Masih relevenkah blog?
::: Bismiilahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
Salam Khamis!~
my mood membebel dah sampai.
lama dah tak membebel kat sini kan?
rindu juga sebenarnya tapi takda topik yang sesuai untuk dibebelkan.
pagi ni untuk hilangkan rasa bosan dengan kerja-kerja atas meja.
konon nak baca-baca cerita kat blog yang aku suka baca tapi dieorang macam lama tak update.
suka dengan cara kehidupan dieorang.
life yang beri inspirasi untuk hidup aku.
then, timbullah idea nak membebel.
adakah blog tidak lagi releven buat masa sekarang?
aku perasan sekarang banyak orang dapat job melalui instagram.
dan timbul igfemes yang sangat ramai dalam media sosial macam cendawan tumbuh selepas hujan.
mungkin bagi golongan muda gen z dan seangkatan dengannya merasakan blog is not relevance for them.
rata-rata they use instagram to earn money and followers.
facebook pula sudah dipenuhi dan dibanjiri dengan mereka yang agak berumur.
adakah mungkin kerana umur facebook lebih berusia dari yang lain?
tetapi rasanya twitter membangun seiring facebook.
tetapi twitter dibanjiri dengan golongan muda dan golongan yang terlalu open minded.
orang sekarang dah rasa malas nak update blog sebab most of their blog follower dah jadi their ig's followers.
then, bertambah sekarang dah ada ig stories.
everything orang dah cerita melalui gambar.
thats why blog ni sekarang bukan sesuatu yang agak releven.
tapi bagi aku lain.
aku lebih suka bercerita disini.
ya, bukan semua manusia akan mendengar apa yang kita akan cerita.
setiap hari orang sekeliling kita seakan mengejar masa.
umpama tiada lagi hari esok.
ya, bukan orang lain. aku sendiri terasa dengan diri aku.
"yelah sekarang baru aku rasa kau hargai hidup kau. balik rumah aku still belum balik. sebelum ni kau pergi kerja, aku masih tido. kau balik kerja aku dah tido."
blog merupakan salah satu sumber pendapatan yang agak lumayan buat blogger-blogger satu masa dulu tapi sekarang macam dah merundum sedikit.
masih ada lagi yang kekal aktif ber blog dan dapat pendapatan dari blog.
cuma sudah tidak semeriah seperti dahulu.
aku pun taklah pernah menjana pendapatan dari blog sebab aku tak yakin dengan kehadiran blog aku dan aku tidak terlalu pandai untuk mengupas sesuatu isu.
kehidupan seharian aku just a simple life dan semua orang lalui kehidupan yang sama.
tiada beza dan aku tak pernah tulis kehidupan aku disini.
melainkan untuk meluahkan perasaan.
biarlah ia kekal begini, kerana aku rasa privasinya.
aku rasa ia masih kekal kemas tersimpan rapi walaupun ada je yang membaca dengan senyap.
sebenarnya ia bergantung kepada individu tersebut.
for me it is 50-50.
sebab masih ada lagi manusia yang menggunakan enjin carian google untuk mencari sesuatu.
akulah tu!
dan kebanyakannya mmg akan keluar blog-blog bila kita cari gi google.
terutama berkaitan dengan travel.
sebab aku tengah buat research berkenaan travel ni.
everything orang akan refer kepada blog.
oleh itu, sesiapa yang rajin travel diluar negara tu rajin-rajin lah update blog ya.
sebab i nak refer ni.
its too limited sources bagi tahun 2017 dan ke atas.
sakit juga nak mencari.
Terima kasih!~
Comments
Post a Comment