Posts

Showing posts from March, 2019

Jogjakarta - Day 2

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: kalau nak rujuk day 1 boleh klik link kat bawah Jogjakarta - Day 1 Hari ini agak pagi juga kami bergerak. perjalanan dari satu tempat ke satu tempat yang lain memakan masa dalam satu-dua jam. maka, sengal juga tulang punggung. dan yang penting dalam kereta sepanjang jalan tidur. kami bergerak dalam jam 6pagi waktu Jogja. lebih kurang 7 pagi waktu Malaysia. waktu subuh disana seawal jam 4.30 pagi aku akan bagi semua entrance fees dibawah sekali yea. 1) Rumah Hobit First pit stop. sebelum berjalan, isi minyak sat sebab semalam makan malam agak awal dan malam terus ketiduran. maka, awal pagi dah lapar. Nasi ayam goreng - 2 indo mee - 2 teh - 2 kopi cappuccino - 1 teh disini kebanyakkan teh jasmine. bukan kebanyakan tapi memang teh jasmine. tapi kopi cappuccino memang sedap. siap tanya dengan owner kedai sebab banyak

Jogjakarta - Day 1

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Hai!~ Salam Isnin. Alhamdulillah kembali bekerja seperti biasa setelah hampir seminggu bercuti. Isnin lepas last kerja. Isnin ini mula bekerja kembali. Alhamdulillah salah satu misi 2019 dah berjaya dilaksanakan. alhamdulillah tercapai impian dan cita-cita. terima kasih kepada travelmate kerana mencipta memori bersama. seronok bersama korang!~ biasalah bila nak travel aku mesti menghadapi masalah nak packing barang. selalu sangat ada masalah macam ni. nak pack barang bukan main liat dan malas. lagi bermasalah dengan pemilihan baju. paling lemah dan letih sebab aku jenis manusia yang tak suka pakai baju untuk travel baju yang sama aku pernah letak kat instagram. payah kan? "inilah perempuan. suka ootd tapi bila dah ootd taknak dah pakai balik baju tu. hissshhh tak faham betul" Isnin malam selasa baru selesai mengemas and repack