Posts

Showing posts from February, 2018

~WWF~Wordless Wednesday Farhana~

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: D.O.A. mintak sesungguhnya pada Allah yang Esa. kerana Dia bisa mengubah hati keras menjadi lembut. kerana Dia bisa membina kekuatan. kerana Dia bisa menghantar keyakinan. kerana hanya Dia bisa membolakkan hati manusia.

Its Random!~

Image
::: Bismillahirahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Khamis!~ berjumpa lagi dalam its random. bila rasa gambar macam dah banyak. boleh lah ber its random. lagipun nampak entri-entri Februari macam sedih-sedih belaka. so, layan lah gambar yang berapa ada dan tidak ni. bukanlah seorang blogger yang tegar tapi memilih untuk berkongsi pendapat dan pandangan terhadap sesuatu perkara. serta mencurahkan idea tatkala ia datang menjelma. maka, tidak banyaklah gambar. Selamat pengantin baru Fatin & Fawaz. baru je berlangsung minggu lepas. dan ini adalah rumah pengantin yang paling lama aku datang. kalau besfriends tu semestinya lah lama, kadang sebab kena jadi bridemaids. tapi ni sebagai tetamu, lebih kurang 3jam juga lepak sini geng housemate. kalau nak di ikutkan ramai housemate kiteorang. bertukar-tukar orang. dan akhirnya kiteorang saja lah yang tinggal bertiga. geng Abi

~WWF~ Wordless Wednesday Farhana~

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: T.U.N.J.U.K bahagia dan kecewa tidak perlu ditunjuk-tunjuk diberitahu mereka yang tidak perlu tahu kerana hanya kita yang rasa bukan mereka.

Makcik Bawang

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Selasa!~ sekarang tengah popular term Makcik bawang dalam kalangan netizens. pernah ada suatu hari, salah seorang sepupu kata aku one of makcik bawang. tak marah pun. cuma. sampai sekarang ni aku duk memikir tang mana aku boleh sampai jadi salah seorang makcik bawang. sometime, aku fikir dia mungkin bergurau. tapi kadangkala aku terambil serius apa yang dia dah kata. serius bukan bermakna aku marah. tapi membuatkan aku terfikir dan berfikir. 'betul ke aku ni termasuk dalam golongan makcik bawang?' 'serius ke aku makcik bawang?' tapi dari segi persoalan macam nampak sangat bawangnya. *rolling eyes* kadang kala aku ni tergolong dalam golongan mereka, adakah sebab aku menyuarakan pendapat aku kat media sosial? adakah sebab aku menulis entri di blog? maknanya aku kena berhenti buat semua benda ke? bagi dia, mungki

Sweet Promises!~

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: masih memikirkan tajuk yang sesuai berkenaan dengan entri kali ini. bukan cerita sedih aku tapi aku nak sampaikan pendapat dari sudut hati aku. walaupun cerita ni takde kaitan dalam dengan hidup aku. tapi sakitnya aku tetap rasa. bukan apa, kita sesama perempuan kan. bila dipermainkan ni rasa macam  geramnya aku dengan orang lelaki ni. tapi ada juga berlaku pada lelaki yang aku kenal. boleh ambil mudah dengan janji yang sudah dicipta. bukan semua, segelintir dan sebahagian lelaki. "siapa makan cili dia rasa pedas." sesiapa yang tidak terlibat, bagi aku tak perlu untuk triggered sangat. benda ni berlaku pada kawan aku. dia kenal dengan seorang lelaki tapi suatu hari lelaki yang dia kenal, berubah dalam sekelip mata. perubahan yang terlalu obvious. sangat! dari seorang yang selalu call, saling balas mesej antara satu sama lain, mal

Kecewa yang Sementara

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Rabu!~ peristiwa ni lama dah berlaku. 10 tahun yang lepas, Allah berikan kekecewaan yang aku sendiri tak mahu untuk kenang dan ingat. satu perasaan yang meruntun jiwa sampai sekarang. Allah berikan kekecewaan atas keputusan SPM aku dimana Allah tidak pernah sekali mengecewakan aku dalam semua peperiksaan besar. Allah sentiasa berikan rezeki yang melimpah-ruah sebelum ini. dan aku memang sendiri nampak macam mana usaha aku sebelum ini, jika nak dibandingkan dengan usaha semasa SPM. sangat-sangat lain. bila dapat keputusan,hanya mampu pandang. kembali kekereta, sebab nak balik semula ke hospitaal untuk jaga arwah Nyaie. "dapat berapa?" *menangis sambil hulur slip keputusan* "xpe, boleh cuba lagi lepas ni" satu perasaan yang tidak mampu diungkap. aku dah kecewakan abah. dan keseluruhannya. malu dan sedih. bila

Rezeki

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Jumaat!~ saja nak berceloteh lepas dapat idea hasil termenung sebentar tadi. bagi aku tahun 2017 adalah tahun yang agak mencabar bagi aku. ujian datang bertimpa-timpa tapi dalam masa yang sama Allah tetap permudahkan perjalanan aku untuk berjalan antara yang paling aku nampak. dan juga nikmat-nikmat lain yang Allah berika tanpa aku sedar. bila orang tanya "banyak duit kau berjalan? kata takde duit?" "bila rasa tu datang walau rasa kesempitan duit sekali pun, pergi je sebab kalau nak tunggu duit berkepuk baru nak pergi, tak berkepuk-kepuk pula duit tu" bagi orang duit bukan segala-galanya. tapi segala apa yang kita nak buat memerlukan duit. cuma jangan terlalu obses dengan duit sampai memakan diri. sejak akhir 2015 dapat tawaran untuk mengajar hari minggu di sebuah taman dari jumaat hingga ahad. alhamdulillah. ingat pu

Overnight Oat

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Khamis!~ Salam Februari!~ pejam celik pejam celik dah sebulan berada dalam tahun 2018. sekejap betul rasa bila semua manusia terkejar-kejar masa. terlalu banyak benda yang dibuat sehingga tidak sedar masa berlalu begitu pantas. sudah lama teringin nak buat overnight oat tapi tidak tahu resepi mana yang sedap. pernah buat overnight oat blueberries tapi tak sedap dan terlalu masam sampai terasa taknak makan. bila fikir membazir. makan jelah. dua minggu lepas gigih mencari resepi dari Facebook. simple dan bahan memang sedia ada. Carrot cake!~ perancangan nak buat Banana cake. tapi disebabkan mencari pisang tak jumpa. beli je lobak sebab senang cari kat kedai biasa pun ada. Bahan 1) oat 2) susu segar 3) yogurt asli 4) madu 5) chiaseed 6) lobak 7) serbuk kayu manid rasa memang sebiji macam carrot cake. rasa b