Posts

Paling dan Paling

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Sabtu!~ takdelah post on time. on schedule je ni. hahahhahaaa tiba-tiba teringat tempat yang paling dirindui untuk travel. aku suka cerita pasal travel. suka sangat. paling berkobar-kobar untuk aku tulis entri bila balik bercuti. balik berjalan. hari isnin mesti akan update terus. cuba try cari lebel travelling. mungkin sebab aku suka travel. suka berjalan. suka meneroka. suka tengok keindahan alam yang terbentang. dan aku tak sabar untuk berkongsi. bila baru-baru, akan ada satu perasan yang belum hilang. kalau dah lama-lama nanti akan jadi lemau. sebagai contoh entri semalam. dah basi dekat seminggu baru nak cerita. mood bercuti tu dah lemau, penceritaan tu jadi tak banyak. sebab hilang sudah rasa keterujaan. ini apa yang aku rasa. lain orang lain muka. sudah tentu lain citarasa. kan? semua tempat ada kisah masing-...

Petaling Jaya - Kuantan - Terengganu - Kuantan

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Jumaat!~ esok dah cuti. semalam baru amik cuti. hari ni masuk kerja kemudian esok cuti lagi. terasa cepat betul masa berlalu. dan malas sungguh nak buka blog untuk bulan March ni. dah minggu ketiga tapi entri baru nak masuk dua. cuba sekurang-kurangnya tiga. minggu lepas memang dah plan taknak pergi kemana-mana. rasa nak duduk rumah berguling-guling atas katil sambil marathon drama. tapi kawan aku ajak berjalan pergi kuantan. kenduri kahwin. kebetulan, kami pun kenal dengan pengantin, so pergi jelah dari takde buat apa-apa kat rumah. walaupun duit pun faham-faham jelah kalau dah hujung bulan. konsep aku, bila nak pergi jalan. pergi je. ada duit ke takde duit ke, kita kan kongsi-kongsi. insyaa Allah cukup. cuma, aku tak suka konsep orang buat hak milik kita macam hak milik dia. tu je. malas nak cakap banyak tapi boleh fikir sendiri,...

Berkongsi Yang Perlu

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang ::: Salam Khamis!~ sudah sampai ke pertengahan Mac baru ada rasa nak update kat blog. cepat betul masa berlalu. semua manusia terlalu sibuk dengan urusan dunia sehingga tidak perasan masa berlalu dengan amat pantas. mood membebel pun baru menjelma selepas beberapa minggu sibuk menguruskan karnival. sebenarnya beberapa hari saja yang melibatkan kesibukan diri aku. yang lain, urusan ahli jawatan kuasa yang lain. "nana taknak ke update blog pasal karnival?" "tunggu mood sampai nak update pasal karnival" bila teringat balik, macam takda apa yang boleh di update pasal karnival. dan tidak tahu nak update pasal apa. maka. biarkanlah karnival hanya jadi memori di ingatan. kalau kerajinan bertambah, maka boleh lah dijadikan karya disini. hampir sebulan jugalah tak update. bila idea sampai, takda masa. bila masa ada, idea tidak sampai. ...

~WWF~Wordless Wednesday Farhana~

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: D.O.A. mintak sesungguhnya pada Allah yang Esa. kerana Dia bisa mengubah hati keras menjadi lembut. kerana Dia bisa membina kekuatan. kerana Dia bisa menghantar keyakinan. kerana hanya Dia bisa membolakkan hati manusia.

Its Random!~

Image
::: Bismillahirahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Khamis!~ berjumpa lagi dalam its random. bila rasa gambar macam dah banyak. boleh lah ber its random. lagipun nampak entri-entri Februari macam sedih-sedih belaka. so, layan lah gambar yang berapa ada dan tidak ni. bukanlah seorang blogger yang tegar tapi memilih untuk berkongsi pendapat dan pandangan terhadap sesuatu perkara. serta mencurahkan idea tatkala ia datang menjelma. maka, tidak banyaklah gambar. Selamat pengantin baru Fatin & Fawaz. baru je berlangsung minggu lepas. dan ini adalah rumah pengantin yang paling lama aku datang. kalau besfriends tu semestinya lah lama, kadang sebab kena jadi bridemaids. tapi ni sebagai tetamu, lebih kurang 3jam juga lepak sini geng housemate. kalau nak di ikutkan ramai housemate kiteorang. bertukar-tukar orang. dan akhirnya kiteorang saja lah yang tinggal bertiga. geng Abi...

~WWF~ Wordless Wednesday Farhana~

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: T.U.N.J.U.K bahagia dan kecewa tidak perlu ditunjuk-tunjuk diberitahu mereka yang tidak perlu tahu kerana hanya kita yang rasa bukan mereka.

Makcik Bawang

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Selasa!~ sekarang tengah popular term Makcik bawang dalam kalangan netizens. pernah ada suatu hari, salah seorang sepupu kata aku one of makcik bawang. tak marah pun. cuma. sampai sekarang ni aku duk memikir tang mana aku boleh sampai jadi salah seorang makcik bawang. sometime, aku fikir dia mungkin bergurau. tapi kadangkala aku terambil serius apa yang dia dah kata. serius bukan bermakna aku marah. tapi membuatkan aku terfikir dan berfikir. 'betul ke aku ni termasuk dalam golongan makcik bawang?' 'serius ke aku makcik bawang?' tapi dari segi persoalan macam nampak sangat bawangnya. *rolling eyes* kadang kala aku ni tergolong dalam golongan mereka, adakah sebab aku menyuarakan pendapat aku kat media sosial? adakah sebab aku menulis entri di blog? maknanya aku kena berhenti buat semua benda ke? bagi dia, mungki...