Isu Agoda

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Khamis!~
how's your day?


haritu aku ada membebel sikit kes Agoda kan masa bateri weak.
tiba-tiba nak up cerita ni.
supaya satu hari nanti aku boleh baca balik.
dijadikan pengalaman, pengajaran dan pembelajaran.

masa aku pergi Pulau Kapas, Pulau penuh.
maka, aku decided untuk duduk luar pulau dan kami cuma ambil pakej daytrip untuk pulau kapas.
then, hotel seri malaysia adalah salah satu hotel yang terdekat juga di Jeti.

disebabkan aircond rosak pada hari tersebut.
maka, kami ditukarkan ke bilik standard.
aku memang memilih untuk "pay at hotel"
walaupun charges lebih mahal sedikit sebab konon taknak effect card credit aku.
bila dah check out, tiba-tiba abah msg.
kandungan msg seperti yang dibawah.



aku terkejut tapi aku explain kat abah yang aku dah bayar kat hotel.
then kami check kat transaksi masing-masing.
sebab kad kredit aku ada sub daripada kad kredit abah.
so segala pembelian kadang-kadang akan sampai ke pemegang utama.
then aku biar je sampailah tibe masa nak bayar kad kredit which is on my pay day.
ada transaction RM285.45 dari Agoda.
then aku check Agoda and request for resit.
Agoda charge me the cancellation fee (due to the receipt).



terkejut aku.
dalam hati bukan main sebel dah tapi tetap mengharap Agoda akan refund.
harapan tinggi, setinggi gunung kinabalu aku sayang sama kamu.

aku baca terms and condition from Agoda lebih kurang macam ni

"... agoda will charge your credit card due to the last minute cancellation"

aku try msg hotel. 
lambat nak reply sebab aku msg melalui Application Agoda.
then, aku call hotel cerita masalah aku.

"puan perlu refer kepada Agoda sendiri sebab kami sudah maklumkan pada Agoda tentang masalah puan hari tu"

try call hotline Agoda, kata nombor tak cukup.
aku try semua sumber.
tapi tak boleh.
bila pergi ke application masih merujuk nombor yang dihubungi untuk tahu status hotel.

"... status hotel anda sudah dibatalkan..."

reply email, rupanya email itu bukan untuk terima email aduan.
aku mencuba nasib private message Agoda di facebook.
reply agak lambat mungkin faktor berlainan waktu.
alhamdulillah dilayan dan pihak Agoda yang reply PM di Facebook akan bagi person in charge untuk masalah aku.
owh abaikan my broken english.
lepas isu settle, aku pun cakap kat diri sendiri kenapa aku cakap bahasa pasar.
haish.
kena berlatih tulish english formal sikit.




sebenarnya masalah cancellation itu bukan datangnya dari aku.
dan bukan aku yang membuat cancellation last minit.
then, aku berhak untuk dapatkan balik duit aku walaupun RM285.45. bagi aku ia sangat berharga sebab itu adalah duit.
boleh makan sukiya satu family weyh!~

finally i got email as below from the person in charge for my case.





case closed.
radio silent!~



before dapat email, dia PM facebook sebab aku tak angkat call.
kau bayangkan dia call time malam and from Hongkong.
aku takutlah scammer.
lain kali bagi notis kat PM aku dulu kata nak call.
ingat boyfriend yang mana satu nak yang call.



alhamdulillah.
kes selesai dalam masa 4 hari. dan aku tak lupa juga untuk ucapkan terima kasih pada person incharge tersebut.
then, check transaction kad kredit, Agoda dah pun refund.
dalam masa satu hari selepas isu selesai.

thank you Agoda for your services.
belum sempat boikot, isu selesai.
case closed!~

disebalik gambar yang cantik, ketahuilah ada jalan cerita yang Allah beri untuk kita ingat sampai bila-bila.
aku dah pernah lalui banyak perkara bila pergi bercuti.
macam-macam tapi macam aku selalu tekankan.

kita sendiri yang mencorakkan kebahagian dalam percutian kita.
kita juga yang cuti kita rasa seronok ataupun tidak.
kita sendiri yang laluinya.
kita sendiri yang lukis kegembiraan atas lukisan percutian, kita juga sendiri yang rasa kegembiraan itu.
jangan jadikan masalah atau ujian yang sedikit sebagai penghalang untuk bercuti lagi.
jadikan ia sebagai cabaran.
setiap percutian ada penceritaan yang tersendiri.
dan bagi aku itu penceritaan yang manis sekali.
then, just enjoy your holiday okey!

Terima Kasih!~

Comments

  1. Kes nie sama dgn aku.. Agoda membuat potongan 2 kali akaun aku. Bila berbincang pihak agoda setuju refund blk duit aku.. Tp dia refund kepada ganjaran agoda... Masa perbualan call dia x ckp ada tarikh luput.so aku ingat duit tu dlm akaun kita.. Last aku nk booking aku tgk dah luput.. Aku call pihak agoda.. Mereka xkan refund semula.. Aku marah la. Itu duit aku bkn ganjaran point.. So lesap la duit aku...

    ReplyDelete
  2. Kes nie sama dgn aku.. Agoda membuat potongan 2 kali akaun aku. Bila berbincang pihak agoda setuju refund blk duit aku.. Tp dia refund kepada ganjaran agoda... Masa perbualan call dia x ckp ada tarikh luput.so aku ingat duit tu dlm akaun kita.. Last aku nk booking aku tgk dah luput.. Aku call pihak agoda.. Mereka xkan refund semula.. Aku marah la. Itu duit aku bkn ganjaran point.. So lesap la duit aku...

    ReplyDelete
  3. Aku pun terkena juga. Ada sekali tu aku book chalet kat batu pahat. Guna transaksi maybank2u. Bila dah complete bayar, keluar page your payment is being processed. Lepas tu, aku tekan back button, so dua kata transaction cancelled. Aku ulang la step yg sama utk book semula. Dah aku juga try guna kad kredit utk itu. Ada la dalam 6 @ 7 kali dah cuba. Ada email drp agoda yg kata transaction is failed or cancelled. Last sekali baru dpt confirmation. Yg menyedihkan ialah bila sampai hari utk menginap, aku check booking, aku dah bayar utk 6 chalet dan x boleh refund..

    ReplyDelete
  4. seriously aku kene bende yang sama skang ni. I’ve booked hotel and maybank kata success but kenapa dapat email dari agoda kata fail

    ReplyDelete
  5. Saya pun kena mcm ni... Dah masukkan kod bagai last2 dia stuck dkt payment authorization. Ni. 1st. So sy cek akaun x deduct... So sy try lg skali bnda yg sama brlaku... N again cek xde deduxtion. Tak ada apa2 msg or email kata fail or success. Last2 sy msg agoda tgk mcm mana dia reply

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Perjalanan Terakhir...

First Date!~