Its Random!~

::: Bismillahirrahmanirahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Khamis!~
berjumpa lagi dalam Its Random.
malas nak buat entri satu-satu.
tepek je gambar dalam ni semua.
senang kerja.
bila nak belek balik dah tahu lah gambar ni untuk apa.



masa zaman sekolah rasa tak beruntung betul sebab tarikh lahir jatuh akhir tahun.
sebab akhir tahun cuti sekolah.
so, kawan-kawan tak dapat nak wish and xde lah nak sambut ke apa ke kat sekolah.
tapi dah menginjak dewasa ni seronok betul.
baru terasa masih ada yang sayang.

kek birthday dari kak Fadhilah Masthura sebab selain nama kiteorang dalam kek, nama family dia.
kira sambut sekali lah tu.
dia memang dah cakap nak belanja kiteorang kek.
ni bukan kek rasuah kan kak?
terima kasih banyak-banyak.
banyak betul dapat kek walaupun berkongsi nama.

dapat hadiah lagi.
serius rasa terlalu beruntung.
terima kasih semua orang!
terima kasih kerana sayang dan menghargai.
terharu dan teruja.


hari tu abah, mama dan danish ada turun sini.
nak sambut birthday katanya.
abah nak gie berjalan Kuala Kubu Baru.
aku pun bukan tahu apa yang ada kat sana.
bila dah sampai sana main jalan terus je sekali tulis jalan naik ke Bukit Fraser.
tapi jalan sangat-sangat mencabar jiwa.
dan paling gila aku buat adalah xisi minyak.
hahahhahaa
semua orang dah cuak tapi aku macam biasa mengamalkan sikap tawakal yang sangat tinggi.
jangan tiru aksi ini okey.
tawakal tu memang bertawakal sepenuhnya tapi hati berdebar macam nak pecah.


kat atas sampai betul-betul masuk zuhur.
takde buat apa pun kat sana sebab aku keliru Bukit Fraser dan Bukit Tinggi.
tempat yang lawa tu rupanya Bukit Tinggi.
baru berangan nak tangkap gambar cecantik.
tapi aku suka je kat Bukit Fraser ni.
menenangkan bagi aku yang suka warna hijau dan kedamaian.
cuma agak menyeramkan sikit kawasan-kawasan kat Bukit Fraser nie.
naik atas xde buat apa pun.
solat zuhur dan makan lepas tu turun balik sebab hujan xberhenti.
cuaca sekarang kan tak tentu.


malam tu dengan gigih gie berjalan kat I-city.
yelah nak melayan bakal birthday boy sorang nie.
layankan jelah walaupun penat.


keesokkannya abah nak berjalan gie Kenanga sebab nak cari baju t-shirt borong yang murah.
naik LRT je senang. turun Hang Tuah, jalan sikit dah sampai.
penat berjalan sehari kat situ.
berjalan dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
masuk keluar kedai.
yang xbest nya kat situ xboleh beli satu2 baju.
kena borong.
dah nama pun tempat borong kan.


malam tu berjalan kat ioi mall putrajaya.
memang berjalan sungguh kali ni.
then, mereka terus balik Batu Pahat malam tu juga sebab esok ade temujanji dengan doktor.
rasa xpuas je.



aku memang niat nak pergi tapi xmerancang nak pergi.
kira macam saja-saja je cakap.


permulaannya aku kena pergi bangi sebab ada kelas fotografi.
disebabkan terlewat sampai and kelas pun dah nak buat praktikal.
terus gerak balik tapi xnak balik rumah dan masih awal lagi dalam kol 10 pagi.
tu yang boleh sampai ke Mines walaupun sorang-sorang.
kalau nak gie pilih buku aku lebih rela gie sorang-sorang dari berteman.
lagi-lagi kalau dengan adik-adik aku, xsyok betul nak menghayati setiap buku yang aku nak beli.
hasilnya


dapatlah belikan Hana buku sikit hadiah birthday.


sebenarnya dah lama teringin 'Enchanted forest', ' Lost Ocean' and 'Secret Garden'
harga pasaran buku ni mahal around Rm50 kalau xsilap.
memang xlah aku nak beli and kawan aku pun kata membazir.
jumpa jugak 3 tu RM12 tapi lebih pilih yang ni sebab RM5 je and aku pun masih beginner nak kaler2 kan. xhebat lagi. so better pilih yang murah2 je dulu.



