You Deserve Someone Better

::: Bismilillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Alhamdulillah!~
Salam 16 Ramadhan.
berbaki 14 hari saja lagi, masih mengharapkan agar ini adalah Ramadhan yang terbaik sekali dari sebelum-sebelum ini.


appreciation post untuk mereka-mereka yang tidak pernah jemu doakan aku.
dari dulu sampai sekarang.

bila ingat balik, rasa terharu sangat dengan kehadiran-kehadiran mereka disisi.
Ya, aku memang degil.
tapi apa yang Allah aturkan sebelum ini, ternyata aku tidak pernah menyesal sama sekali.
saban tahun, bila aku sedih kerana orang yang tidak pernah hargai aku tapi mempergunakan aku, 

"Nana, you deserve someone better. cukuplah tu. cukup"

"tapi dia masih layan aku macma biasa. masih layan aku macam dahulu kala"

"walaupun tak dihargai?"


bila menggunakan word mempergunakan ni macam nampak sangat dia jahat.
mungkin bukan jahat tapi orang sekeliling aku lebih nampak dia mempergunakan dengan apa yang aku boleh beri.
but sometime aku pun perlukan dia juga.
50-50 lah kira.
so hapuskan word mempergunakan.
sebab bila guna word tu, aku pun terasa mempergunakan dia juga.

banyak kali mereka nasihat dan beri keyakinan bahawa

"you deserve someone better Nana"

bila aku buka hati untuk terima someone dan aku dah terima someone.
mereka adalah orang-orang yang paling happy.
reaksi masing-masing really unexpected.
serious aku terharu gila.
rasa nak menangis.

Ya, dikala aku susah hati.
mereka ada menghulurkan bantuan.
dan aku terasa masih adaa yang sayang aku walaupun ada seseorang yang harapkan tidak hargai aku.

mereka juga yang beri kesedaran.
mereka tanpa jemu beri nasihat.
dan mereka juga paling gembira, aku berubah.
tanpa henti kata syukur.

"finally, you really deserve someone better than him"

"im happy for you Nana. im really happy. insyaa Allah all you dream come true."

"Nana, akak terlalu happy. akak doakan dan sentiasa doakan Nana bahagia dengan sesiapa sahaja yang jadi pilihan Nana dan hargai Nana because You deserve it."

"berbahagialah Nana setelah sekian lama bahagia yang satu itu tidak menjelma"

"kau terlalu bertuah Nana"

terharu tau korang macam ni.
terima kasih untuk semua pengorbanan yang telah diberi.
tiada apa yang mampu aku beri.
semoga segala kebaikan seisi dunia jadi milik kita semua.
kebahagian dunia malah akhirat jadi milik kita selamanya.
walau bukan setiap hari berjumpa, moga doa-doa kita saling bertemu tanpa jemu.
Terima Kasih!~


Ya Allah, tiada apa yang mampu aku beri kepada mereka yang beri kebahagian kepadaku.
semoga kasih sayang milikmu, menjadi juga milik mereka supaya mereka sebarkan lagi kebahagian-kebahagian mereka kepada orang yang mereka kasihi.
Terima kasih Tuhan kirim mereka sebagai pemberi ingatan.
Terima kasih segala teguran.

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~