Empayar : Hikayat Putera Tanpa Nama
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Rabu! Salam 21th Ramadhan. Ramadhan semakin hampir meninggalkan kita. sedih. alhamdulillah dapat rasa kepuasan pada Ramadhan kali ini. walaupun macam kekurangan masa untuk membaca, tapi Allah menggerakkan hati untuk membaca Al-Quran dan amalan-amalan lain. terasa sangat bersyukur kerana Allah memilih aku untuk merasa nikmatnya. bersyukur kerana terpilih. hari ni tergerak hati nak buat Kembara Buku. tak lama lepas baca Impian Jalanan , terus je baca Empayar. tapi belum masa nak bagi pendapat. kena tunggu mood. Pertama kali Teme menceburkan diri untuk buat novel. kerana 3 buku yang sebelum semua dalam genre yang sama. buku ke empat mula beralih genre. bagi aku bagus kerana sampai bila kita mahu melukirkan gambaran kehidupan kita pada orang lain melalui penulisan-penulisan. tidak salah memberi inspirasi, cuma takut tergan...