Batu Caves, Selangor

::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Isnin!~
Hai October!~



Hari minggu yang membahagiakan.
sebab apa yang dirancang sama seperti yang Allah rencanakan buat kita.
Alhamdulillah.



last week ajak syidah hiking Batu Caves.
hiking ke?
bolehlah dikira hiking.
mengalir juga peluh-peluh betina.
tangga di batu caves ada 272.
tak berapa tinggi sebenarnya.
dan kat dalam tu memang cantik.



kami berdua je sebab lepas hiking nak berjalan-jalan.
yelah sementara masih bujang ni.
manfaatkan sebaiknya.
ada kenang-kenangan.

"masa muda, jangan pernah sia-siakan, simpankan sebagai memori, jadikan polaroid."



kami sampai dalam 7.45 pagi.
dan start naik.
dalam jam 8 dah sampai.
siap setiap anak tangga ada gambar.
biasalah perempuan.







dan sebenarnya, aku saja nak berjalan praktis untuk ambil gambar.
bukan untuk jadi photographer pun tapi aku suka dan minat bab-bab gambar.
tak tahu sejak bila.
orang kata kena praktiskan.
so, tempat pertama yang aku pergi adalah Batu Caves.


sebab apa Batu Caves?
first, selama aku  hidup 27 tahun ni aku belum pernah jejakkan kaki ke Batu Caves. walaupun dah berhijrah ke Selangor selama 10 tahun.
tapi masih banyak je lagi jalan yang aku tak tahu lagi.
yang kedua, aku ternampak orang yang aku follow kat instagram pergi dan dia ambil gambar cantik gila.


owh aku follow dia pun sebab gambar2 street art yang dia ambil cantik dan nampak hidup.
melting je tgok gambar-gambar dia.
insyaa Allah, lepas ni aku try untuk pergi tempat-tempat lain.



ada yang rajin aku dah edit.
ada yang aku just edit by tools kat camera je.
malas plak nak lightroom sebab nak masuk dalam blog je kan.


lepas turun, saja berjalan-jalan area depan batu caves.
luar dari pagar, tepi jalan.
ada ramai orang jual bunga-bunga.



cantik-cantik dan wangi je rasa kawasan tu.
kiteorang minta izin untuk ambil gambar je.


sebab nak beli pun tak tahu nak beli untuk apa.



dalam jam 9 dah selesai dah semua.
bergerak balik rumah syidah.
lepak breakfast jap.


dalam jam 1 lebih keluar cari ayam gepuk kat Gombak.
lama juga kiteorang tunggu untuk dapat turn.
sabar jelah.
biasalah benda dah viral.
memang kena sabar sikit.
aku rasa yang ambil masa sebab sambal tu memang buat on the spot.
ayampun panas-panas.
sedap dan pedas.
memang kenalah dengan tekak aku cuma nak repeat lagi tu alahaiiii tak sanggup nak tunggu tuuuu.
oh kami tambah kobis goreng.
sedapppp!
nasi kongsi, masing-masing tengah mood on diet.
itupun kenyang. portion nasi emamng banyak.
tapi malas dah nak ambil gambar time tu.
biasalah makan tu lebih utama.
cari kat instgram ayamgepukmalaysia
cari area yang berdekatan dengan korang. 
dan dinasihatkan untuk pergi awal.
buka jam 11-habis licin.
biasanya jam 2.30 dah habis.

beli bungkus sebab nak makan agak panas dan tempat duduk pun sangat terhad.
berhenti kat stesen Petronas, solat dan makan.
baru bergerak ke Putrajaya.
dapatlah juga lepak sejam dua.
dalam lepas maghrib balik kerumah masig-masing.


Alhamdulillah.
end of the month, ada aktiviti yang berfaedah kiteorang buat.
bukan setakat duduk melepak dalam bilik layan movie.
eh duduk dalam bilik pun seronok juga.

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~