Rezeki

::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Rabu!~
Salam 14 Ramadhan.
sekejap sungguh masa berlalu dah hampir setengah bulan kita berpuasa.
alhamdulillah.
malam ni dah malam ke 15 Ramadhan.

bulan puasa ni banyak sungguh isu-isu.
nak ulas dan beri pendapat apa yang aku rasa tapi aku rasa apa yang aku nak cerita ni lagi penting kot.
aku ni pelupa sikit orangya.
bila berkaitan dengan diri sendiri, cerita dulu kat sini.
lain-lain isu kita kupas kemudian.

sebenarnya nak cerita dalam ig story je tapi aku berpendapat nanti orang muak pula dengan luahan hati aku.
maka, rajinkan diri menulis kat sini.
sejak dua menjak ni aku suka buat ig story bila aku rasa aku nak simpan lama.
sebab aku lebih suka belek ig story dalam archived dalam gambar kt archived.



semalam aku and team ohsemeet perhabiskan kulit popia untuk buat popia seaweed.
dalam kepala

"okey, cukup dah. lepas ni fokus untuk diri sendiri"

bila tiba hari kejadian mengira balik order dan mengira stok yang ada.

"alamak, tak cukup lagi lah. kena buat lagi. baru nak rilek-rilek."




setelah berfikir sepanjang malam, maka dengan rasminya pagi ni aku tutup order.
alhamdulillah.
tak dijangka sama sekali, tutup awal dari yang biasa.

permulaannya, aku takut.
bukan apa, aku kurang follower di instagram ohsemeet.
permulaan untuk kali ni aku takda rasa untuk teruskan legasi popia seaweed.
aku tak yakin dan aku nak fokus bulan Ramadhan ni.
kalau boleh tak mahu jadi macam tahun-tahun sebelum.



tapi ambil keputusan mendadak seminggu sebelum puasa.
sama-sama belanja dengan mama.
pencetus semangat utama, Allah hantar Mama untuk aku teruskan apa yang aku pernah buat sebelum ni.
lagi satu, tahun lepas dapat sambutan sebab Kak Long masih kerja di LHDN, dia bantu untuk jual sebahagian.
tahun ni, Kak Long cuti bersalin sampai raya.
gelisah juga,
nak beli bekas satu bundle pun tak yakin.
beli kulit popia pun hanya 8 paket untuk permulaan.
cuma beli seaweed banyak sampai 20 bungkus.
sebab rasa, cukuplah 20 bungkus untuk 8paket popia.
rupa-rupanya hanya pakai dalam 10 paket je untuk 8 paket popia.



sebulan sebelum Ramadhan Mijah ada tanya

"Na, tahun ni buat tak seaweed?"

"macam malas lah. sebab tahun lepas macam rugi sikit, bangkit cheese kurang dapt sambutan. tengoklah nanti kalau rajin"

beperang juga dengan hati sendiri sebab penat juga sebenarnya.
membayangkan tahun lepas macam mana.



satu yang aku belajar untuk tempahan tahun ni.
time management.
bagi orang mungkin not really manage.
tapi bagi aku memang well manage masa aku untuk siapkan tempahan walaupun hanya bekerja pada hari minggu.
walaupun tempahan berganda dari tahun lepas.
walaupun kegusaran pada awal tiada pembeli, Allah hantar lebih ramai lagi tanpa kita sangka-sangka.
bila order closed, masih ramai berpusu-pusu untuk selit order.
lagi benda yang paling tak sangka.

 aku mula seminggu awal dari tarikh puasa.
semua bahan beli siap-siap.
disebabkan tak mahu ganggu hari bekerja, setiap malam minggu aku akan buat sehabisnya.
setakat mana yang larat atau sampai bahan cukup.
banyak kali berhenti sebab biasanya telur habis.
kemudian, aku akan start goreng keesokan harinya.
taknak penat yang berpanjangan.

maknanya, bila proses membuat kami akan fokus untuk membuat sahaja sepanjang malam.
dan bila proses menggoreng, kami hanya fokus menggoreng dan membungkus.
kita belajar dari tahun-tahun yang sebelum untuk meningkat produktiviti disamping beribadah kepada Allah tambah-tambah bulan puasa ni.
Alhamdulillah sempat juga ke Tamrin 2 hari satu malam minggu lepas.

Semua atas rezeki Allah.
Allah beri kecukupan waktu untuk menyelesaikan kesemuanya.
Alhamdulillah sangat-sangat.
Allah yang memberi ilham.
Allah juga Maha Merancang akan kesemuanya.
Terima kasih.
ALhamdulillah rasa bersyukur sangat.
sangat-sangat.

rasa sebak.

bila kita berniaga, satu yang aku percaya apa yang pernah aku baca.

"berniaga adalah salah satu cara kita meletakkan pengharapan yang tinggi dimana rezeki itu memang datangnya dari Allah. bukan dari mereka yang memberi gaji"


aku belajar.
belajar untuk pembelajaran akan datang.
aku sentiasa belajar untuk jadi orang yang bersyukur.
sentiasa.
kerana aku sendiri mahu rasai apa itu erti syukur yang sebenar.

Terima kasih Allah.
terima kasih yang sentiasa menyokong.
aku terharu, tanpa aku sangka korang adalah orang-orang yang Allah hantar.
semoga kehidupan korang sentiasa dalam rahmat Allah hingga ke syurga.
terima kasih yang membantu.
terima kasih.
dan terima kasih sangat-sangat.
rasa tak boleh berhenti untuk ucap terima kasih kat semua orang.


Terima kasih!


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~