Diary of Wimpy Kid ni dah lama aim.
dari zaman belajar lagi tapi satu buku tu RM35. sabarkan diri kejap.
dan xpernah terbeli pun.
satu set ni RM100. kira berbaloi lah untuk beli.
lepas ni target buku lain pulak.
barulah rasa teenagers bila baca buku genre teenagers.



okey yang ni aku tak tahu apa sebab aku beli.



first impression aku nampak sebab pasal kek.
then, bila aku baca sinopsis seorang perempuan ni ada satu tanah pusaka yang terbiar.
then die decide untuk bukak kedai kek even dia xpandai pun baked a cake.
gitulah lebih kurang.


walaupun dah pernah tengok movie tapi tetap nak baca buku ni sebab nak baca pengolahan ayat-ayat Buya Hamka dalam cerita ni.


aku pernah tanya kawan aku pasal Hamka punya tafsir Al-Quran.
ada jugak jumpa tapi yang aku nak xjumpa sebab nak tengok dari juzuk 30 dulu.
so, belilah yang nie.
nak baca bab tasawuff xberani sangat.


buku ni aku pilih sebab on first anniversary dieorang failkan penceraian.
suami isteri ni xdelah gaduh teruk-teruk pun tp dieorang xde kesefahaman.
sebab tu aku beli.
hahahaha
semua ada sebab kenapa aku pilih buku yang aku beli.


balik kampung minggu lepas masa cuti krimas.
ayam kampung goreng berempah.
makan panas-panas.
cecah sambal kicap.
cap jempol!


lawan plak dengan betik muda tumis.
wallah!~
tahan nafsu je nak tambah berkali-kali.


ni pun masa cuti krismas hari tu.
ke kena buat entri cuti krismas?
hahahahaa
memang gamabr makanan je sokmo.


disebabkan semua orang berkumpul.
abah bawak kiteorang gie pontian belanja makan sempena birthday Danish.
semua bahan mentah beli sendiri.
udang, ikan siakap and sotong.


tempat favourite sekeluarga kat pontian ni.
semua masakan dia sedap lagi-lagi ikan 3 rasa dan paling suka nasi korek-korek.
susah nak dapat yang sedap macam kat kedai ni.
kedai kt Jalan Johor sebelah Petron. kalau dari Johor belah kiri before Petron.



lama tunggu cerita ni!
since yang kedua dah xsabar untuk keluar yang ketiga.
sebab bagi aku yang kedua biasa-biasa je xberapa best.
ingat nak keluar tengok movie sabtu malam.
tapi jenis xsabar, keluar juga tengok jumaat malam walaupun penat kerja.
tiket kol 9.15. dalam kol 8 baru keluar rumah.


sebelum masuk, gie singgah makan jap kat Family mart nak makan aiskrim and Oden.



lama dah xbuat kerja gila.
satu malam tengok dua movie sekali gus.
ni tengah menunggu next movie.
habis Pitch Perfect dalam 11.20. rasa malam masih muda, terus check online tiket masih available x.
nasib baik ade tiket kol 12.10 movie Jumanji.
seronok gile!
dari 9.15 sampai 2 pagi ketawa je xberhenti.
dua-dua cerita memang superb!
baik gie tengok sebelum menyesal.



Tahniah Anis & Anwar.
Semoga terus-terusan bahagia dan saling membahagiakan dunia akhirat!


Pesta lampu Putrajaya!~
lepas balik kenduri kawen, berjalan jap kat Alamanda and hantar tema balik Bandar Tun Hussien Onn then lepas isyak dengan gigihnya ke Pesta Lampu.
xdelah best sangat.
biasa-biasa je tapi memang lautan manusia betul kat sini.
sana sini ramai gile orang!
sesak. nak cari parking pun amik masa sejam.
biasanya aku akan elakkan berada dalam kalangan lautan manusia tapi disebabkan memang dah ada di kawasan Putrajaya, pergi jelah.
lagipun kawan aku nak jumpa sepupu dia berniaga kat sana.



Terima Kasih!~





Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~