Its Random!~
::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
Salam Khamis!~
lama sudah menginginkan entri ini akan tetapi kekeringan idea yang kronik.
malah, kekeringan gambar yang perlu diletakkan didalam entri yang sebegini.
ayuh layan random yang tidak seberapa.
dan kebanyakannya tentu gambar yang sudah berkurun lama.
gambar paling terbaru.
ahad yang lepas.
seronok hana berlari kearah air yan memancut.
bukan main pegang air.
tambah-tambah pandai berjalan.
baru pandai berjalan sudah mahu berlari.
jatuh lah jawabnya.
muka seronok bukan main.
ikut hati memang suka jalan-jalan cuci mata di Paradigm Mall, Kelana Jaya sebab tidak berapa ramai orang dan tidak sesak.
ramai pun hanya di BO dan Padini sebab ada diskaun.
selain dari tempat itu masih lagi terkawal.
tempat paling selesa untuk berjalan cari makan.
ABIM Petaling Jaya.
Terima kasih atas segala tunjuk ajar.
dan saling membantu antara satu sama lain bila dalam kesusahan.
terima kasih kerana kita bekerja sebagai satu keluarga.
hari kejadian yang sama dengan gambar diatas.
tidak tahu untuk letak ayat apa.
Semoga kita dipertemukan dengan seseorang yang mampu membahagiakan kita dunia akhirat.
susah untuk bertemu.
bila bertemu susah mahu berhenti untuk bercerita.
masih lagi program yang sama.
terima kasih atas segala perkongsian tentang berdakwah di media.
berkongsi segala jenis cerita.
dan terima kaih jadi kawan yang tidak lokek memberi ilmu.
Red Ruby Water Chestnut yang paling paling paling digemari.
bak kata mama
"kau memang orang yang susah untuk turun berat badan sebab suka makan dessert."
memang betul pun.
sedih.
tapi agak mahal.
satu bowl Rm10 di Absolutely Thai.
boleh bagi 8/10.
bila baru lepas berbelanja barang dapur memang seronok.
rasa macam syurga dunia bila peti ais dipenuhi dengan ikan, ayam, sotong, udang dan sayur-sayuran.
rasa nak buka peti ais setap masa tengok keindahan dunia.
seronok pergi berbelanja di Pasar Borong, Selangor di Serdang.
bermacam pilihan ikan.
sampai rambang mata.
Program 2 minggu yang lepas.
rajin makcik-makcik menuntut ilmu.
rasa malu kita yang muda ni selalu culas dengan aktiviti menuntut ilmu.
sedangkan makcik-makcik ni meminta-minta bila nak adakan kuliah dhuha.
ada hikmahnya kami berpindah dikwasan rumah baru setahun yang dulu.
alhamdulillah.
Tajuk : Al-Quran Sebagai Kunci Syurga
Penceramah : Ustazah Nurul Syahidah Binti Arifin
buku baru Buya Hamka.
bukan bermaksud buku keluaran terbaru.
tetapi buku baru bagi aku untuk rak buku.
walaupun rak buku masih belum ada dalam genggaman.
masih belum habis pembacaan.
masih mencari mood untuk membaca.
mood membeli itu sudah lepas.
mood untuk membaca masih di awang-awangan pula.
insyaa Allah andai diberikan waktu senggang akan di kongsi kan di Kembara Buku.
nanawahid memang seorang yang agak sukar untuk menonton movie melayu di pawagam.
bukan tidak menyokong tetapi rasa tidak berbaloi.
jahat kan?
akibat viral di laman sosial tentang "Bisik Pada Langit"
kebanyakan memberi rating yang agak tinggi.
maka, dengan jayanya terpengaruh.
dan dalam bulan tersbut, menonton movie di pawagam sebanyak 3 kali.
semestinya cerita yang berlainan.
lebih jatuh cinta dengan pemandangan yang rakamkan.
jalan penceritaan yang biasa terjadi dalam masyarakat.
rasa cinta seorang ayah terhadap anaknya.
dan aku merasa bila orang yang disayangi meniggalkan kita jauh dinegara orang bukan didepan mata.
pedih.
aku mengharapkan kepulangannya seperti mana ayah menunggu kepulangan Hajar walau hanya sebujur jasad tanpa nyawa.
senang betul terpengaruh dengan media sosial.
tapi hampa sedikit dengan rasanya.
rasa tidak menggambarkan rupa.
bukan bermakna tidak sedap.
rupa tembikai tapi rasa lain.
client yang paling baik abad ini.
bukan kerana dia berikan coklat atas pertolongan yang sedikit.
akan tetapi seseorang yang tidak meyusahkan walaupun kami memberikan perkhidmatan kepada mereka.
alangkah seronoknya jika semua pelanggan seperti dia.
orang baik selalu cantikkan?
kecantikan yang keluar dari hati hati. lebih jelas dari kecantikan yang hanya sekadar daii parasnya sahaja.
Usrah WAP.
Wadah, Abim, Pepias.
3 generasi.
alhamdulillah berjaya dilaksanakan walaupun hanya sekadar usrah WA.
Tarikh: 3 November 2017, Jumaat.
Perkongsian : Surah Hud 36-49
Buku Fiqhuh Dakwah: Bab 1: Islam Agama Risalah & Dakwah
kagum dengan mereka-mereka yang masih lagi kekal dulu, kini dan insyaa Allah selamnya.
terima kasih tuan rumah.
masak dan menyumbang tempat untuk berusrah.
Terima kasih
Comments
Post a Comment