Dessert in Mykori
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Selasa!~ siapa je yang tak kenal Mykori. kedai dessert yang semakin melonjak naik saban hari. aku saja dah pergi beberapa kali. masa first time memang teragak-agak juga nak pergi. sebab bila benda yang baru kita tak tahu macam mana proses untuk membeli kan. bagi peminat dessert and aiskrim macam aku, memang sesuai lah untuk pergi kesini. tapi hanya dessert sahaja di sini. tiada makanan berat. senarai bawah ni adalah antara yang aku pernah makan di Mykori. berlainan tempat. dan berlainan waktu juga. first time cuba dulu, Mount Mauve Kakigori sedap. tak berapa manis masa makan bahagian atas. tapi bahagian bawah masam! masa first time semua masih large size. sekarang best sikitlah ada small portion and kita boleh rasa banyak flavor. boleh lah. sedap je tapi bila datang lagi taknak dah order perisa ni. sebab buah-b...