Posts

Showing posts with the label roadtofit

First 100days being together!~

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Isnin!~ How your day? ada yang sudah menggerakkan azam 2019? jom lah kita menggerakkan azam untuk capai sebelum habis 2019. Alhamdulillah!~ tidak sangka sama sekali boleh survive selama 100 hari. dan banyak benda yang Allah beri sepanjang perjalanan 100 hari yang aku tak sangka. memang ada target yang tertentu tetapi tidak terlalu mengejar sehingga paksa diri untuk capai. cuma berfikir jika dapat alhamdulillah. jika masih tidak tercapai, boleh usaha lagi. aku rasa macam aku ada kongsi perjalanan diet aku kali ni. pertama sekali. tahniah untuk diri sendiri. we survive! ya, memang tahu ada je makan-makan. ada je cheat-cheat. but aku jarang buat diet sehingga 100 hari. ya, pada aku niat juga memainkan peranan yang penting. aku buat kerana aku sayang diri aku sendiri. apabila sudah cheat, biasanya susah untuk aku kembali s...

Bukit Puchong, Puchong

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Hai!~ Salam Isnin. no monday blues okey. laju-laju update blog sebab dah ada hiking tempat lain, Bukit Puchong ni masih lagi tertinggal belum update. maka, rajinkan diri untuk update. gambar tak banyak sangat. aku boleh buat kesimpulan, kalau kita pergi dengan orang yang suka ambil gambar, gambar kita akan banyak. jika kita pergi dengan orang yang biasa-biasa pasal gambar, maka tak banyak gambar bersama. atau gambar pemandangan pun aku tak banyak. tak sebanyak gambar masa pergi hiking bukit gasing hari tu. pergi masa 21 Oktober 2018. hampir sebulan jugalah baru aku ada masa nak update. bukan apa, konon nak buat remark dulu lah. nak edit gambar dululah. at last, semua tak buat dan aku aku terus je masukkan gambar-gambar tu dalam blog. tension betul aku. haritu aku pergi bertiga. wadah, temah and aku. terima kasih temankan aku ...

Beauty is Not Pain, Dear

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Selasa!~ Hai. busy ke tu? bulan Oktober sampai November ni memang bulan yang agak busy tapi kita selit-selit juga untuk bercerita. dan berkongsi rasa apa yang kita rasa sekarang untuk bahan bacaan akan datang. selalu kita dimomokkan dengan perkataan ni kan "beauty is pain" selalu dengar kan? bila dalam proses untuk menyihatkan tubuh badan mesti akan keluar perkataan tu. tiba-tiba aku terfikir. kenapa kita nak rasa kesakitan sepanjang jalan? xboleh ke kalau kita rasa kebahagiaan sepanjang jalan? boleh!~ sebenarnya boleh. dan sebenarnya perjalanan ini bukan satu perjalanan yang menyakitkan. kita jemput kebahagian datang, kita akan rasa bahagianya perjalanan menuju wawasan kita untuk sihat. bagi aku tidak perlu terlalu memaksa diri. dan jangan mudah putus asa bila berat tidak turun seperti apa yang kita rancangkan. tapi perjalanan ini panjang. ke...

Bukit Gasing, Petaling Jaya

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Isnin!~ Monday blues ke tu semua? biasalah kalau hari pertama kerja selepas weekend memang agak monday blues. walaupun kerja banyak, tetap nak melayan blues kan. amik semangat dulu katanya. semalam aku and syidah hiking di Bukit Gasing, Petaling Jaya. merancang dah seminggu yang lepas. Alhamdulillah menjadi perancangan. walaupun malam hujan sampai ke pagi, gagah juga bangun tatkala cuaca sejuk yang mengundang untuk tidur kembali. tapi hari sabtu dah balas dendam untuk. lama weyh aku tido. lepas subuh, ingatkan nak gie gym juga sabtu tu. sudahnya hanyut sampai ke tengahari. maka, malam lah gigih juga ke gym. seronok juga sebab tak ramai orang. sebelum pergi, biasalah gigih mencari sumber tentang bukit gasing ni. ramai kata, okeylah for the beginner. yelah kami ni hiker yang sendu-sendu. orang kata baru nak mula. dan mengam...

