Beauty is Not Pain, Dear

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Selasa!~
Hai.
busy ke tu?
bulan Oktober sampai November ni memang bulan yang agak busy tapi kita selit-selit juga untuk bercerita.
dan berkongsi rasa apa yang kita rasa sekarang untuk bahan bacaan akan datang.

selalu kita dimomokkan dengan perkataan ni kan

"beauty is pain"

selalu dengar kan?
bila dalam proses untuk menyihatkan tubuh badan mesti akan keluar perkataan tu.
tiba-tiba aku terfikir.

kenapa kita nak rasa kesakitan sepanjang jalan?
xboleh ke kalau kita rasa kebahagiaan sepanjang jalan?

boleh!~
sebenarnya boleh.
dan sebenarnya perjalanan ini bukan satu perjalanan yang menyakitkan.
kita jemput kebahagian datang, kita akan rasa bahagianya perjalanan menuju wawasan kita untuk sihat.

bagi aku tidak perlu terlalu memaksa diri.
dan jangan mudah putus asa bila berat tidak turun seperti apa yang kita rancangkan.
tapi perjalanan ini panjang.
kesabaran dan kecekalan untuk kekal disiplin itu lebih

aku dah pernah memalui banyak fasa untuk turunkan berat badan
tapi kali ni bagi aku perjalanan yang paling menggembirakan.
sebab i never force myself to lose weight.
bila turun sikit, bersyukur.
sometimes mengeluh juga sebenarnya.
biasalah manusia tapi tidak berpanjangan dan kita tahu kenapa jadi macam tu.
atas desakan nafsu kan.
so, xperlu terasa nak marah-marah diri sendiri.
kita salah, kita perbaiki kesalahan kita dan jangan ulangi.
bila ulangi, kita akan dapat balasan yang sama bukan?

aku suka aktiviti yang melibatkan fizikal juga.
dan bergerak aktif.
sebab tu kadangkala aku suka pergi hiking.
tak pernah-pernah aku buat sebelum ni.
dan aku enjoy my life at the gym.
sangat!~

bila terasa tension dengan kerja.
aku suka lepak gym dan buat aktiviti yang ada.
sebab aku boleh release all the stress.
dan aku lebih prefer do something than nothing.
kalau aku balik rumah, for sure aku akan layan perasaan dan nanti meroyan sorang-sorang.
better, i do physical activities yang i boleh keluarkan peluh dan peluh itu mengeluarkan all the stress over.
gituh!~

setiap orang ada cara masing-masing.
dan aku bahagia dengan cara aku.
sangat!~
aku temui kebahagian yang aku cari.
walaupun berat agak sukar untuk turun dengan konsisten, tapi orang nampak perubahan pada badan aku.
dan aku juga nampak perubahan melalui baju-baju lama aku.
melalui baju-baju yang aku tidak boleh sarung, kembali boleh sarung.
itu juga adalah kebahagiaan bukan?

dan sebenarnya, untuk cantik ini ada banyak cara.
dan ketahuilah cantik itu bukan sesuatu yang menyakitkan.
kita konfiden dengan diri kita, itulah kecantikan yang sebenar.
okey?


Terima kasih!~

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~