Posts

Showing posts with the label corat-coret

Abad 21 Yang Tak Dijangka!~

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Selasa!~ lamanya tak berkunjung kesini. tak terjangka tahun 2020 wabak melanda dunia. wabak covid19. bermula dari November 2019 dan sehingga kini dunia belum pulih sepenuhnya. ada negara yang masih berjuang habis-habisan. ada juga negara yang dalam proses pemulihan. tetapi hidup dalam norma yang baru. Malaysia mengamalkan beberapa Perintah Kawalan Pergerakan secara berperingkat dari Mac sehingga Ogos. tujuan utama adalah untuk mengawal penularan wabak covid19. banyak perancangan sepanjang 2020 tidak dapat dilaksanakan. tidak dapat ditunaikan. bukan kita sahaja malah satu dunia diserang wabak yang sama. Penularan bermula dari Wuhan dan tersebar dengan pantas ke seluruh dunia. jumlah kematian saban hari semakin meningkat. alhamdulillah, Malaysia cepat bertindak menutup pintu antarabangsa. walaupun tidak terlalu cepat, tetapi sedikit sebany...

Sumber Inspirasi!~

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Hai!~ Salam Rabu!~ terasa macam nak bersembang sikit harini. tiba-tiba muncul idea. lama dah nak buat kat instagram, kira macam nak tanya pendapat  what will you do if you are lack of motivation? nantilah aku tanya. kat story ni ramai sikit kalau respon. pernah tak korang rasa down? lack of motivation untuk hidup? so, apa yang selalu korang buat untuk bangkitkan semula motivasi untuk diri sendiri? aku tahu semua orang akan rasa benda yang sama. aku tak tahu pernah tak aku bangkitkan isu ni. tapi nak cakap juga balik. ada satu hari yang kita rasa macam tertanya-tanya pada diri kita dan rasa sangat yang we are loser. pernah kan? aku pun pernah. tipulah kalau tak pernah lagi lah perempuan yang lemah. eceeehhhhh bila tiba masa tu datang, aku akan rasa lemah je sepanjang masa. setiap hari menangis. perasaan itu akan datang...

Masih relevenkah blog?

::: Bismiilahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Khamis!~ my mood membebel dah sampai. lama dah tak membebel kat sini kan? rindu juga sebenarnya tapi takda topik yang sesuai untuk dibebelkan. pagi ni untuk hilangkan rasa bosan dengan kerja-kerja atas meja. konon nak baca-baca cerita kat blog yang aku suka baca tapi dieorang macam lama tak update. suka dengan cara kehidupan dieorang. life yang beri inspirasi untuk hidup aku. then, timbullah idea nak membebel. adakah blog tidak lagi releven buat masa sekarang? aku perasan sekarang banyak orang dapat job melalui instagram. dan timbul igfemes yang sangat ramai dalam media sosial macam cendawan tumbuh selepas hujan. mungkin bagi golongan muda gen z dan seangkatan dengannya merasakan blog is not relevance for them. rata-rata they use instagram to earn money and followers. facebook pula sudah dipenuhi dan dibanjiri dengan mereka yang agak berumur. ...

D'Lata Jerbus, Kuala Kubu Baru

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Isnin!~ and Happy belated birthday to me. apa salahnya wish untuk birthday sendiri untuk lebih hargai diri sendiri. gituhhh!~ dah hampir seminggu lebih baru sempat nak upload gambar dan cerita. sebab hari yang sama malam tu bertolak gie langkawi. cerita langkawi nanti kami cerita lain okey. budak-budak ni saja nak berpiknik kat Lata Jerbus. sambil makan, sambil bakar-bakar ayam dan kambing sambil berborak sambil main air sungai. bagus betul perancangan dieorang. seronok!~ hopefully ada lagi aktiviti macam ni. rancang perjalanan gerak dari ofis dalam jam 8 pagi. tapi biasalah bila dah ramai-ramai kan. jadi bergerak dari ofis dalam jam 9.30 pagi. dengan 2 kereta. satu serena and waja. lebih kurang 10 orang join. disebabkan perjalanan panjang dan nak tido pun macam tak boleh nak tido. kami berempat naik Serena aku,...

Dan Ketika Itu

::: Bismillahirahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Isnin!~ Hi November please be nice okey. berdebar rasanya bila November dah datang ni. dah dengar lagu Zulin Aziz? dengarlah. lirik dia padu dan ringkas tapi jelas apa yang dia nak sampaikan. sebenarnya dah lama nak buat entri berkenaaan dengan kes dia tapi hari ni hati tersangat bercampur-baur. tambahan di kala hari isnin mood bercampur baur ni bukanlah satu kombinasi yang padu tapi sendu. maka, ayuhlah kita membebel di blog. supaya boleh release sikit-sikit rasa walaupun bukan semua. sebagai public figure, apa yang dia alami ini membuka mata semua orang termasuk juga aku. macam mana dia handle. dan how she's survive her life after all of this happen to her. buka mata dan hati setiap orang (eh bukan semua orang) bahawasanya setiap ujian yang Allah beri dan rezeki yang ditangguhkan pasti ada sebab. sebab yang paling jelas ternyata i...

