Tahun 2019
::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::
Salam Rabu!~
belum terlambat lagi rasanya untuk ucapkan selamat datang ke Tahun 2019 walaupun Februari bakal berakhir dalam sehari dua.
sebab masih didalam fasa pertama dari fasa ketiga.
kira masih baru jugalah tu kan.
bila baca balik entri ucapan tahun baru untuk 2018
alhamdulillah ada azam yang masih berjalan hingga kini dan ada azam yang masih dibawa dari tahun-tahun yang lepas.
bagi aku 2019 bawa cerita yang baru dalam hidup aku.
dimana tahun 2018 merupakan tahun aku belajar banyak benda dan perkara.
permulaan yang baik dan gembira.
Terima kasih Tuhan atas perjalanan yang ditakdirkan.
tapi untuk meninggalkan tahun 2018 yang penuh dengan memori adalah perkara yang menyedihkan aku.
banyak benda aku belajar semasa 2018.
aku belajar untuk lebih mencintai diri aku dari segalanya.
dimana Allah menjentik hati semasa fasa ketiga.
alhamdulillah.
"its better late than never"
aku bersyukur dan terlalu bersyukur.
apa yang aku dapat hari ini adalah pengajaran dari yang lepas.
tanpa pernah aku sangka dan jangka permulaan yang terlalu indah untuk 2019 yang Allah takdirkan.
route to 65kg
misi ini masih lagi diteruskan. alhamdulillah walaupun belum sampai dipertengahan tapi orang dah boleh nampak dan lihat perbezaan.
bagi aku nampak biasa.
tapi orang kata dah nampak sangat perbezaan yang ketara.
dan aku perlu teruskan lagi azam yang tertunggak ini untuk melunaskan janji pada diri sendiri.
aku tahu untuk mula semula agak payah
"i akan sokong you kiri kanan depan belakang atas bawah. kita sama-sama kurus dan fit yea"
insya Allah akan berusaha sedaya yang mungkin untuk teruskan usaha sehingga berjaya.
semoga tahun ni raya dah boleh tukar saiz.
insya Allah.
semoga bertambah-tambah rajin melibatkan aktiviti fizikal.
rajin hiking.
rajin jogging
rajin bersenam
rajin segala semua benda
Berkahwin
okey. aku pernah buat misi tahun 2018 aku untuk berkahwin. dan aku tidak pernah kecewa bila Allah masih belum tentukan tahun 2018 untuk aku berkahwin.
sebab bagi aku itu merupakan keinginan.
tapi semua dah tertulis bila, siapa dimana dan bagaimana.
bak kata abah bila ada orang bertanya
"anak kami ni perempuan. bercinta bertahun-tahun sekali pun kalau pihak lelaki belum mulakan langkah, kami nak cakap apa? jodohnya belum sampai. bila sampai, sampailah kadnya nanti"
kita merancang dan Allah juga merancang.
bagi aku benda ini pun beri pengajaran dan pembelajaran untuk buka hati dan terima orang sekeliling.
ya, tahun dimana aku mahu berkahwin, sedikit demi sedikit Allah bantu tentang hati.
kerana aku tahu pemilik hati tahu apa yang terbaik dan bila masa yang terbaik bila melibatkan tentang hati.
pada tahun 2018 ini juga aku berserah.
jika ada jodoh untuk berkahwin yang Allah sudah tentukan buat aku, bila sekali pun aku terima.
dan tahun 2019 aku belum bersedia untuk berkahwin.
dan sebenarnya, aku sedar aku belum pernah bersedia untuk berkahwin dan belum buka hati sepenuhnya untuk berkahwin.
Allah tahu.
aku doakan yang terbaik untuk diri aku kerana Allah punya waktu yang terbaik bila dan bagaimana.
aku doakan yang terbaik untuk diri aku kerana Allah punya waktu yang terbaik bila dan bagaimana.
