Overloaded
::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
Salam Khamis!~
mengharapkan hari ini lebih baik dari semalam.
tapi pagi-pagi mood dah jatuh merundum dengan begitu teruk sekali.
kalau boleh tak nak bawa masalah semalam ke hari ini.
nak buat macam mana, setiap hari kita masih buat kerja yang sama.
perkhabaran yang paling gembira, bangun pagi air dah ada semula.
kesian kawan aku yang paling kurus terpaksa angkat air tong yang besar.
semua orang tengok pun tergelak.
satu bangunan dengar.
tak berniat untuk membebel hari ini.
tapi terpaksa sebab terlalu stress.
sebelum balik semalam kena buat kerja tambahan yang sebenarnya boleh di elakkan jika disemak dengan betul.
dan permasalah yang menjadi aku panas dan memohon agar kesabaran aku masih ditahap yang tertinggi, bila semua kesalahan tersebut dituju kembali kepada orang yang membuat akaun tersebut.
sendiri yang semak, tak tengok dengan betul.
lagi mahu salahkan orang lain.
terpaksa buat kerja tambahan.
tolonglah.
tolong semak sebelum dihantar keluar kepada pelanggan.
bukan senang untuk dihantar kembali.
kemungkinan besar akan dimarahi pelanggan.
rasa macam nak mengamuk dah.
sebab benda ni selalu sangat terjadi
dan ayat untuk back up diri mesti macam ni
"kenapa u tak tengok betul-betul. kenapa tak tanya dulu kat orang lain"
benci betul!
lepas tu mengadu kat partner.
esok partner datang membebel-bebel kat aku.
bencinya situasi kerja macam ni.
"kenapa u buat kerja macam ni nana? u sepatutnya bla bla bla bla. dia dah terlalu banyak kerja nak kena buat, kena fikir. kita sebagai pekerja kena tolong dia untuk ringankan beban dia. sama-sama bangunkan syarikat yang kita kerja. bla bla bla bla. kita kena tolong kutip hutang. macam mana syarikat nak running kalau kita tak tolong"
korang ada fikir ke pasal kebajikan pekerja?
hati pekerja pun tak pernah jaga.
selalu cakap belakang.
nak suruh pekerja jaga syarikat?
celah mana beban yang dia tanggung?
semua keuntungan nak kaut sendiri.
semua claim termasuk makan, klinik keluarga sendiri pun asyik nak claim.
pekerja pergi audit luar, nak dapat approval pun susah.
banyak tanya.
banyak cakap.
nak detail yang lengkap.
bila detail tak lengkap xmahu bagi kelulusan.
terlebih kilometer atau lalu jalan lain pun xmahu luluskan.
bila baru join syarikat, lalu je jalan yang di beri didalam waze.
kalau susah sangat nak luluskan, lantik seseorang jadi pemandu and beli kereta syarikat supaya senang dibawa kesana kesini bila audit luar.
xpayah susah untuk claim yang susah nak dapat tu.
jaga kebajikan ke macam tu?
pasal pelanggan satu hal.
sepanjang tiga tahun, jaranglah aku bercerita macam ni.
sebab dah tak tahan sangat.
hasil peraman tiga tahun.
aku fikir aku ada komitmen, aku sabar.
jika tidak, aku kerja saja yang boleh melapangkan dada dan fikiran.
tidak perlu balik malam.
untuk siapkan segala kerja yang tertangguh dan bebanan kerja yang banyak.
itu pun susah nak dihargai.
pagi-pagi dah dapat panggilan.
"macam mana dapat amount ni? kenapa?kenapa bla bla bla bla"
"saya dah lama cakap, saya memang tak tahu isi bahagian ni. dah lama saya cakap kat orang tu supaya dia isi sendiri. bila ada kecelaruan tak payah nak dipersoalkan. betulkan saja yang mana salah dan emailkan pada saya. senang"
"okey"
tak lama selepas itu
dapat lagi satu panggilan dari syarikat yang sama tapi berlainan orang untuk menguruskan akaun yang sama.
"nana, kenapa macam ni macam ni macam ni macam ni"
"i dah cakap lama. apa yang u tahu betulkan dan hantar pada i. lainkali bila i kata suruh isi sendiri, isi bukan bagi jadual u untuk i isi. ingat i pandai baca jadual tu?"
sepatutnya dia perlu faham, aku tidak bekerja dengan mereka.
bila suruh isi, maka isi jangan banyak cakap.
bila dah salah nak argue kenapa kenapa.
dah nampak salah, betulkan. xpayah memabzir masa nak telefon tanya.
macam mana boleh dapat.
kan dah membazir masa.
jika betulkan dan hantar ke email.
dalam masa satu minit dah boleh aku betulkan.
pelanggan yang paling leceh dan mengada-ngada pada aku.
setiap tahun akan berlaku benda yang sama saja.
aku tahu mereka ada KPI yang perlu dikejar untuk diri sendiri supaya ada bonus, elaun, insentif dan sebagainya
tapi tak perlulah sampai setiap tahun nak menyusahkan aku.
tension tau.
aku bukan handle syarikat korang je.
banyak lagi yang perlukan perhatian.
mohon untuk hormat.
bukan asyik nak telefon setiap masa.
penat tau nak angkat telefon.
tak habis-habis cerita stress dari hari tu lagi.
selagi bulan November tak habis, selagi itu cerita stress tidak akan habis.
semoga kesabaran masih ditahap yang tertinggi.
takut terhambir keluar, habis semua orang termasuk boss dan juga pelanggan.
dan semua orang tidak terlabat terpaksa terlibat dalam kemarahan.
Terima Kasih!
Comments
Post a Comment