Tonsil

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Isnin!~ no Monday blues okey. ni cakap pada diri sendiri je sebenarnya. sebenarnya nak update pasal hiking Bukit Puchong last week. tunggu rajin nak transfer gambar.. insyaa Allah ini pun taip laju-laju. sementara masih masa ada untuk update blog. sebab harini rushing buat semua benda sebab esok dan rabu dah kena attend seminar audit express. tonsil ni dah dua minggu juga bertakhta. lama dah tak kena tonsil sebenarnya. semua berpunca bila time panas-panas aku gie makan tembikai. aku alah tapi tengok tembikai yang sejuk-sejuk tu menyeronokkan. lalu kat tekak. maka, lupa akibat. setiap orang ada jenis-jenis makanan yang sensitif dengan tonsil. macam aku tembikai. dan bertih beras. tapi tembikai tu bukan tak boleh makan langsung.  cuma xboleh makan time cuaca panas terik. umpama beri baja pada tonsil dan bengkak. maka, sakit u...

Hati berkecamuk

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Jumaat!~ seronoknya esok dah cuti tapi agak memenatkan sebab minggu ni pindah rumah. setelah bertangguh, kena pindah jugklah. kalau asyik bertangguh sebab malas sampai bila2 takkan keluar dari rumah tu. baru kemas sikit-sikit. esok hari sabtu baru totally all out dari depan sampai belakang mengemas. ahad plak angkat barang-barang ke rumah baru. dan hari isnin, dah mula lalu jalan lain pergi ke tempat kerja. insyaa Allah semoga dipermudahkan. terpanggil nak membebel. sebenarnya dari pagi tapi baru sempat itupun selepas baca satu confession kt iium. rasa sedih sangat terus buat confession sendiri kat sini. nasib baik ofis ni lengang je. tak ramai orang kehulur kehilir. tax department memang sunyi sikit. boleh lah layan perasaan. tapi cerita ni memang sedih. lepas baca je terus rasa aku kena bebel juga ni. sebab aku memang terke...

Isu Agoda

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Khamis!~ how's your day? haritu aku ada membebel sikit kes Agoda kan masa bateri weak. tiba-tiba nak up cerita ni. supaya satu hari nanti aku boleh baca balik. dijadikan pengalaman, pengajaran dan pembelajaran. masa aku pergi Pulau Kapas, Pulau penuh. maka, aku decided untuk duduk luar pulau dan kami cuma ambil pakej daytrip untuk pulau kapas. then, hotel seri malaysia adalah salah satu hotel yang terdekat juga di Jeti. disebabkan aircond rosak pada hari tersebut. maka, kami ditukarkan ke bilik standard. aku memang memilih untuk "pay at hotel" walaupun charges lebih mahal sedikit sebab konon taknak effect card credit aku. bila dah check out, tiba-tiba abah msg. kandungan msg seperti yang dibawah. aku terkejut tapi aku explain kat abah yang aku dah bayar kat hotel. then kami check kat transaksi masing-masing. s...

Masalah Hashtag

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Selasa!~ pernah tak hadapi masalah Hashtag kat Instagram? tak tahu kenapa tiba-tiba segala hashtag yang pernah aku cipta tak keluar. saja nak cipta hashtag, konon senanglah nak cari bila orang tanya-tanya pasal buku ke. saja nak imbas kenangan lama pergi bercuti ke. kan senang. walaupun tak rajin juga nak upload gambar kat media sosial ni. dah seminggu juga aku try cari. ingatkan masalah dengan line tak kuat ke apa. semalam try cari lagi, masih tak boleh. sebelnya rasa. dan haritu, sepupu aku ada tanya pendapat buku-buku apa yang aku baca paling best. nak bagi recommendation, nk suruh cari je kat instgaram. hashtag yang dah aku buat untuk segala buku yang aku dah baca. #nanawahidread tapi serius pelik, takde gambar langsung. dah nak marah tapi malas nak layan sangat sebab hari bekerja kan. bila hujung minggu haritu aku try cari #na...

Batu Caves, Selangor

Image
::: Bismillahirahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Isnin!~ Hai October!~ Hari minggu yang membahagiakan. sebab apa yang dirancang sama seperti yang Allah rencanakan buat kita. Alhamdulillah. last week ajak syidah hiking Batu Caves. hiking ke? bolehlah dikira hiking. mengalir juga peluh-peluh betina. tangga di batu caves ada 272. tak berapa tinggi sebenarnya. dan kat dalam tu memang cantik. kami berdua je sebab lepas hiking nak berjalan-jalan. yelah sementara masih bujang ni. manfaatkan sebaiknya. ada kenang-kenangan. "masa muda, jangan pernah sia-siakan, simpankan sebagai memori, jadikan polaroid." kami sampai dalam 7.45 pagi. dan start naik. dalam jam 8 dah sampai. siap setiap anak tangga ada gambar. biasalah perempuan. dan sebenarnya, aku saja nak berjalan praktis untuk ambil gambar. bukan untuk jadi photographer pun ...