Happy New Year 2018!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Masih belum terlambat untuk ucapkan 
'Selamat Tahun Baru'
walaupun hari ini sudah menginjak ke hari yang ke tiga.
dan ini merupakan entri yang pertama buat tahun 2018!
terasa teruja.
azam yang satu ini tercapai.
entri tahun 2017 lebih dari entri di tahun 2016.
walaupun bezanya hanya satu ia tetap berbeza.
ayat penyedap hati.

sumber google


itupun entri yang last nak cerita pasal lain tapi tercerita pasal lain.
berjaya juga mencapai azam.

setiap tahun, pasti setiap orang dari kita akan ada mencipta azam-azam untuk dicapai.
atau misi-misi untuk mencapai visi.
azam 2018 masih belum di catat hanya draft didalam kepala.
sama laaa dengan azam 2017.
tapi rasanya azam 2017 ada dah ditulis dalam blog nie.

okey dah jumpa.
apa yang ditekankan dalam azam 2017 masih lagi dibawa ke 2018.
aku tahu untuk mencapai sesuatu misi perlu ada usaha yang berterusan.
dan aku ada orang yang paling lemah untuk berterusan.





"route to 65kg"



azam nak kurus ni lama sangat dah bawak. sampai orang yang dengar pun dah muak telinga dieorang dengar. asyik azam nak kurus tapi akhir tahun tetap berat yang sama. sometime, aku pun fikir apa lah nak jadi dengan diri aku. orang lain pun jemu nak dengar apatah lagi diri aku yang lama dah berazam tapi tak terlaksana ni lagi menyampah.
semoga berjaya! kena berjaya laksanakan. aku tahu aku pernah berjaya dan tak mustahil akan berjaya sekali lagi walaupun payah. sebab perang hawa nafsu ni adalah peperangan yang paling sukar. bagi aku manusia yang belum pernah berjuang di medan pertempuran.
dan aku terlalu inginkan kejayaan yang satu ini terlaksana.
aminnnn

persediaan tu dah lama dah cuma perlaksanaan tu masih belum ada. aku pilih 65kg sebab ini adalah berat ideal aku. dari 63kg-70kg adalah berat ideal tapi aku pilih 65kg paling ideal sebab in between ni lebih selamat sikit. tapi nak mencapai ni perlukan pengorbanan. banyak pengorbanan terutama tido and melepak atas katil adalah pengorbanan besar yang aku kena lakukan. aku dan tido berpisah tiada. eceehhh!~ 

"berkahwin"

bagi aku ini bukanlah azam. tapi nak highlight hat yang nie tahun lepas pun tak tercapai. calon pun belum berjaya temui. dan aku tahu ia belum masa yang sesuai macam aku selalu cakap kat kawan aku. bahawasanya aku rasa aku masih belum rasa nak kawin tetapi jauh disudut hati aku nak. kadang-kadang aku rasa nak kawin tapi disudut hati aku masih tak mahu.
lebih senang, hati masih berbolak-balik. aku tertanya sendiri kadang-kadang

"atas sebab apa aku nak kawin ni? sebab trend semua orang dah kawin ke?"

"kenapa aku nak kawin sangat ni?"

"atas sebab apa aku nak kawin?"

bila terdetik aku rasa nak sangat berpasangan, aku mesti terdetik persoalan-persoalan kat atas. sampai aku masih belum dapat jawapan dan oleh sebab itulah Allah masih belum kurniakan calon. bayang pun belum nampak. bila bercakap tentang kawin ni tak kan pernah habis satu muka. 


"belajar"

perkara ni dah lama aku nak buat which means nak sambung belajar walaupun rasa otak dah karat tapi nak belajar. okey ini bukan ikut trend tapi ini salah satu cita-cita aku tapi disebabkan kekangan aku bantutkan keinginan yang satu ini. aku bagi peluan adik-adik aku untuk belajar sebab biarlah mereka yang merasa.
kekangan paling utama memang duit. sebab hidup kat kota metropolitan ini agak mencabar dari sudut perbelanjaannya. aku pun bersyukur Allah permudahkan kesemuanya. dari segi pembayaran rumah dan sebagainya. pernah berfikir untuk belajar separuh masa tapi terpaksa tolak tawaran sebab separuh masa 
1) tiada biasiswa
2) tiada extention masa untuk pembayaran balik pinjaman.
3) masa untuk belajar.

banyak lagi sebenarnya tapi tak boleh berfikir untuk masa ni. tapi 2018 aku nak keluar dari zon yang selesa. dan aku perlukan cabaran yang lebih untuk lebih menghargai diri sendiri.

