Salam Ramadhan 2018!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Khamis!~
Salam Satu Ramadhan!~



Alhamdulillah masih dipilih Allah untuk merasai Ramadhan lagi buat tahun ni.
semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dari Ramadhan-Ramadhan sebelum ini yang pernah dilalui.


semoga ibadah yang dilakukan diterima dan dipermudahkan hingga ke akhirnya.
biarlah orang nak kata kita hipokrit pada bulan Ramadhan.
biar hipokrit yang membawa kepada kebaikan buat diri kita.
dan juga boleh menjadi sebaran kebaikan buat orang-orang disekeliling kita.
insyaaAllah.

semua orang sukakan kebaikan.
malah berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan buat mereka yang memerlukan.
ramai.
sangat ramai yang mengambil kesempatan atas bulan yang penuh barakah untuk merebut pahala-pahala kebajikan.
semoga kita juga tergolong dalam golongan mereka yang melakukan kebajikan serta mendapat ganjaran.
insya Allah.

rebutlah peluang yang datangnya bukan berkali.
hanya setahun sekali.
bila lagi, kalau bukan masa ini.
tahun depan belum tentu lagi.
untuk sampai ke ramadhan lagi nanti.

bila diberi peluang dan rezeki serta nikmat.
jangan lupa panjatkan rasa kesyukuran yang tinggi pada Allah.
dan semoga kita juga tergolong dalam golongan orang-orang yang bersyukur.
kerana untuk menghayati rasa syukur itu payah.
walau senang diluahkan.
dikeluarkan dengan kata-kata.
tapi untuk kita terima dan hadami maksud syukur itu,
hmmmmm, nak terangkan pun agak payah.
rasai nikmat syukur, baru kita tahu apa itu syukur.

Terima kasih!


sebelum itu...

Dikesempatan ini, memohon sumbangan untuk Dapur Helwa @ Ramadhan.
Dapur Helwa @Ramadhan akan mengadakan agihan pek iftar di hospital dengan kerjasama Hewi dan Helwani.
Maklumat  Program Dapur Helwa@Ramadhan adalah seperti dalam gambar yang berikut :





Sekian terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~