Posts

Showing posts from February, 2019

Tahun 2019

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Rabu!~ belum terlambat lagi rasanya untuk ucapkan selamat datang ke Tahun 2019 walaupun Februari bakal berakhir dalam sehari dua. sebab masih didalam fasa pertama dari fasa ketiga. kira masih baru jugalah tu kan. bila baca balik entri ucapan tahun baru untuk  2018 alhamdulillah ada azam yang masih berjalan hingga kini dan ada azam yang masih dibawa dari tahun-tahun yang lepas. bagi aku 2019 bawa cerita yang baru dalam hidup aku. dimana tahun 2018 merupakan tahun aku belajar banyak benda dan perkara. permulaan yang baik dan gembira. Terima kasih Tuhan atas perjalanan yang ditakdirkan. tapi untuk meninggalkan tahun 2018 yang penuh dengan memori adalah perkara yang menyedihkan aku. banyak benda aku belajar semasa 2018. aku belajar untuk lebih mencintai diri aku dari segalanya. dimana Allah menjentik hati semasa fasa ketiga. alhamdulillah.

Pulau Langkawi Part 3!~

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Hai!~ Salam Jumaat!~ setelah sekian lama akhirnya sampai juga part yang terakhir ni. aku cerita mana-mana yang aku teringatlah yea. padahal pergi Langkawi je nak update bukan main lama. Hari ketiga ni kami decide untuk naik pergi ke makam mahsuri, cable car and shopping kain baju dan coklat lagi. aktiviti yang tidak melibatkan air langsunglah kiranya hari ni. dalam jam 9 dah keluar rumah. aktiviti pertama haruslah cari tempat makan. dah lama mengidam nasi dagang pak malau. makan tepi bendang daun nyior melambai-lambai. bagi aku, nasi dagang sedap and kuih muih pun sedap tapi agak pricey lah. sebab satu pinggan dalam RM10.00 nasi and setengah isi ikan tongkol. bagi aku tak berbaloi tapi bila orang tanya kira dah pernah rasalah. selepas tu bergerak ke makam mahsuri. lama aku tak pergi ke makam mahsuri. last masa pergi denga

Bahagia

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Selasa!!~ tajuk kau bukan main. sebenarnya nak meluahkan rasa. tapi aku malu untuk meluahkan apa yang aku rasa kat dalam twitter. yelah ada juga kawan-kawan and saudara-mara jiran tetangga. then, aku lari lah kesini. "Pasti akan hadirnya pelangi selepas hujan" sebenarnya lama dah aku draft tapi sekerat saja sampai atas. dan hari ini aku terasa macam nak menaip sesuatu disini. walau pada permulaannya aku tak tahu apa tajuk yang aku nak karang. ternampak tajuk ni dalam draft terus sambung. ya, banyak kali aku tegaskan segala cerita suka duka tangis ketawa aku ada disini. sebab aku hanya mampu nak meluahkan segala rasa disini. luah juga pada manusia tapi kita faham manusia ini bukan selalu ada dan mereka juga akan meluat jika kita terlalu bercerita tentang bahagia mahupun cerita duka. kerana kita juga manusia. ada perasaan yang sam