Dan Ketika Itu

::: Bismillahirahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Isnin!~
Hi November please be nice okey.
berdebar rasanya bila November dah datang ni.


dah dengar lagu Zulin Aziz?
dengarlah.
lirik dia padu dan ringkas tapi jelas apa yang dia nak sampaikan.

sebenarnya dah lama nak buat entri berkenaaan dengan kes dia tapi hari ni hati tersangat bercampur-baur.
tambahan di kala hari isnin mood bercampur baur ni bukanlah satu kombinasi yang padu tapi sendu.
maka, ayuhlah kita membebel di blog.
supaya boleh release sikit-sikit rasa walaupun bukan semua.


sebagai public figure, apa yang dia alami ini membuka mata semua orang termasuk juga aku.
macam mana dia handle.
dan how she's survive her life after all of this happen to her.
buka mata dan hati setiap orang (eh bukan semua orang)
bahawasanya setiap ujian yang Allah beri dan rezeki yang ditangguhkan pasti ada sebab.
sebab yang paling jelas ternyata ia ada didepan mata \.
ada rezeki yang lebih baik dan rezeki yang ditangguhkan itu bukanlah satu rezeki yang terbaik buat kita.

pada aku Zulin membawa satu imej dan mesej melalui lagu dan story di instagram bahawa kita ada Allah untuk kita mengadu segalanya.
mengapa perlu berduka atas jalan yang Allah berikan kalau itu adalah yang terbaik.
bersedih itu normal.
orang yang sedang bahagia kadangkala pun ada rasa sedih yang Allah beri dalam hidup mereka.
tetapi tidak perlu merasakan kesedihan yang berpanjangan.
sehingga depresi, hilang selera makan sehingga mahu membunuh diri sendiri.
setiap orang punyai rezeki yang berlainan.

kehidupan kita masih panjang jika Allah berikan umur yang panjang.
bunuh diri bukan satu penyelesaain singkat untuk kita keluar dari masalah.
hilang satu rezeki, bukan bermakna kita hilang segala rezeki.
penangguhan satu rezeki, masih banyak lagi rezeki yang Allah berikan.
sentiasa bersyukur atas apa jua rezeki kurniaan Allah.
kerana, hanya kita yang merasa manisnya rezeki yang kita terima, bukan orang lain.
kerana setiap jalan cerita dan rezeki Allah kurniakan untk setiap orang ternyata berbeza walaupun kita diatas dunia yang sama.

"sesungguhnya yang tertangguh itu adalah seni"

aku guna konsep rezeki.
sebab nak ulas secara general.
okey bukan ulaslah.
kira nak beri pendapat aku.
nak beri pendapat secara umum bukan hanya tertakluk kepada jodoh walaupun niat sebenarnya untuk jodoh.
hahahahhaaa

dan ketika itu, kita rasa dia adalah yang terbaik, sesungguhnya Allah tahu dia bukanlah yang terbaik.
aku alami tapi tidak sehebat Zulin kerana Allah tahu aku bukan sekental Zulin.
aku percaya dengan doa.
dan aku percaya Allah akan hantar seseorang yang terbaik.
dan aku mengharap orang yang terbaik itu adalah orang yang Allah redha.
cliche bukan?
aku akan terasa cliche bila bercakap tentang jodoh.
kalau boleh aku nak elakkan buat entri tentang jodoh.
bercakap tentang jodoh.
berkata-kata tentang jodoh.
sebab ia adalah benda yang terlalu biasa untuk diperkatakan oleh seseorang yang belum berkahwin.
dan lagi satu aku tidak mahu digelar orang yang desperated untuk berkahwin.
aku pernah dapatlah gelaran tersebut sehingga aku berhati-hati setiap tutur bicara.
tapi dapat gelaran tu bukan sebab entri-entri dalam blog.

takpelah biar aku reveal something kat sini.
bagi aku orang yang tahu melalui blog aku, aku anggap sebagai rezeki.
rezeki dia dapat baca kisah aku pula.

