Perjalanan Terakhir...
::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
rindu kat arwah embah!~
rindu sangat2...
rindu sampai ternangis...
emosional caution betul i nieh...
"Ya Allah, sampaikan salam rindu serta kemaafan ini pada dia...sungguh aku rindu akan dia...semoga aku mampu hidup tanpa dia Ya Allah...aku belum mampu untuk menghilangkan bayangan dia...aku belum mampu untuk mengusir banyangan itu dari pandangan mata aku...Ya Allah golongkan dia dalam golongan orang2 yang beriman"
kalau rindu...
kalau rasa gundah gelana...
aku pegang nie
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
v
tasbih nie arwah bawak balik dari mekah!~
abah kata...
kalau berzikir pegang tasbih nie...
gunakan ia sebaiknya supaya orang yang belikan nie dapat pahala...
rinduuuu!~
berzikir sambil teringat kat arwah!~
embahhhhhhhhhhhhhhhhh!~
:(
kat bawah nie i share luahan hati seorang cucu!~
lame dah buat...
xde niat nak publiskan pon..
tapi sebab terlampau rindu yang membuak2..
postlah ia di sinie...
Al-Fatihah!~
Perjalanan Terakhir...
Setiap yang hidup
pasti akan berakhir dengan kematian. Innalillahiwainnailahiroji’un. Dari Allah
kita datang dan kepada Allah jua kita akan kembali. Tanggal 4 Mei 2012 tamatlah perjalanan seorang
hamba Allah yang dikasihi. Perginya dia ditempat yang mulia.
“Allah, Engkau
sampaikan sayang ku ini pada dia orang yang aku sayang Ya Allah. Sesungguhnya
Engkau amat memuliakan dia didunia ini lagi. Engkau mengambil dia tatkala usai
menunaikan umrah...Allah...Allah...Allah...aku juga ingin jadi sepertinya”
Embah.....
Pergimu ditempat
yang sangat mulia. Berjuta ummat inginkannya. Akhirnya kau yang terpilih antara
yang berjuta itu. Sungguh bertuah!~sangat bertuah.
Pertemuan
terakhir antara kita tanggal 12 Mac 2012
diperkahwinan cucumu. Itulah pertemuan terakhir kita. Allah mengilhamkan aku
untuk beradu bersebelahan. Allahu Akbar!Allah itu Maha Besar. Sesungguhnya
Allah itu tahu setiap akan apa yang tidak hamba-hambaYa ketahui..
Andaiku tahu itu
pertemuan terakhir antara kita berdua. Akan ku peluk ciummu bertalu-talu. Biar
orang lihat. Biar orang pandang. Tidak aku pedulikan. Agar aku dapat memeluk
buat kali terakhirnya. Hajatku tidak kesampaian untuk berbuat begitu.
“Ya Allah,Engkau
temukanlah kami berdua. Cukuplah bagiku didalam mimpi. Itu sudah memadai bagiku
untuk aku melepaskan rindu yang bertamu”
Embah..
Mereka yang arif
ada mengatakan bahawa “seandainya seseorang yang ingin pergi meninggalkan dunia
sebagai hamba Allah... dia sudah merasainya”. Aku yakin begitu jua dengan
dirimu! Allahu akbar...andai aku tahu tidak sekali lepaskan peluang terakhir
ini untuk bersama-sama denganmu...
Sebelum
meninggalkan rumah, sempat lagi untuk membersihkan kebun yang tercinta. Sebelum
pergi betapa bahagianya wajahmu. Betapa gembiranya raut wajahmu. Sudah lama
benar niatmu untuk menunaikan umrah. Jelas terpancar kerinduan untuk
mengunjungi rumah Allah yang telah lama tidak dikunjungi atas alasan hidup yang
sederhana.
Sempat juga
menanam pokok lada yang kini sudah besar dan mendatangkan hasil kiranya. Menebang
pokok rambutan. Membuang rumput-rumput yang membiak disekitar kebun
kesayanganmu. Engkau seakan mengerti itu adalah kali terakhir untukmu
membersihkannya.
Sebelum ini aku
hanya sedakar membaca bahawa seorang yang hendak meninggal telah membersihkan
rumahnya. Tetapi ini juga berlaku kepada kami.
“Ya Allah, semoga
dia bersama-sama para syuhada’”
Embah...
Telah aku lihat
wajahmu tatkala sebelum berangkat ke mekah. Rautmu sungguh bersih. Tersenyum
gembira. Seperti itu kenangan terakhir yang kau tinggalkan buat kami semua.
Ya!memang kau sedang gembira untuk menunaikan umrah ketika itu.
