Bukit Puchong, Puchong

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Hai!~
Salam Isnin.
no monday blues okey.
laju-laju update blog sebab dah ada hiking tempat lain, Bukit Puchong ni masih lagi tertinggal belum update.
maka, rajinkan diri untuk update.
gambar tak banyak sangat.

aku boleh buat kesimpulan, kalau kita pergi dengan orang yang suka ambil gambar, gambar kita akan banyak.
jika kita pergi dengan orang yang biasa-biasa pasal gambar, maka tak banyak gambar bersama.
atau gambar pemandangan pun aku tak banyak.
tak sebanyak gambar masa pergi hiking bukit gasing hari tu.




pergi masa 21 Oktober 2018.
hampir sebulan jugalah baru aku ada masa nak update.
bukan apa, konon nak buat remark dulu lah.
nak edit gambar dululah.
at last, semua tak buat dan aku aku terus je masukkan gambar-gambar tu dalam blog.
tension betul aku.



haritu aku pergi bertiga.
wadah, temah and aku.
terima kasih temankan aku hiking.
ramai juga yang hiking sebab hampir-hampir tak dapat parking kat bawah tu.
aku tak pasti Bukit Puchong ni ke yang ada Blue Lagoon yang dijaga renjer hutan seperti yang dikhabarkan dalam blog2 yang aku baca sebelum pergi.
aku just jumpa sungai kecik, sesuai untuk budak-budak mandi.
tak jumpa pula Blue Lagoon tu tapi memang tak boleh masuk pun kawasan sana.
dijaga rapi dan boleh kena penjara kalau tertangkap.

Bukit Puchong ni ada dua jalan.
kau boleh pilih nak jalan ke sungai atau ke bukit.
haritu feeling-feeling nak tengok air terjun kecil, maka kami pilih sungai.
jalanlah kami menuju kesungai bertiga.
ada je papan tanda nak kesungai.
dan kami baru tahu selepas bertanya which is jalan yang kami pilih untuk ke sungai tu adalah jalan yang jauh.
kena daki 3 bukit untuk ke arah sungai.



jalan agak mencabar cuma yang aku suka, xde banyak tangga.
lain sikit trek dengan Bukit Gasing.
yelah setiap tempat memang berbeza trekking.
just enjoy the moment.
tengok keindahan alam, bertegur sapa walau tidak kenal siapa.
senyum bila berselisih jalan.
and say thank you walaupun hanya beri jalan dahulu.
biasalah pace aku agak lambat.
beginner kan.



aku suka hiking.
permulaan just cuba-cuba masa kat Bukit Gasing tu.
dan aku suka.
suka keadaan yang macam tu.
dan aku tak terkejar-kejar untuk buat sesuatu.
enjoy every second in there.
macam tak sabar nak hiking lagi.

setiap orang ada lain-lain citarasa dan lain-lain kegembiraan yang mereka ingin capai.
cari kegembiraan yang boleh buat kita terkenang sampai bila-bila.
aku enjoy perjalanan kali ni.
sebab entahlah aku tidak terlalu mengejar dalam penurunan berat badan.
sebab aku memang nak long term.
which sepanjang hidup aku nak mengamalkan gaya hidup sihat.
gituhhhh!~
insyaa Allah semoga dipermudahkan.

okey sambung cerita!~

Sampai anak sungai kecik, tanya dengan satu keluarga yang selalu hiking kat situ

"ni je ke anak sungai?"

"xlah ada lagi yang besar sikit kat sana. kena jalan lagi."

"owh igt ni je"

jalan kami bersama-sama.
kadang mereka kat depan.
kadang kami kat depan.
masing-masing tak tunggu tapi masing-masing terjumpa kat check point tertentu.
okeylah ada juga orang untuk bertanya.


satu benda yang aku kagum, ramai juga orang tua-tua yang masih ber hiking.
yang sakit kaki juga hiking cuma mereka ikut kemampuan diri mereka.
kalau tak mampu mereka jalan dengan perlahan dan macam aku cakap kalau kita mendaki bukit ni, yang best kita boleh pergi sendiri tanpa ikut mana-mana group dan ikutlah kemampuan kita. bila rasa penat, berhenti sebab bukan berkejar mahu kemana-mana.
rileks and enjoy the environment.



tengok kehijauan yang menenangkan.
haihhhhh, rindu plak nak masuk hutan.



jalan another satu bukit, jumpalah anak sungai yang cantik ni.
lama juga kami kat sini.
amik gambar.



main-main air walaupun tak boleh nak mandi.
posing 50 kali dan bila dah okey baru gerak balik.
lama juga perjalanan kami dalam 3 jam turun dan naik.
trek perjalanan balik ni bagi aku okey.
naik pun agak landai.
berbezalah dengan masa kami lalu laluan pergi.
banyak juga jalan yang mendatar.
dalam kol 11, baru sampai kereta.
berbaloi jugalah bila dapat 10k langkah.
kira-kira dalam 40 tangga daki.

boleh terjah lagi nanti sebab antara bukit yang terdekat dengan rumah tanpa tol.
insyaa Allah semoga dipermudahkan lagi.
dan dipermudahkan urusan untuk hiking tempat-tempat lain.
bila dah fit baru aku berani untuk hiking gunung.



setakat ni kita main bukit-bukit dulu untuk tambah stamina.
insyaa Allah semoga dipermudahkan.

Terima kasih!~

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~