Posts

Kerana Masa Lalu

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Khamis!~ masih berbaki sisa-sisa nak update blog. bak kata orang "sementara masih ada" sebenarnya macam nak bersembang latte. macam dah lama tak buat entri sembang latte. at first buka blog, baca entri lama dalam draft. bukan untuk ingat kenangan lama. baca pun rasa kelakar je. then teringat satu ceramah Ustazah Asma' Harun "jangan kita marah dengan masa lalu, kerana masa lalu lah yang menjadikan kita yang hari ini. yang kuat seperti hari ini. apa yang Allah takdirkan dulu beri banyak pengajaran kepada kita. jangan marah. bersyukur" terkesan juga dengan apa yang ustazah cakap. memang betul. apa-apa yang berlaku dimasa lalu seperti memberi impak trauma dalam diri kita supaya belajar sesuatu bagi setiap perkara. "pengalaman itu yang mematangkan kita. mendewasakan kita" apa jua ujian yang mendata...

~WWF~Wordless Wednesday Farhana~

::: Bismillahirahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: P.E.R.T.A.M.A.K.A.L.I julung kalinya buat tahun 2019. semoga bukan yang terakhir. rindu. tapi masa terlalu cemburu.

First Date!~

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Hai! Salam Rabu!~ tiba-tiba harini rasa nak cerita walaupun its happen a few months ago. biarlah ia menjadi satu cerita yang takkan aku lupa sampai bila-bila. saja nak menulis kat sini sebab lately i need my motivation untuk teruskan hidup. bukan bermakna nak bunuh diri tapi nak bagi semangat. semangat datang dengan baca cerita-cerita gembira yang pernah terlakar dalam masa lalu. after 6 months baru nak cerita pasal first date. haritu lepas tiga bulan baru nak cerita pasal confession. takpelah kita ikut je mood mana yang sampai nak bercerita tentang apa. nak cerita pasal travelling belum ada nak pergi mana-mana lagi setakat ni. maka cerita jelah apa yang kita dah lalui. sepatutnya ini bukan our first seperti dalam perancangan. perancangan perjumpaan yang pertama sepatutnya masa Chinese New Year at that time, he also nak buat confession yang di...

Selamat Hari Raya 2019

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Khamis!~ setiap kali masuk blog untuk menulis, mesti akan cakap rindu nak menulis. itu sudah semestinya. rindu nak bercerita tentang semua benda. harap masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya walaupun sudah 16 Syawal 1440H. Syawal setiap tahun sama je sejak-sejak semua nenek sudah meninggalkan kita. masing-masing beraya dirumah masing-masing. lepas zuhur baru bergerak balik kampung untuk perjumpaan raya seperti biasa. tahun ni giliran Wak Midah. permulaan orang lain nak take turn tapi disebabkan ada beberapa isu yang berbangkit. maka, orang lain take turn. tapi sebelum raya macam biasa busy yang amat cumanya lebih bersyukur tahun ni mama buat munjung bukan hujung-hujung raya macam tahun lepas. boleh pengsan! alhamdulillah tahun ni semua kuih raya buat sendiri. semua. yang hidang kat tetamu semua ...

You Deserve Someone Better

::: Bismilillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Alhamdulillah!~ Salam 16 Ramadhan. berbaki 14 hari saja lagi, masih mengharapkan agar ini adalah Ramadhan yang terbaik sekali dari sebelum-sebelum ini. appreciation post untuk mereka-mereka yang tidak pernah jemu doakan aku. dari dulu sampai sekarang. bila ingat balik, rasa terharu sangat dengan kehadiran-kehadiran mereka disisi. Ya, aku memang degil. tapi apa yang Allah aturkan sebelum ini, ternyata aku tidak pernah menyesal sama sekali. saban tahun, bila aku sedih kerana orang yang tidak pernah hargai aku tapi mempergunakan aku,  "Nana, you deserve someone better. cukuplah tu. cukup" "tapi dia masih layan aku macma biasa. masih layan aku macam dahulu kala" "walaupun tak dihargai?" bila menggunakan word mempergunakan ni macam nampak sangat dia jahat. mungkin bukan jahat tapi orang sekeliling aku lebih nam...

Ramadhan 1440

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Jumaat!~ Alhamdulillah cepat masa berlalu dah jumaat kembali. dan minggu ni weekend yang panjang. berseronok-ronok dirumah tapi perlu tambah stok. insyaa Allah semoga berjaya! Salam 12 Ramadhan. setiap tahun melalui semangat yang berlainan. aku masih mengharap semoga semangat pada awal Ramadhan akan sama hingga keakhirnya. tapi terasa kekurangannya. banyak. dari segi semangat. tidak tahu kenapa tetapi aku mencedok kembali dari semangat-semangat dari tahun lepas. kerana itu pentingnya aku menulis setiap kenangan di blog kerana aku suka baca balik sebagai peringatan. alhamdulillah pada tahun lepas diberi rezeki yang tidak disangka-sangka. pada 14 Ramadhan dah tutup order kerana masalah stok yang sukar untuk didapati. aku beli stok di Johor. tahun ni semangat untuk berniaga menurun. production pun tak seaktif tahun lepas. ya semua...

Terlalu Rindu

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam 9 Ramadhan!~ rindunya nak menulis. serius terlalu rindu. mula-mula rasa nak tulis entri salam Ramadhan. bila rajin nanti kita up satu entri buat kenang-kenangan. insyaa Allah. entri Jogja pun belum habis lagi padahal dah hampir 2 bulan pergi. lately, terasa terlalu rindu pada arwah embah. lama dah arwah embah tak datang dalam mimpi. rasanya last mimpi embah balik dalam keadaan yang sangat sihat. dijaga oleh keluarga angkat disana. balik tersenyum gembira jumpa anak-anak dan sanak saudara. bukan aku tidak menerima takdir tapi sehingga sekarang aku masih lagi mengharap embah akan balik walau apa jua keadaan. ya, apa jua keadaan.  aku terima apa jua keadaan pun. kalau aku cakap kat mama mesti dia sedih apa yang aku rasa sebab mama selalu cakap "arwah embah terlalu baik orangnya. sangat baik. kerana itu Allah akhiri hayatnya dit...