Posts

Showing posts from May, 2019

You Deserve Someone Better

::: Bismilillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Alhamdulillah!~ Salam 16 Ramadhan. berbaki 14 hari saja lagi, masih mengharapkan agar ini adalah Ramadhan yang terbaik sekali dari sebelum-sebelum ini. appreciation post untuk mereka-mereka yang tidak pernah jemu doakan aku. dari dulu sampai sekarang. bila ingat balik, rasa terharu sangat dengan kehadiran-kehadiran mereka disisi. Ya, aku memang degil. tapi apa yang Allah aturkan sebelum ini, ternyata aku tidak pernah menyesal sama sekali. saban tahun, bila aku sedih kerana orang yang tidak pernah hargai aku tapi mempergunakan aku,  "Nana, you deserve someone better. cukuplah tu. cukup" "tapi dia masih layan aku macma biasa. masih layan aku macam dahulu kala" "walaupun tak dihargai?" bila menggunakan word mempergunakan ni macam nampak sangat dia jahat. mungkin bukan jahat tapi orang sekeliling aku lebih nam

Ramadhan 1440

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Jumaat!~ Alhamdulillah cepat masa berlalu dah jumaat kembali. dan minggu ni weekend yang panjang. berseronok-ronok dirumah tapi perlu tambah stok. insyaa Allah semoga berjaya! Salam 12 Ramadhan. setiap tahun melalui semangat yang berlainan. aku masih mengharap semoga semangat pada awal Ramadhan akan sama hingga keakhirnya. tapi terasa kekurangannya. banyak. dari segi semangat. tidak tahu kenapa tetapi aku mencedok kembali dari semangat-semangat dari tahun lepas. kerana itu pentingnya aku menulis setiap kenangan di blog kerana aku suka baca balik sebagai peringatan. alhamdulillah pada tahun lepas diberi rezeki yang tidak disangka-sangka. pada 14 Ramadhan dah tutup order kerana masalah stok yang sukar untuk didapati. aku beli stok di Johor. tahun ni semangat untuk berniaga menurun. production pun tak seaktif tahun lepas. ya semua

Terlalu Rindu

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam 9 Ramadhan!~ rindunya nak menulis. serius terlalu rindu. mula-mula rasa nak tulis entri salam Ramadhan. bila rajin nanti kita up satu entri buat kenang-kenangan. insyaa Allah. entri Jogja pun belum habis lagi padahal dah hampir 2 bulan pergi. lately, terasa terlalu rindu pada arwah embah. lama dah arwah embah tak datang dalam mimpi. rasanya last mimpi embah balik dalam keadaan yang sangat sihat. dijaga oleh keluarga angkat disana. balik tersenyum gembira jumpa anak-anak dan sanak saudara. bukan aku tidak menerima takdir tapi sehingga sekarang aku masih lagi mengharap embah akan balik walau apa jua keadaan. ya, apa jua keadaan.  aku terima apa jua keadaan pun. kalau aku cakap kat mama mesti dia sedih apa yang aku rasa sebab mama selalu cakap "arwah embah terlalu baik orangnya. sangat baik. kerana itu Allah akhiri hayatnya dit