Tidak aku mampu
untuk melihatnya. Pasti akan ada yang merembes terkeluar dari kolam itu. Tetapi
itu sahaja pengubat rinduku padamu tatkala ia bertamu disanubariku.
“Allah! Engkau
damaikanlah dia disana. Tempatkanlah dia
bersama-sama para solehin Ya Allah.”
Ketika di
madinah, alhamdulillah tiada masalah bagimu untuk mengunjungi masjid nabawi
malahan telah banyak kau belanjakan untuk kami disini. Tidak sekali kau lupakan
kami disini.
“Ya Allah,
tabahkan hati ini untuk menerima suratanMu. Bukan aku tidak menerima takdir
akan tetapi damaikanlah hati ini Ya Allah”
Apabila dimekah
dengan keadaan cuaca yang panas telah menurunkan sedikit demi sedikit tahap
kesihatanmu tetapi itu tidak menghalang untuk menghabizkan semuanya. Sehinggakan ada yang berkata walaupun usiamu
lebih dari separuh abad tetapi tenagamu begitu kuat mengalahkan orang yang
lebih muda darimu.
Embah..
Banyak yang telah
engkau belanjakan buat kami disini. Tudung-tudung, tasbih-tasbih, kurma,kacang,
kismis dan tidak lupa juga air zam-zam. Lagi dua hari sahaja lagi penerbanganmu
untuk balik ke Malaysia. Bukan lama tetapi engkau tidak mampu. Kau juga ada
mengatakan bahawa kau tidak mampu untuk pulang. Allahu Akbar! Sebelum itu telah
kau berpesan pada anakmu bahawa ada seorang lagi cucumu yang belum sempat
dibelikan jubah untuknya.
Ketika berperang
dengan kesakitan sempat lagi kau mengingati kami disini. Selepas itu engkau
terus koma sehingga memakan masa beberapa minggu. Kami disini mengharap bahawa
akan ada kegembiraan yang kedengaran. Akan tetapi khabar yang tidak kami
ingini. Lantas kami memohon pada Allah...
“Ya Allah,
alhamdulillah,akhirnya dia adalah insan yang terpilih. Perginya dia ditempat
yang mulia. Selepas menunaikan umrah pula. Allah! Jadikanlah aku jua sepertinya
kelak”
Ketika beg serta
barang-barangmu pulang. Seakan rebah aku melihatnya akan tetapi aku harus
berdiri agar yang lain bisa terus tabah berdiri atas ujian yang telah Allah
berikan ini.
Embah...
Selepas ini tiada
lagi senyumanmu dimuka pintu ketika menyambut kedatangan kami. Tiada lagi
kerepek ubimu yang begitu menjilatkan jari kami. Tiada lagi orkidmu yang mekar
halaman rumahmu. Tiada lagi pokok-pokok yang menghijau disekeliling rumahmu...
“Ya Allah, aku
rindu suasana itu..andai bisa aku mengulang kesemuanya...Allah...tabahkan hati
kami dalam pengembaraan selepas ini”
Kata-kata
terakhir dari anakmu sebelum berangkat kekota mekah
“mak,kat sana
jangan lupa doa semoga mak tu selamat pergi dan dan selamat balik”
Anak-anakmu jua
ada mengatakan selepas mereka balik tidak sekali kau memandang kearah mereka
seperti kebiasaannya. Kau melarikan diri kebilik atau kedapur. Seakan tidak
mahu meninggalkan kasihmu disini. Agar semua orang redha akan PEMERGIANMU itu.
Embah...
Sebelum menutup
mata buat kali terakhir telah Allah khabarkan kami berita yang gembira dengan kesedaranmu dari koma yang panjang.
“alhamdulillah Ya
Allah. Telah Engkau kabulkan doa kami selama ini agar dia selamat”
Beberapa hari
kemudian, kami telah mendengar satu khabar yang telah merunjun jiwa kami denga
pemergianmu.ingin sekali aku rebah tatkala itu. Andai engkau tahu keadaan
rumahmu tatkala itu sungguh menghayat hati. Setiap orang bersedih tambahan pula
dengan keadaan bapaku yang tidak berapa mengizinkan.
Betapa beratnya
ujian tatkala itu tetapi Allah itu tahu setiap ujian yang diturunkan itu untuk
hambaNya yang layak menanggung sahaja. Dan mama adalah insan yang terpilih
itu..semoga Allah terus alirkan ketabahan agar dia mampu untuk terus menggapai
redha Ilahi
...
semoga tabah ya. Inshaa Allah Embah tenang dan bahagia disana :)
ReplyDeleteterima kasih!~ :)
ReplyDeleteaminn...mudah-mudahan..:)