Posts

Showing posts with the label Sembang Latte

Sumber Inspirasi!~

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Hai!~ Salam Rabu!~ terasa macam nak bersembang sikit harini. tiba-tiba muncul idea. lama dah nak buat kat instagram, kira macam nak tanya pendapat  what will you do if you are lack of motivation? nantilah aku tanya. kat story ni ramai sikit kalau respon. pernah tak korang rasa down? lack of motivation untuk hidup? so, apa yang selalu korang buat untuk bangkitkan semula motivasi untuk diri sendiri? aku tahu semua orang akan rasa benda yang sama. aku tak tahu pernah tak aku bangkitkan isu ni. tapi nak cakap juga balik. ada satu hari yang kita rasa macam tertanya-tanya pada diri kita dan rasa sangat yang we are loser. pernah kan? aku pun pernah. tipulah kalau tak pernah lagi lah perempuan yang lemah. eceeehhhhh bila tiba masa tu datang, aku akan rasa lemah je sepanjang masa. setiap hari menangis. perasaan itu akan datang...

Kerana Masa Lalu

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Khamis!~ masih berbaki sisa-sisa nak update blog. bak kata orang "sementara masih ada" sebenarnya macam nak bersembang latte. macam dah lama tak buat entri sembang latte. at first buka blog, baca entri lama dalam draft. bukan untuk ingat kenangan lama. baca pun rasa kelakar je. then teringat satu ceramah Ustazah Asma' Harun "jangan kita marah dengan masa lalu, kerana masa lalu lah yang menjadikan kita yang hari ini. yang kuat seperti hari ini. apa yang Allah takdirkan dulu beri banyak pengajaran kepada kita. jangan marah. bersyukur" terkesan juga dengan apa yang ustazah cakap. memang betul. apa-apa yang berlaku dimasa lalu seperti memberi impak trauma dalam diri kita supaya belajar sesuatu bagi setiap perkara. "pengalaman itu yang mematangkan kita. mendewasakan kita" apa jua ujian yang mendata...

Masih relevenkah blog?

::: Bismiilahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Khamis!~ my mood membebel dah sampai. lama dah tak membebel kat sini kan? rindu juga sebenarnya tapi takda topik yang sesuai untuk dibebelkan. pagi ni untuk hilangkan rasa bosan dengan kerja-kerja atas meja. konon nak baca-baca cerita kat blog yang aku suka baca tapi dieorang macam lama tak update. suka dengan cara kehidupan dieorang. life yang beri inspirasi untuk hidup aku. then, timbullah idea nak membebel. adakah blog tidak lagi releven buat masa sekarang? aku perasan sekarang banyak orang dapat job melalui instagram. dan timbul igfemes yang sangat ramai dalam media sosial macam cendawan tumbuh selepas hujan. mungkin bagi golongan muda gen z dan seangkatan dengannya merasakan blog is not relevance for them. rata-rata they use instagram to earn money and followers. facebook pula sudah dipenuhi dan dibanjiri dengan mereka yang agak berumur. ...

First 100days being together!~

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Isnin!~ How your day? ada yang sudah menggerakkan azam 2019? jom lah kita menggerakkan azam untuk capai sebelum habis 2019. Alhamdulillah!~ tidak sangka sama sekali boleh survive selama 100 hari. dan banyak benda yang Allah beri sepanjang perjalanan 100 hari yang aku tak sangka. memang ada target yang tertentu tetapi tidak terlalu mengejar sehingga paksa diri untuk capai. cuma berfikir jika dapat alhamdulillah. jika masih tidak tercapai, boleh usaha lagi. aku rasa macam aku ada kongsi perjalanan diet aku kali ni. pertama sekali. tahniah untuk diri sendiri. we survive! ya, memang tahu ada je makan-makan. ada je cheat-cheat. but aku jarang buat diet sehingga 100 hari. ya, pada aku niat juga memainkan peranan yang penting. aku buat kerana aku sayang diri aku sendiri. apabila sudah cheat, biasanya susah untuk aku kembali s...

Bukit Puchong, Puchong

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Hai!~ Salam Isnin. no monday blues okey. laju-laju update blog sebab dah ada hiking tempat lain, Bukit Puchong ni masih lagi tertinggal belum update. maka, rajinkan diri untuk update. gambar tak banyak sangat. aku boleh buat kesimpulan, kalau kita pergi dengan orang yang suka ambil gambar, gambar kita akan banyak. jika kita pergi dengan orang yang biasa-biasa pasal gambar, maka tak banyak gambar bersama. atau gambar pemandangan pun aku tak banyak. tak sebanyak gambar masa pergi hiking bukit gasing hari tu. pergi masa 21 Oktober 2018. hampir sebulan jugalah baru aku ada masa nak update. bukan apa, konon nak buat remark dulu lah. nak edit gambar dululah. at last, semua tak buat dan aku aku terus je masukkan gambar-gambar tu dalam blog. tension betul aku. haritu aku pergi bertiga. wadah, temah and aku. terima kasih temankan aku ...

