Impian Jalanan

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Isnin!~
sebelum penyakit Monday Blues menular.
jenguk-jenguk sambil tuang idea yang mampu dan sebolehnya.
apa yang aku tulis semua adalah apa yang aku fikir.
dan semua adalah pandangan peribadi aku.


aku paling suka kehidupan semalam.
menghabiskan sisa-sisa cuti dengan membaca.
adalah impian setiap minggu aku yang mana aku tak mampu dan boleh capai setiap minggu.
untuk menarik minat dengan membaca ni, kena ada mood yang perlu atau dorongan-dorongan dari pihak lain yang mengatakan buku tu best.
orang kata excited lebih.
kekangan-kekangan masa yang lain juga salah satu penghalang untuk aku laksanakan impian aku.



Alhamdulillah, i manage to finish in one day.


kali ni Teme bawa kisah yang agak berlainan dari dua buku yang terdahulu.
mungkin ini adalah buku yang terakhir yang menceritakan pengalaman liku-liku kehidupan seorang Teme atau ada lagi yang lain?
bak kata-kata mereka yang dah habis baca

Impian Jalanan adalah isi-isi yang pernah dilalui penulis sebelum Pelukis Jalanan, selepas Arkitek Jalanan dan Sebelum Impian Jalanan.

menggunakan nama yang lain dari kebiasaan untuk menunjukkan bahawa dia juga anak yang manja.
walaupun sebelum ni, Teme menceritakan ketabahan diri dia untuk meneruskan hidup sehingga dia berjaya.
dan sebenarnya setiap ketabahan pernah dilalui ada yang sedang berdiri teguh dibelakang.
menyokong tanpa henti.
doa tanpa jemu.
dari tiada apa sehingga ada semua.

"kadangkala kita perlu kalah berkali-kali untuk meraih kemenangan yang paling penting sekali"
-Impian Jalanan-


Teme seperti mahu menyampaikan sesuatu dalam buku kali ni, dengan kemunculan dalam sesi meet & great untuk kali pertama untuk penyokong-penyokong tegar.
 termasuk feed instagram itsteme juga menceritakan sesuatu.
seolah-olah Teme mencari kebahagiaan dengan menggembirakan orang lain yang pernah Iskandar lalukan semasa usia 11 tahun dengan memberi hasil lukisan yang telah dikumpulkan dengan percuma kepada rakan-rakan.

itu adalah happiness bagi seorang Iskandar.
mungkin happiness bagi seorang Teme adalah menggembirakan mereka-mereka yang tanpa henti menyokong dan mendoakan agar perjalanan seorang Teme dipermudahkan.
dalam masa yang sama seorang Teme masih lagi seorang Teme dalam menggembirakan mereka-mereka yang Teme nampak perlukan pertolongan.


Jika kalian menampakkan sedekah maka hal itu baik sekali. Dan jika kalian menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir maka hal itu lebih baik bagi kalian…”
 (QS: Al-Baqarah [2]: 271)


“Seseorang yang mengeluarkan shadaqah lantas di-sembunyikannya sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat tangan kanannya.” (Bukhari-Muslim)

bila kita berjaya , ujian tidak pernah berhenti agar kita tidak terus leka dengan kesenangan dunia.


"Success is not defined by how much money you make but by how you can be at one peace and happy, even when you have zero in your bank account"
-Impian Jalanan-

"and its about how many lives you can improve. Also about how you share the happiness"
-Impian Jalanan-


bahagia itu datang dengan pelbagai cara. dan kebahagiaan itu bukan datangnya dari wang ringgit seperti yang telah digembar-gemburkan dalam media sosial sekarang.
tanpa kita sedar.
tanpa kita tahu.
bahagia datangnya tanpa diduga.
ia bergantung bagaimana kita merasa dan menilai rasa bahagia itu sendiri.
semua orang perlu ada rasa bahagia.
walau dengan siapa.
walau siapa pun kita dimata manusia.
kita layak bahagia walau pernah dikecewa oleh manusia.
kerana kita manusia yang akhirnya kembali kepada Pencipta tanpa bawa harta dunia.


kembali kepada Pencipta.
disaat kita resah dengan dunia.
saat kita mencari sesuatu yang kita sendiri tahu apa.
kembalilah pada Pencipta.
kerana Dia bisa mengilhamkan kita sesuatu tanpa kita sedar.
tanpa kita tahu apa kebaikan disebalik semuanya.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala-galaNya.
semoga perjalanan yang Allah bentangkan buat kita didunia adalah jalan yang terbaik.
ujian adalah perencah rasa.
pelengkap kehidupan dunia yang menentukan siapa kita diakhirat sana.
tanpa perencah rasa yang mencukupi cemplang perjalanan kita.
kerana manusia selamanya tidak akan mencapai kesempurnan yang sempurna.



Happy 25th Birthday Teme !

semoga terus-terusan memberi inspirasi tanpa henti.
dikurniakan kebahagiaan dunia dan akhirat bersama-sama mereka yang kau cinta dan mereka-mereka yang mencintai kau.
terus-teruskan berbakti dengan sakti tanpa henti!
 aku bukan peminat dan penyokong yang tegar.
tetapi aku seseorang yang mencari sesuatu yang tersirat dalam kehidupan seseorang yang lain untuk dijadikan pedoman dan pembelajaran dalam kehidupan seharian.



baca dengan jiwa.
untuk rasa apa yang dibawa.
supaya kita boleh melihat apa yang dibicara oleh mereka.


Sekian Terima Kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~