" membaca"



aku jenis manusia bile pergi kedai buku akan beli banyak buku tapi dalam dua bulan sekali je akan pergi atau lebih dari itu.  bergantung pada mood. kadangkala pergi sebulan dua kali. bergantung sebenarnya.
dan senarai buku yang perlu dibaca terlalu banyak. semoga tahun ini lebih banyak masa dihabiskan dengan membaca dan kurangkan aktiviti menilik status-status manusia di media sosial. aku tak salahkan orang lain sebab setiap orang ada hak masing-masing untuk bersosial tapi yang aku geram dengan diri aku. asyik laaa nak membelek instagram, twitter dan facebook. tambahan, sekarang ni rajin pula main game. asyik duk ralit mengadap media sosial sedangkan kat tangan ada buku yang perlu dibuka dan dibaca.
semoga terus-terusan rajin membaca dan jadi ulat buku semula! xkiralah genre apa sekali pun samaada bahasa melayu atau inggeris sekalipun. 


"jadi manusia lebih baik"

sama macam tahun lepas kan? kalau boleh setiap tahun ada peningkatan diri dari segi kebaikan. insya Allah. semua orang nak jadi baik takde satu orang pun dalam dunia nak jadi jahat. kebaikan ini penuh dengan ujian, kita yang perlu kuat sebab kalau xkuat kita xmampu untuk capai apa yang kita inginkan.
apa aku merepek ni?
bagi aku tahun lepas aku xmencapai piawaian baik seperti yang aku inginkan tapi aku cuba walaupun bukan istiqamah, aku tetap nak jadi hamba yang baik dan manusia yang baik.
semoga aku berjaya!


"simpan duit"

sumber google


resah bila tiada simpanan dan selalu berfikir macam mana kawan aku yang bekerja dengan gaji rm1.2k sebulan duduk di kuala lumpur boleh menyimpan dengan jitu sebulan rm200. aku tanya dia malam tadi sebab aku sangat teruja dengan cara dia. dari segi mata kasar aku nampak dia senang. maksudnya mudah untuk berbelanja walaupun kadangkala ada juga berkata duit tiada. tapi aku sentiasa rasa macam tak cukup walaupun Allah kurniakan juga kecukupan hingga ke akhirnya. cuma cukup-cukup tanpa ada simpanan.
tahun-tahun sebelum aku pernah juga menyimpan sebab pendapatan lebih sedikit tapi cuaca tidak selalunya cerah. tapi habis sebab aku rasa tahun 2017 adalah tahun ujian buat aku. semua tabung aku korek. semua tabung sekarang ni kosong. sedih tapi nak buat macam mana benda dah berlaku. kena sabar.
baru nak bermula semula. permulaan yang agak sedikit. xpelah sikit-sikit lama-lama jadi bukit. insyaa Allah semoga berjaya. aku pernah buat tabung mengikut kiraan mingguan tapi bertahan sampai bulan 4 sahaja. dapat jugalah rm400++ tapi pun habis belum sempat nak masuk bank.


Travel




at least setahun sekali. insyaa Allah. kalau boleh tempat yang berlainan sebab lepas habis teroka seluruh malaysia aku teringin nak ke luar negara dengan permulaan umrah. kena kuatkan financial dari sekarang. kalau boleh nak haji then teroka dunia. kita bergantung pada kewangan akan datang.
semoga aku mampu bawa parents dan parents in law. berganti2 dan kita teroka dunia sama-sama. ini impian sepanjang zaman aku dan semoga kami beroleh kewangan yang stabil untuk melaksanakan impian yang satu ini dan semoga jodoh aku juga kaki travel walau hanya setahun sekali. 
kita kumpul duit sama-sama ye?



bagi aku azam 2018 aku lebih kepada peningkatan diri yang mana aku berazam sejak tahun lepas dan perlu penambaikan untuk menjadikan aku manusia yang baik dan hamba yang besyukur.
aku harap ia menjadi.
dan semoga ia terus berkekalan.
dan ada penambaikan setiap tahun.
insyaa Allah.
dan semoga kamu-kamu yang berkelapangan membaca coretan yang sedikit ini turut tercapai segala misi-misi dan azam yang kamu catatkan.
semoga perjalanan kita sama seperti yang Allah rencanakan.

sumber google


banyak lagi azam yang aku catatkan cuma ini adalah yang terbesar. dalam besar ada anak-anak kecil yang perlu aku besarkan.
dan insyaa Allah walau bukan semua tercapai, semoga tercapai yang sedikit.
jadilah ada dari yang tiada.

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~