Crying Month

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::::



Salam Rabu!~
mood membebel dah kembali.
walaupun masih tiada point apa yang perlu dibebel hanya untuk melepaskan stress, tension dan bosan.

bermacam yang singgah.
yelah setiap manusia ada masalah.
bukan masalah yang mahu dikongsikan.
hanya sekadar melepaskan lelah yang bersarang.
sebab terlalu penat sebenarnya.

bila tiba bulan November, akan tiba satu perasaan

"alamak November"

sudah serupa nampak hantu pula.

stress dengan masalah manusia yang terlalu rigid dan perangai serupa ntah apa-apa.
bukan bermakna aku begitu sempurna.
tapi berpada-pada.
tidak perlu nak telefon 24 jam untuk bercerita tentang masalah yang timbul.
sekadar hantar email.
selesai masalah.
kadang tidak faham dengan manusia yang sebegini.

aku tahu itu adalah piawaian mereka untuk mencapai KPI masing-masing.
tapi menyusahkan ramai pihak.
seolah kami hanya uruskan syarikat mereka sahaja.
kalau nak bercerita tentang ini, sampai bila-bila tidak akan habis.
kerana perkara akan berulang setiap tahun.
rasa nak pencen dah buat cukai mereka.


okey. stress.

bertambah stress bila rumah dah masuk hari ketiga tiada air.
gara-gara pihak pengurusan tidak membayar air di syabas.
dan gara-gara mereka yang tidak bertanggungjawab tidak melunaskan bayaran-bayaran di pihak pengurusan.
mereka semua ini bukan sembarangan orang.
sudah berkeluarga.
sudah bekerja.
boleh berfikir apa akibat bila tidak melunaskan bayaran pengurusan.
ke masih belum mumayyiz untuk berfikir kesan dan akibat bila melakukan sesuatu perkara.
mohonlah berfikir panjang.
orang lain juga terkena tempiasannya.
atau perlu sama-sama dengan anak-anak kecil ke sekolah tadika semula?
dah besar kan?
dan manusia adalah makhluk Allah yang sempurna kerana adanya akal yang mampu membuat penilaian baik atau buruk sesuatu tindakan tersebut.
gunakanlah akal dengan sebaiknya, jangan hanya mementingkan diri sendiri.


okey stress.
dalam bulan November selalunya memang akan berlaku migrain yang teruk.
dan datang banyak kali.
lagi buat aku stress.
perkara yang paling tidak boleh untuk aku handle bila terkena migrain.
sebab bila migrain pasti muntah teruk.
bila dah muntah, maksudnya aku terkena migrain tahap maksima.
itu bagi badan aku.
lain orang kan lain tahapnya.
bila terlampau tidak tahan
lepas muntah, makan ubat dan terus tidur.
tanpa peduli dengan sekeliling.
hatta telefon berdering sekalipun malas nak layan.
setakat ni memang tiadalah yang nak telefon kecuali urusan penting.


dan masalah-masalah lain yang seangkatan dengannya.
aku kira bukan masalah tetapi cabaran.
cabaran untuk menjadi lebih baik di masa akan datang
cabaran supaya menjadi seorang lebih sabar dan tabah.

tak sabar nak menghabiskan sisa November yang agak mencabar dan sibuk.
walau sibuk masih lagi curi-curi masa untuk menaip.
umpama melepaskan lelah.
semoga November berlalu dengan baik sekali.
dan Semoga Allah permudah segala urusan dunia akhirat dan semoga dengan kelelahan dunia menjadi satu aset bila di akhirat kelak.
insya Allah. Aminn.

Terima Kasih!~


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

Sapporo, Hokkaido 2020 - Full Itinerary