Hati berkecamuk

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Jumaat!~
seronoknya esok dah cuti tapi agak memenatkan sebab minggu ni pindah rumah.
setelah bertangguh, kena pindah jugklah.
kalau asyik bertangguh sebab malas sampai bila2 takkan keluar dari rumah tu.
baru kemas sikit-sikit.
esok hari sabtu baru totally all out dari depan sampai belakang mengemas.
ahad plak angkat barang-barang ke rumah baru.
dan hari isnin, dah mula lalu jalan lain pergi ke tempat kerja.
insyaa Allah semoga dipermudahkan.


terpanggil nak membebel.
sebenarnya dari pagi tapi baru sempat itupun selepas baca satu confession kt iium.
rasa sedih sangat terus buat confession sendiri kat sini.



nasib baik ofis ni lengang je.
tak ramai orang kehulur kehilir.
tax department memang sunyi sikit.
boleh lah layan perasaan.

tapi cerita ni memang sedih.
lepas baca je terus rasa aku kena bebel juga ni.
sebab aku memang terkesan gila lepas baca confession ni.
lagi lah hati seakan-akan tisu sikit minggu ni.
mungkin dalam fasa ini tapi ntah lah seperti aku tidak mampu untuk handle perasaan sendiri.

aku akui, aku memang tak boleh sorang-sorang sebab aku akan layan perasaan.
dah lama aku elakkan untuk bersedih sebelum tidur tapi minggu ni aku betul-betul tidak berjaya.
hampir 3 malam juga.
aku cuba untuk tidak bersedih.
untuk tidak teringat akan perkara-perkara yang lama.
tapi perasaan aku tetap berkecamuk.

sedih.
terlalu personal untuk aku bercerita disini.
aku cuba untuk cerita secara general tanpa melibatkan sesiapa.
aku dah draft almost 1 hour then aku padam balik dan tulis apa yang korang baca sekarang.
aku rasa macam terlalu peribadi untuk aku luah disini.
biarlah aku dan Allah yang tahuu yang aku tak mampu untuk cerita kepada manusia lain.

semenjak aku ubah nama blog, aku dah cuba sedaya yang mungkin untuk tidak cerita perihal yang sedih.
aku cuba.
ni bukan cerita sedih.
ni dah masuk part membebel dah ni.
hahahahahaa

dah tak tahu, nak cerita apa.
okeylah
terima kasih!~



Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~