aku tunggu seseorang almost 10 tahun. bukan satu masa yang singkat bagi aku tapi tak sangka boleh tunggu sampai 10 tahun.
tak pernah nak salahkan sesiapa dan aku beranggapan tiada jodoh antara kita.
aku ramai tolak orang, dan bagi aku mungkin ini balasan aku dan rezeki aku atas doa-doa mereka.
dan aku tenang hadapi bukan seperti yang aku sangka.
aku lalui apa yang Zulin lalui sekarang, dimana kita fikir 

"ya, dia bukan yang terbaik yang Allah ciptakan buat kita. pasti ada lagi yang terbaik. wait and see"

" jemputlah kebahagiaan itu datang walau dengan siapa pun Allah berikan. walaupun dia juga akhirnya atau sesiapa sahaja. kebahagiaan yang kita jemput, kebahagiaan yang akan datang"

sebenarnya apa yang aku lalui, aku sendiri tidak sangka aku akan setenang ini.
tipulah kalau tak sedih.
kalau tak teringat.
tapi lebih tenang cuma sesekali tu rasa sedih.
biasalah perempuan kan.
tidak pernah langsung terfikir untuk depresi, tak lalu makan, stress dan rasa nak bunuh diri.
kadangkala, aku berterima kasih dengan dia atas jalan yang dipilih untuk menolak aku.
kerana dia, aku jadi aku yang hari ini.
positif dan tidak terlalu merendah diri atas fizikal yang Allah kurniakan.
dan aku berusaha untuk bergerak aktif untuk dapatkan berat yang ideal dan sihat.
first move, aku belajar untuk sayangi diri aku sendiri.
dan aku berterus-terang dengan dia.
then, aku jadi seperti diri aku yang sekarang.
ada sesuatu sebab disebaliknya kan?
maka, carilah kebahagiaan yang kita perlu cari untuk diri kita sendiri.
bagaimana kita mahu bahagiakn orang lain sedanglam kita masih belum berjaya untuk bahagiakan diri sendiri.
i got the point dan semoga rasa takut untuk berkahwin itu semakin lama semakin lenyap.
alhamdulillah.

sesungguhnya aku tak pernah sekali rasa nak berdendam dengan dia walaupun sepanjang perjalanan untuk 10 tahun banyak terasa dan memendam rasa.
sebab aku rasa sangat-sangat bahagia sekarang dengan kehidupan yang Allah tulis untuk aku.
im feel free.

kami masih lagi seperti biasa seolah macam tiada apa yang berlaku.
dan aku macam tak percaya dengan diri aku sendiri.
pendirian aku

"mengapa perlu berbaik dan berkawan dengan orang yang dah taknak dengan kita? mengapa perlu berbaik kalau dia sudah jadi sebahagian dari sejarah"

dan aku adalah seseorang yang sangat tegas dalam menegaskan pendirian yang aku dah buat.
untuk sesetengah pendirian.

ya, kerana kita sudah bahagia mengapa perlu ada lagi dendam yang tertinggal?
teruskan bahagia.
bahagia yang kita cari, bahagia itu yang akan datang kembali bertemu dengan kita.
daripada dia aku belajar erti setia.
daripada dia aku belajar erti sayang.
daripada dia aku belajar bermacam perkara.
kerana dia juga aku pilih untuk bahagia.
terima kasih.

dan bagaimana harus aku berdendam jika diakhir kalam dia kata

"terima kasih awak sebab berterus-terang"

aku masih lagi jatuh cinta dengan kata-kata dia yang ini sehingga ke hari ini walaupun bukan dengan orangnya.
terima kasih kerana menyantuni walaupun lebih banyak rasa annoying.
hahahahhahaa
terima kasih pernah bersusah payah.
terima kasih pernah berkorban masa, tenaga dan wang ringgit.
terima kasih pinjamkan telinga selama ini.
terima kasih atas idea-idea yang ntah apa-apa tapi kadangkala bagus juga.
terima kasih!~

cukuplah aku cerita sampai setakat ini apa yang aku rasa.
insyaa Allah aku akan cuba elakkan untuk bercerita lagi sehingga orang lain bosan bila aku asyik bercakap perihal bercinta.
how i survive in relationshiplah.
apa lah.

Terima kasih!~




Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~