Posts

Showing posts from December, 2017

Three of Us

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::

Disember bakal ke penghujungnya. walaupun hari ni baru 18.12.17 tapi dah terasa sebab dah banyak sangat jumpa Year End Sale sana sini. ada part yang suka dalam Disember sebab sambut hari lahir diri sendiri. tapi part yang x best adalah bersepah jualan akhir tahun ni. tak tahu ke kiteorang ni xberduit? sabar jelah.

saja nak menulis. maka terciptalah entry Three of Us. Happy Birthday To Us. terasa masih muda remaja walau umur dah selangkah maju ke usia tua. masih tak terasa dah berada dalam lingkungan lewat 20-an. eh? sejenis perangai tak sedar diri memang macam tu. padahal tahun depan dah 28.
"ish tahun depan kita dah menginjak ke 28 lah. waaahhhh usia 8 tu bakal menjelma."
"alaaa rilek laaaa. kita ada masa setahun kot nak 28."
"aar. rileks laaaa"

tak tahu lah situasi tahun depan macam mana. masing-masing ada rasa nak kawen di usia 28 tapi masing-masing masih be…

Hana Turn 1!~

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



Alhamdulillah. tanggal 6 Disember 2016 tarikh keramat buat Hana Zahrah.
Semoga membesar bagaikan juara.

semoga terus-terusan menyinari kebahagian kami. semoga menjadi anak yang solehah dan kakak yang mampu membimbing adik-adik.

takde buat apa-apa majlis lagi. baru merancang nak buat bubur merah kesyukuran.


aku tak tahu nama bubur tu apa. kira buat sekali untuk 


Hana - 6/12/2016 Nana - 9/12/1990 Eira - 16/12/1992 Danish - 29/12/2004


senang bila ramai ahli dalam bulan yang sama.

sambut serentak je. tahun lepas sambut kelahiran hana je.


Tahun ni kita tengok apa yang boleh disambut.


Semoga apa yang kita impikan menjadi realiti dan Allah kabulkan walau makan masa bertahun lamanya.


semoga kesabaran itu sentiasa didada dengan setiap ujian yang Allah kurniakan buat kita.


Terima Kasih!

Hari Minggu Kami 2.0

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Selasa!~
alhamdulillah berjaya melepasi saat-saat gentir November. bertemu lagi tahun hadapan. perancangan mahu ke arah bidang lain. tapi kita tengok setakat mana lari bidangnya tu.

niat di hati nak buat entry Its Random tapi bila tengok macam lebih sesuai dengan Hari Minggu Kami. sebab semua cerita berkisar tentang hari minggu. hari-hari biasa ni sama saja rutin hariannya. bangun pagi pergi kerja. tiba masa untuk balik, balik masak, makan, berehat dan tidur. bangun pagi lagi pergi kerja. bila rajin masaklah waktu pagi. rutin yang sama. tiada beza. yang membezakan adalah hari minggu sama ada duduk rumah atau berjalan sakan menghabiskan duit.
Hari minggu yang panjang ni seronok tapi agak membosankan kalau tiada perancangan ke mana-mana. Pagi jumaat ada perjumpaan bersama Abg Mohd. Perancangan awal untuk sertai perarakan tetapi hanya mampu berarak atas katil saja.

dan tanpa disangka …