Back to Track!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Khamis!~
bila dah bertemu kembali dengan mood membebel baru tahu nak daftar masuk kedalam blog sendiri.

kali ini harap menjadi.
sebenarnya bila kita diet betul-betul, pasti menjadi.
cumanya bila menjadi turun dalam 10 kg dah mula bangga diri.
kembali hidup cara yang lama.
baru berjaya sikit dah menggelabah.



bagi aku semangat sentiasa ada tetapi untuk berterusan dalam jalan diet itu yang buat aku gagal setiap kali.
sedih tapi itulah diri yang sebenar.
banyak kali kembali ke jalan.
isiqamah itu memang payah untuk aku jumpa dalam diri ini.
bagi aku susah dan itu antara sebab terbesar kenapa aku masih lagi besar dari dulu.

kembali bersemangat nak mula. antara sebab-sebabnya.

belek gambar lama.

kadang ada sebab kenapa susah nak pindahkan gambar ke komputer sebab suka teringat kenangan lama.
kalau ada masa, memang suka membelek.
kemudian, post instagram.
masa tengah fokus.
paling lama mampu aku istiqamah dan rajin bersenam di rumah.
terujanya dengan diri sendiri yang dulu.
ramai perasan aku semakin mengecil waktu tu.
belum kurus.
 antara sebabnya badan fit walaupun berat tidak berapa banyak pun turun.
dalam 17 kg.
sehinggakan baju orang 80kg aku boleh muat.



tidak pernah rasa kurus

hari isnin yang lalu ada seorang hamba Allah tanya

"nana pernah kurus?"

tak marah pun dengan pertanyaan tersebut tapi buat aku terfikir.
dan kembali bersemangat

"aar laaa. kita memang tak pernah kurus. dari dulu memang gemuk"

"sama lah kita. sekurangnya A pernah kurus dulu."

"hish. boleh jadi sebab untuk bersemangat diet"




rindu menu diet

bila dah mula makan macam biasa tanpa portion dan berjaga-jaga.
belek instagram satu lagi dan menyebabkan aku rindu dengan semua makanan-makanan tersebut.
serius.



semoga terus-terusan rajin untuk masak.
sebenarnya diet nie jadi seronok bila kita rajin untuk masak.


tengok menu diet semuanya mengiurkan.
kadangkala tidak ada masalah dengan menu.
cuma ada masalah dengan keinginan dan kerajinan.



kawan

aku ada seorang kawan dimana kami ada masalah yang sama iaitu masalah kegemukan sejak lahir.
tapi kami cantik.
hahahahahaaa
cantik tu gurau.



dia kawan yang banyak membantu dari segi menu dan kembalikan semangat untuk diet yang berpanjangan.
semoga kami terus istiqamah pilih jalan yang sihat.
dia adalah pengaruh yang terbesar.
dah lama nak mula diet tapi sifat nantilah sering menjelma dalam diri.
okey ini memang salahkan diri sendiri.
tapi dia suruh juga mula isnin yang lalu.

"takpa, mula je hari ni nana. makan nasi separuh, banyakkan sayur dan ambil ayam seketul. malam cuma ambil protein tanpa karbohidrat"

"terus mula lah ni?"

"terus je. kalau esok dan esok dan esok sampai bila nak mula"

terima kasih sangat sebab mengembalikan semangat untuk terus sihat.
dan semoga kita capai misi yang telah kita cipta untuk kebaikan diri kita.



dan beberapa alasan yang biasa.
alasan biasa biarlah aku simpan dalam memori.

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

Sapporo, Hokkaido 2020 - Full Itinerary