Belum Bersedia
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Jumaat!~ seronok esok dah kembali weekend kan? entri raya masih tak buat lagi. basilah nampaknya. syawal tahun ni jatuh bulan-bulan yang agak sibuk untuk hantar borang individu kat LHDN. masih belum ada waktu nak edit gambar. kalau masih dikurniakan kerajinan untuk edit. kalau tiada kerajinan, nampaknya tengoklah jelah gambar-gambar yang comot. kali ni entri lewat senja. bukan main. baru sahaja selesai tengok cerita Halalkan Hati Yang Kau Curi yang terakhir. sebenarnya aku bukanlah jenis manusia yang melayan sangat kecuali pelakon yang aku suka. tapi pendapat aku cerita ni permulaan agak menjengkelkan tapi pertengahan sehingga ke akhirnya bagi kesan positif jika pandang ia positif. bagi kesan yang mendalam dan ilmu kepada mereka yang menonton. satu iktibar yang paling aku terkesan kehilangan orang yang aku sayang. Delisha kehilangan nenek