Overnight Oat

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Khamis!~ Salam Februari!~ pejam celik pejam celik dah sebulan berada dalam tahun 2018. sekejap betul rasa bila semua manusia terkejar-kejar masa. terlalu banyak benda yang dibuat sehingga tidak sedar masa berlalu begitu pantas. sudah lama teringin nak buat overnight oat tapi tidak tahu resepi mana yang sedap. pernah buat overnight oat blueberries tapi tak sedap dan terlalu masam sampai terasa taknak makan. bila fikir membazir. makan jelah. dua minggu lepas gigih mencari resepi dari Facebook. simple dan bahan memang sedia ada. Carrot cake!~ perancangan nak buat Banana cake. tapi disebabkan mencari pisang tak jumpa. beli je lobak sebab senang cari kat kedai biasa pun ada. Bahan 1) oat 2) susu segar 3) yogurt asli 4) madu 5) chiaseed 6) lobak 7) serbuk kayu manid rasa memang sebiji macam carrot cake. rasa b...

My Menu

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Isnin!~ mengembalikan semangat di pagi Isnin yang lemau setelah bercuti dua hari. perkara yang biasa bagi semua orang bila tiba hari Isnin. saja nak buat 'My Menu' untuk minggu pertama. semoga hari-hari mendatang kembali bersemangat tengok semua menu. bila semangat dah mula turun. belek semula menu pasti kembali bersemangat. nak post di instagram tapi asyik tak sempat. lauk pertama bila mula tanpa sengaja. bila baca entri sebelum ini ada menyatakan terus mula dengan tiba-tiba hari isnin. kawan aku terus suruh mula. terus je mula tanpa berkata nanti. nanti. nanti. hari kedua mula puasa. makan untuk sahur. kenyang dan sangat kenyang sebenarnya. sebab minum 1.5 liter air dan 300ml teh hijau. berbuka dengan tomyam sayur dan ikan goreng. seekor ikan sebenanya. disebabkan mahu gambar yang cantik terpaksa pot...

Back to Track!~

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Khamis!~ bila dah bertemu kembali dengan mood membebel baru tahu nak daftar masuk kedalam blog sendiri. kali ini harap menjadi. sebenarnya bila kita diet betul-betul, pasti menjadi. cumanya bila menjadi turun dalam 10 kg dah mula bangga diri. kembali hidup cara yang lama. baru berjaya sikit dah menggelabah. bagi aku semangat sentiasa ada tetapi untuk berterusan dalam jalan diet itu yang buat aku gagal setiap kali. sedih tapi itulah diri yang sebenar. banyak kali kembali ke jalan. isiqamah itu memang payah untuk aku jumpa dalam diri ini. bagi aku susah dan itu antara sebab terbesar kenapa aku masih lagi besar dari dulu. kembali bersemangat nak mula. antara sebab-sebabnya. belek gambar lama. kadang ada sebab kenapa susah nak pindahkan gambar ke komputer sebab suka teringat kenangan lama. kalau ada masa, memang suka membelek. kemu...

First 30Days Challenges!~

Image
::: Bismillahirahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Alhamdulillah.  tamat sudah for the first 30days challenges. since 7/2/2017-8/3/2017 macam-macam perangai jumpa. asyik kelaut darat laut darat. memang sedaya yang mampu untuk hindarkan manis dan nasi serta karbohidrat yang tinggi macam kek,roti,pasta mee and so on. bagi aku nasi tu not the big issue kalau xmakan tapi aku terlalu addicted dengan roti. the most favourite. lagi2 pastri. sangat. kalau lalu depan kedai tu xsah kalau xbeli. memang beli tapi kadang tahan nafsu gak untuk beli. perangai aku untuk istiqamah ni memang payah yang amat. kadang buat kadang x. hari ni masih belum sambung lagi untuk 2nd 30days challenges. memang susah nak hadapi lagi2 musim pengantin kan start minggu ni. hope bersabar dan tabah tengok makanan2. hahahahaha makan ala korea. salad + ikan goreng + timun = gulung2 and makan mostly gambar yang...