Bukit Gasing, Petaling Jaya

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Isnin!~ Monday blues ke tu semua? biasalah kalau hari pertama kerja selepas weekend memang agak monday blues. walaupun kerja banyak, tetap nak melayan blues kan. amik semangat dulu katanya. semalam aku and syidah hiking di Bukit Gasing, Petaling Jaya. merancang dah seminggu yang lepas. Alhamdulillah menjadi perancangan. walaupun malam hujan sampai ke pagi, gagah juga bangun tatkala cuaca sejuk yang mengundang untuk tidur kembali. tapi hari sabtu dah balas dendam untuk. lama weyh aku tido. lepas subuh, ingatkan nak gie gym juga sabtu tu. sudahnya hanyut sampai ke tengahari. maka, malam lah gigih juga ke gym. seronok juga sebab tak ramai orang. sebelum pergi, biasalah gigih mencari sumber tentang bukit gasing ni. ramai kata, okeylah for the beginner. yelah kami ni hiker yang sendu-sendu. orang kata baru nak mula. dan mengam...

Amalan pada 8 & 9 Zulhijjah.

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Selasa!~ Salam 9 Zulhijjah 1439. Selamat berpuasa bagi mereka yang berpuasa. baru-baru ini kita dikhabarkan pada Ahad yang lepas mekah dilanda ribut pasir. dan angin sangat kuat. aku hanya dapat berita dari Nurul, salah seorang yang pernah praktikal di Raja Salleh. takde dengar lanssung khabar berita dari makcik aku sekeluarga. mereka pergi bertiga. semoga baik-baik saja. dan sentiasa dalam jagaan Allah. serta dipermudahkan urusan haji. sumber google Puasa Sunat tarwiyah dan Arafah adalah digalakkan agar kita dapat merasai nikmatnya seperti yang dirasai oleh jemaah-jemaah haji di sana. tetapi bagi jemaah haji, tidak digalakkan untuk berpuasa pada 9 zulhijjah.. untuk mengumpul tenaga sehabis baik dan fokus untuk beribadah dan berdoa ketika berwukuf kerana pada waktu ini antara doa-doa yang mustajab. manakala, bukan jemaah haji dis...

Adat Orang Jawa

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Khamis! masih ada yang bercuti? seronoknya. ikutkan hati memang nak sambung cuti sebab semalam macam ada tanda-tanda nak demam beguk. walaupun demam tapi gigih berjalan raya. bila lagi nak kenal saudara-mara kan? setahun sekali je dapat bersua muka. kadangkala makan bertahun-tahun baru berjumpa semula. Alhamdulillah dah sampai ke 7 Syawal. cepat betul masa berlalu. rasa macam baru semalam sibuk-sibuk kemas-mengemas. masak-memasak untuk raya. bila membayangkan minggu lepas rasa macam tak sanggup pula nak kembali ke belakang. seronok tu seronok. membayangkan kepenatan tu yang jadi tak seronok. minggu lepas, Rabu dah mula cuti. balik kampung beramai-ramai sampai tak muat kereta selasa malam Rabu. sampai rumah dalam jam 2 pagi. tapi pagi-pagi dah kena bangun sebab mama nak munjung. munjung ni adat orang jawa Johor. aku rasa macam...

Jumaat Terakhir

Image
::: Bismillahirrahamnirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Jumaat!~ Salam 23th Ramadhan. hari ini merupakan jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan untuk tahun 1439 Hijrah. sayunya rasa hati, ramadhan dah nak pergi. belum tentu bakal ketemu lagi. saja nak tulis meluahkan rasa. bila pagi-pagi ni idea fresh selalu menjelma. berbaki lagi 6 hari untuk kita menghayati Ramadhan. semoga semakin baik amalan-amalan yang dilakukan. terutama untuk diri sendiri yang sentiasa culas dan malas. sumber google rebutlah peluang yang Allah beri. kerana kita belum tahu masa depan nanti. jadikan Ramadhan ini tempat untuk mengumpul pahala. lebih utama keberkatan dari Allah. agar apa yang dilakukan semasa Ramadhan akan berterusan untuk bulan-bulan yang mendatang. menjadikan kita insan yang lebih baik malah lebih dari sekarang. perasaan nak raya, memang tak sabar sebab hari pengumpulan keluarga. tambahan f...

Ikhlaskah aku?

Image
::: Bismillahirahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Khamis! Salam 22 Ramadhan. dari semalam perasaan resah dan gelisah menghantui diri. pagi-pagi buka blog, terasa macam nak membebel. tapi lebih baik buat satu entri yang beri mafaat kepada semua orang. tambahan dibulan-bulan puasa. bila kita kata tentang ikhlas, pasti akan tergambar satu cerita tentang semut hitam. kisah yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu hurairah "ikhlas itu ibarat semut hitam yang berjalan diatas batu yang hitam pada malam yang gelap" penampakan ikhlas bukan pada mata kasar. tetapi dirasai dengan jiwa. kerana ia boleh dirasa, dari hati yang merasai kehadirannya. tanpa meluahkan rasa. kerana takut wujudnya bangga. pembunuh rasa apa yg dirasa dalam jiwa. satu lagi yang aku cari dalam hidup adalah makna Ikhlas. apa sebenarnya rasa ikhlas? aku merasa bila ikhlas, kita tidak mengungkit segala p...