Bukit Gasing, Petaling Jaya

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Salam Isnin!~
Monday blues ke tu semua?
biasalah kalau hari pertama kerja selepas weekend memang agak monday blues.
walaupun kerja banyak, tetap nak melayan blues kan.
amik semangat dulu katanya.



semalam aku and syidah hiking di Bukit Gasing, Petaling Jaya.
merancang dah seminggu yang lepas.
Alhamdulillah menjadi perancangan.
walaupun malam hujan sampai ke pagi, gagah juga bangun tatkala cuaca sejuk yang mengundang untuk tidur kembali.
tapi hari sabtu dah balas dendam untuk.
lama weyh aku tido.
lepas subuh, ingatkan nak gie gym juga sabtu tu.
sudahnya hanyut sampai ke tengahari.
maka, malam lah gigih juga ke gym.
seronok juga sebab tak ramai orang.



sebelum pergi, biasalah gigih mencari sumber tentang bukit gasing ni.
ramai kata, okeylah for the beginner.
yelah kami ni hiker yang sendu-sendu.
orang kata baru nak mula.
dan mengamalkan hidup sihat kan.
maka, pilih track yang senang-senang.
track senang tapi letih sebab mendaki tangga.



kami jumpa dalam jam 7.45.
dan start mendaki.
ramai je yang mendaki.
jalan permulaan okey je. sebenarnya bukit gasing ni banyak cabang jalan.
ada simpang empat, ada simpang lima ada simpang dua.
lama juga kami didalam.
adalah dalam 3 jam sebab jam 11 baru sampai kereta.



malam tadi hujan, dan pagi pun masih renyai-renyai.

maka agak licin.
nak turun agak bahaya kalau takde tangga.
kalau ada tangga okeylah nak turun.



tengok ramai juga yang naik.
tapi kami pun tak tahu mana kemuncang bukit gasing.
memang nak pergi tapi tak jumpa plak.




nak ke jambatan gantung pun tanya orang and follow their way.
nasib baik nak bertanya.
kalau tak bertanya, berpusing-pusing lah dalam tu tak jumpa2 jalan ke jambatan gantung.



masa lalu jambatan gantung, baru tahu yang ramai orang. beratur jugaklah.
menahan sabar untuk menangkap gambar.
eh gambar tu kan penting.
maka kami sabar.
dan bagi orang laluan kepada orang lain terlebih dahulu.
gituh!~

masa jalan keluaar pun kami ada tanya seorang uncle yang dah biasa barangkali mendaki disitu.
dia menunjukkan kami jalan shortcut untuk keluar. 
terjumpa balik jambatan gantung.



"eh? kenapa macam dekat je jalan. kenapa kita rasa tadi macam jauh kita jalan?"

bukan main terbahak-bahak gelak.
kelakar je berpusing-pusing.

"keluar ikut jalan ni dik, senang. sebab semalam hari hujan susah nak lalu jalan tu. agak bahaya"

"oh okey uncle. thank you."

jauh juga untuk berjalan menuju ke parking.
tapi better lah lalu taman perumahan orang dari lalu jalan hutan sebab memang licin. 
sakit juga kuku aku sebab menahan.


lepas hiking, gigih mencari tempat makan best.
mula bercadang nak makan nasi daun pisang.
then bertukar kepada ikan bakar which is healthy sikit.
yelah memasing kan dalam program nak kuruskan badan.
alhamdulillah, weekend berat tak naik.
tapi tak turun.
for me, okeylah tu.
as long as tak naik.
kita timbang balik hari sabtu pagi nanti okey.




gigih kami ke Jalan Belleamy.
15 minit je dari Bukit Gasing.
okay puas hati.
alhamdulillah.
sedap.
dan berbaloi.
boleh repeat lagi ni nampaknya.
sebab sebelum ni aku gigih ke bangi kot nak makan ikan bakar.
lagi jauh.

lepas makan, kalau balik rumah confirm akan tidor.
maka, dengan rajinnya aku ke pasarraya nak beli barang basah.
lauk-lauk aku habis dah.
aku suka perap siap-siap, then bila nak masak tinggal bakar je.
cuma sayur je aku beli sesikit sebab sayur ni cepat layu.
bila rasa nak makan sayur apa-apa nanti aku akan beli je kat belakang area ofis ni.
bila xsempat nak masak sayur, aku akan beli je kat food court area ofis.
aku memudahkan process diet aku kali ni.
insyaa Allah, semoga terus-terusan ya.


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~