Tuan Direktur

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Isnin!~
merasai rasa bahagia tanpa signal 2 hari.
seronok rasanya dengan bunyi-bunyi air sungai yang mengalir di kelilingi hutan.
bilik papan yang menggamit kenangan zaman kanak-kanak.
rindu sungguh!~
tapi bila dah dapat signal, macam tidak mampu hidup pula bila tiada signal.
suka konsep Villa Maktok.
semoga ada rezeki untuk berkunjung lagi suatu hari nanti.

lepas ni rasa nak pergi Serendah untuk menikmati suasana alam semulajadi.
sambil membaca.

akhirnya habis juga baca Tuan Direktur.
buku paling lama aku baca.
sejak 2017 sampai 2018.
 setahun!~


cerita yang agak lambat sedikit tapi memberi makna tentang kehidupan.
supaya tidak terlalu mengejar harta.

seorang yang kaya berharta dan banyak sekali perniagaannya tetapi seorang yang sombong bongkak dan suka memandang rendah terhadap orang bawahan.
sedangkan diri sendiri juga pernah miskin hina dan dina.
manusia yang lupa diri dan menganggap kekayaannya atas usaha sendiri.

dan seorang lagi yang terkalu kaya dengan budi bahasa.
sifat merendah diri dan melayan semua manusia sama tidak kira miskin atau kaya kerana baginya manusia ini semua sama.
kemuncaknya bila mereka sama-sama ditimpa musibah yang sama tetapi penghayatan yang berbeza.

buku yang tidak terlalu tebal.
nipis.
dan murah.
berbaloi untuk mengisi masa lapang sebelum tido dan hari minggu.
bacalah.

suka penulisan Buya Hamka ni sebab sarat dengan pengajaran dan pembelajaran sebagai seorang hamba Allah dan sebagai manusia.

mengharapkan semoga 2018 nie semakin banyak entri kembara buku.
sebab sebelum tulis entri, pasti kena baca terlebih dahulu.
dan semoga tercapai azam 2018 sebulan satu buku sekurang-kurangnya.
insyaa Allah.


"membaca itu jambatan ilmu"

terima kasih!~

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~