Posts

Showing posts with the label Raihana

Hikmah ii

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Raihana yakin ini adalah jawapannya. Pada malam pertama dia bermimpi sedang bernikah. Hanya satu malam sahaja dia bermimpi. Hatinya pula tergerak untuk menerima sahaja pilihan itu. Bahkan dia ada bertanyakan hal ini kepada Ustazah Harlina selaku sahabatnya semasa dikolej dahulu. “Ana, sebaik-baik pilihan itu adalah pilihan ibu bapa kan. Apa yang mereka pilih untuk anak gadis mereka pastilah yang terbaik bagi mereka. Sebab mereka hendak menyerahkan amanah Allah itu kepada sebaik-baiknya. oleh itu mereka pasti membuat pilihan yang bijak” sambil tangan Harlina menunjukkan ‘thums up’. Kemudian dia tersenyum. “Dahlah Ana. Tak payah kusutkan fikiran sangat. ‘dia’   pasti bahagia bila tengok Ana bahagia kan. Lagipun Ana dah dapat sign kan tentang mimpi tu. Even just sekali je. Tapikan petanda tu datang bukan sahaja datangnya dengan mimpi sahaja. Gerak hati kita pun ...

Hikmah i

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: “ Ya Allah berikanlah aku kekuatan untuk menempuh segala onak dan duri yang telah Engkau tetapkan untuk hamba-hambaMu yang layak bagi ujian ini..dan Engkau tahu sedangkan kami tidak tahu akan sesuatu yang terbaik buat kami melainkan Engkau yang mengilhamkan kepada kami...dan andai apa yang telah Engkau tetapkan ini adalah yang terbaik buat aku serta bakal suami ku   kami akan terima jalan yang telah Engkau bukakan ini, semoga restuMu sentiasa mengiringi perjalanan hidup kami” Ana mengusap lembut raut pipinya seusai berdoa kepada Allah.   Dia yakin bahawa Allah sudah menetapkan ini adalah yang terbaik buat dirinya. Dua bulan yang lalu.... “ana,mak dan abah minta maaf sangat pada ana. Mak tahu ana tengah tunggu akan seseorang tapi mak rasa dah terlambat sangat kalau ana sentiasa fikir akan dia.” Ujar Puan Salmah pada anak sulungnya itu dengan penuh rasa berhat...