Falling in Love
ya, ini adalah misi baru.
im refresh my spiritual.
refresh my mind.
refresh hati dan perasaan untuk terima cinta baru.
cukuplah 10 tahun aku menutup hati dan kini tiba masa untuk aku bahagiakan diri aku.
alhamdulillah. Allah permudahkan.
dan paling aku tidak sangka rezeki untuk jatuh cinta ini, Allah beri pada masa yang aku sendiri tidak jangka.
"ia datang tepat pada waktunya. tidak lambat dan tidak cepat you"
ramai sebenarnya dah suruh buka hati, aku tak berani.
aku tak pernah menyesal kenal dengan orang yang salah sebab dia bagi aku lessons in life.
kerana dia, aku jadi aku yang hari ini.
terima kasih masa lalu.
"lain kan rasa dia? rasa dihargai kan? lainkan orang yang dulu layan dengan yang sekarang?
"hahahahaha ya lain."
Travel
alhamdulillah, Allah permudahkan segala perancangan travel untuk tahun 2018.
2019 merupakan perancangan aku untuk travel luar dari Malaysia.
dan ini memang perancangan dah lama.
semoga dipermudahkan.
dan kerana inilah 2019 bukan tahun untuk aku berkahwin.
banyak lagi impian travel aku sebelum berkahwin.
tapi jika 2019 apa yang rancang seiring dengan apa yang Allah rancang.
insyaa Allah bersedia dah untuk kawin
hahahahhaa
Reading
okey. ni aku nampak juga perubahan.
banyak juga buku aku beli tahun 2018 tapi membaca banyak juga untuk 2018.
cuma belum tercapai misi 100 buku. baru berapa je setakat ni.
insyaa Allah akan usaha sebaik yang mungkin.
setakat ni baru baca dua buah buku.
*nangis*
Blog
Setiap tahun aku berazam akan tingkatkan jumlah entri walau berbeza satu.
bagi aku 2018 adalah entri paling banyak aku pernah buat.
permulaan yang baik pada januari.
mampukah tahun ini mengejar?
wait and see.
aku cuba sedaya yang mungkin untuk mengejar.
walau isi ntah apa-apa.
kalau nak entri banyak, senang je pada aku.
pergi bercuti banyak-banyak.
maka, banyaklah entri aku.
semua misi dan cita-cita masih sama dan ada penambahbaikkan dari setiap sudut.
insyaa Allah semoga berkekalan dan semoga dipermudahkan.
permulaan yang sangat baik untuk 2019 aku kira.
dan bagi aku itu adalah satu rezeki yang tidak aku jangka.
ya, mungkin ini adalah pelangi selepas hujan yang deras pada tahun 2018.
semoga ia terus ia terus bersinar sepanjang tahun dan berjangkit pada tahun-tahun akan datang.
Terima kasih!
cuma belum tercapai misi 100 buku. baru berapa je setakat ni.
insyaa Allah akan usaha sebaik yang mungkin.
setakat ni baru baca dua buah buku.
*nangis*
Blog
Setiap tahun aku berazam akan tingkatkan jumlah entri walau berbeza satu.
bagi aku 2018 adalah entri paling banyak aku pernah buat.
permulaan yang baik pada januari.
mampukah tahun ini mengejar?
wait and see.
aku cuba sedaya yang mungkin untuk mengejar.
walau isi ntah apa-apa.
kalau nak entri banyak, senang je pada aku.
pergi bercuti banyak-banyak.
maka, banyaklah entri aku.
semua misi dan cita-cita masih sama dan ada penambahbaikkan dari setiap sudut.
insyaa Allah semoga berkekalan dan semoga dipermudahkan.
permulaan yang sangat baik untuk 2019 aku kira.
dan bagi aku itu adalah satu rezeki yang tidak aku jangka.
ya, mungkin ini adalah pelangi selepas hujan yang deras pada tahun 2018.
semoga ia terus ia terus bersinar sepanjang tahun dan berjangkit pada tahun-tahun akan datang.
Terima kasih!
Comments
Post a Comment