Posts

Showing posts from January, 2018

Tuan Direktur

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Isnin!~ merasai rasa bahagia tanpa signal 2 hari. seronok rasanya dengan bunyi-bunyi air sungai yang mengalir di kelilingi hutan. bilik papan yang menggamit kenangan zaman kanak-kanak. rindu sungguh!~ tapi bila dah dapat signal, macam tidak mampu hidup pula bila tiada signal. suka konsep Villa Maktok. semoga ada rezeki untuk berkunjung lagi suatu hari nanti.
lepas ni rasa nak pergi Serendah untuk menikmati suasana alam semulajadi. sambil membaca.
akhirnya habis juga baca Tuan Direktur. buku paling lama aku baca. sejak 2017 sampai 2018.  setahun!~

cerita yang agak lambat sedikit tapi memberi makna tentang kehidupan. supaya tidak terlalu mengejar harta.
seorang yang kaya berharta dan banyak sekali perniagaannya tetapi seorang yang sombong bongkak dan suka memandang rendah terhadap orang bawahan. sedangkan diri sendiri juga pernah miskin hina dan dina. manusia yang lupa diri dan menga…

Handphone Hilang

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::

Salam Isnin!~
susah rupanya hendak beralih angin bercuti kepada angin bekerja. masih lemau memikirkan seronoknya bercuti.
siapa yang tidak risau kehilangan telefon? semua orang risau termasuk pengguna terakhir sebab pengguna terakhir selalunya ada kebarangkalian yang tinggi untuk menggganti balik sekiranya kesalahan itu dijatuhkan keatas dia. aku juga takut untuk jadi pengguna terakhir ni sebab bukan hak milik kita kan.
alhamdulillah dua tahun sudah handphone kesayangan dalam perkhidmatan. syukur!~ sebab lepas dapat apa yang diingini, rasanya takde benda lain nak lagi dah. dan tidak terfikir hendak bertukar handphone sebab memang ini adalah gadjet yang paling diidami sudah berada dalam genggaman. macam tulah. bila hilang, aku macam tak dapat nak fikir apa handphone yang aku nak pakai selepas ini.

lepas balik dari makan malam di Restoran Abang steamboat & Grill, Cameron. aku dan temah…

Lullabies!~

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Jumaat!~ lama betul tak buat pengembaraan buku. banyak je yang nak di review kan tapi tak sempat dan akhirnya terlupa. sementara rajin ni. ayuh lah!~
lama betul nak menghabiskan buku ni. sebab kalau bab puisi ni selalunya aku laju sikit. dalam sehari dua dah habis. mungkin disebabkan mood untuk membaca agak liat, tu yang agak lama. memakan masa dua minggu juga kot.



ini kali kedua baca puisi bahasa inggeris rasanya. serius best!~ rate 8/10. menggunakan ayat yang biasa. ada certain yang guna ayat aras tinggi.

disebabkan tahun 2018 ni berazam untuk membaca lebih banyak. semoga lebih banyak juga entri Kembara buku yer. insyaa Allah.

taklah semua puisi semata-mata. ada juga penceritaan. kebanyakaan yang aku post ada kaitan dengan hidup aku. sebab macam ada kena mengena kan.


selalu kita sebagai seorang perempuan akan memegang harapan bila seseorang cakap kat kita
"insyaa Allah kalau …

Retreat 2018 - Cameron Highland

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::

Salam Selasa!~ tak sangka pergi Cameron yang agak dekat tapi jet lag bukan main walaupun bukan jadi pemandu sepanjang jalan. bila jadi penumpang ni kadangkala jet lag lebih lagi dari pemandu.
setiap kali pergi bercuti, paling tak sabar nak update blog bercuti. sebab konon-konon nak tambah senarai travel dalam label travelling. walaupun hanya mampu berjalan dalam negara saja.


dah lama sebenarnya merancang nak pergi Cameron tapi atas faktor-faktor yang tak dapat nak dielakkan terpaksa tunda beberapa kali. dan akhirnya impian menjadi kenyataan. alhamdulillah. dan hikmah atas penangguhan, semua ahli dapat turut serta kecuali PakLong Irsyad. Takziah atas kehilangan anak buah yang disayangi. Alfatihah!

bertolak dalam jam 9.00 pagi dan berkumpul di RnR Rawang. alhamdulillah perjalanan lancar tanpa bertemu jem. check point pertama adalah di Latar Iskandar.


berhenti untuk makan tengahari. makan t…