala apa salahnya meluahkan rasa yang dah lama terbuku.
macam aku pernah cakap, aku suka meluahkan kat sini. akhirnya memang aku sendiri yang akan baca walaupun dah bertahun lama sekali pun jauh kebelakang.
disini jua memori tercipta walau seketika terjalin kasih kita mungkin disini kita kan terpisah kenangan bersama tiada kulupa
setelah …

Adat Orang Jawa

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Khamis! masih ada yang bercuti? seronoknya. ikutkan hati memang nak sambung cuti sebab semalam macam ada tanda-tanda nak demam beguk. walaupun demam tapi gigih berjalan raya. bila lagi nak kenal saudara-mara kan? setahun sekali je dapat bersua muka. kadangkala makan bertahun-tahun baru berjumpa semula.

Alhamdulillah dah sampai ke 7 Syawal. cepat betul masa berlalu. rasa macam baru semalam sibuk-sibuk kemas-mengemas. masak-memasak untuk raya. bila membayangkan minggu lepas rasa macam tak sanggup pula nak kembali ke belakang. seronok tu seronok. membayangkan kepenatan tu yang jadi tak seronok.
minggu lepas, Rabu dah mula cuti. balik kampung beramai-ramai sampai tak muat kereta selasa malam Rabu. sampai rumah dalam jam 2 pagi. tapi pagi-pagi dah kena bangun sebab mama nak munjung.
munjung ni adat orang jawa Johor. aku rasa macam kat Johor je yang ada. mungkin jawa tempat lain pun ada. …

Ramadhan 1439

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Isnin. Salam 26th Ramadhan. berbaki tiga hari, semoga terus sakti dalam ibadah untuk Ramadhan kali ini.



banyak rezeki yang Allah turunkan Ramadhan kali ni. sangat banyak, sehingga aku malu. kadang terlintas
"layakkah aku terima nikmat yang sebegitu banyak sedangkan aku masih lagi membuat dosa setiap hari??"
cepat-cepat beristighfar. kena fikir hikmah, kenapa aku diberi. tidak perlu mepersoalkan pemberian Tuhan.
'nana, nana'
satu hari tengah sibuk memasak untuk juadah berbuka, aku terdengar salah seorang kawan serumah menjerit.
"sedihnyaaaa. sedih sangat. berbaki tak sampai setengah jam. dia datang. gerammmm. gerammmm" merungut sambil minum air
"tak baik fikir macam tu. kita kena fikir itu rezeki. konsep rezeki ni ada banyak. fikir je itu semua rezeki. tak baik merungut"
mungkin kalau jadi pada aku, mungkin aku pun akan merungut. sebab dah berpuasa …

Jumaat Terakhir

Image
::: Bismillahirrahamnirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Jumaat!~ Salam 23th Ramadhan.
hari ini merupakan jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan untuk tahun 1439 Hijrah. sayunya rasa hati, ramadhan dah nak pergi. belum tentu bakal ketemu lagi.
saja nak tulis meluahkan rasa. bila pagi-pagi ni idea fresh selalu menjelma.
berbaki lagi 6 hari untuk kita menghayati Ramadhan. semoga semakin baik amalan-amalan yang dilakukan. terutama untuk diri sendiri yang sentiasa culas dan malas.


rebutlah peluang yang Allah beri. kerana kita belum tahu masa depan nanti. jadikan Ramadhan ini tempat untuk mengumpul pahala. lebih utama keberkatan dari Allah. agar apa yang dilakukan semasa Ramadhan akan berterusan untuk bulan-bulan yang mendatang. menjadikan kita insan yang lebih baik malah lebih dari sekarang.
perasaan nak raya, memang tak sabar sebab hari pengumpulan keluarga. tambahan family besar yang jumpa hanya setahun sekali. kecuali bila ada majlis kahwin…

Ikhlaskah aku?

Image
::: Bismillahirahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Khamis! Salam 22 Ramadhan.
dari semalam perasaan resah dan gelisah menghantui diri. pagi-pagi buka blog, terasa macam nak membebel. tapi lebih baik buat satu entri yang beri mafaat kepada semua orang. tambahan dibulan-bulan puasa.



bila kita kata tentang ikhlas, pasti akan tergambar satu cerita tentang semut hitam. kisah yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu hurairah
"ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada malam yang gelap"
penampakan ikhlas bukan pada mata kasar. tetapi dirasai dengan jiwa. kerana ia boleh dirasa, dari hati yang merasai kehadirannya. tanpa meluahkan rasa. kerana takut wujudnya bangga. pembunuh rasa apa yg dirasa dalam jiwa.
satu lagi yang aku cari dalam hidup adalah makna Ikhlas. apa sebenarnya rasa ikhlas?
aku merasa bila ikhlas, kita tidak mengungkit segala perbuatan, perlakuan dan segala pengorbanan yang telah kita lakuk…

Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Rabu! Salam 21th Ramadhan.

Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita. sedih. alhamdulillah dapat rasa kepuasan pada Ramadhan kali ini. walaupun macam kekurangan masa untuk membaca, tapi Allah menggerakkan hati untuk membaca Al-Quran dan amalan-amalan lain. terasa sangat bersyukur kerana Allah memilih aku untuk merasa nikmatnya. bersyukur kerana terpilih.

hari ni tergerak hati nak buat Kembara Buku. tak lama lepas baca Impian Jalanan, terus je baca Empayar. tapi belum masa nak bagi pendapat. kena tunggu mood.


Pertama kali Teme menceburkan diri untuk buat novel. kerana 3 buku yang sebelum semua dalam genre yang sama. buku ke empat mula beralih genre.
bagi aku bagus kerana sampai bila kita mahu melukirkan gambaran kehidupan kita pada orang lain melalui penulisan-penulisan. tidak salah memberi inspirasi, cuma takut terganggu privasi. apa yang diharapkan semoga terus memberi inspirasi t…