Doa Abah

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Selasa!~
jangan terkejut kalau setiap hari ada entri.
kadang ni sebab entri ber shcedule.
kadang idea mari, terus laju2 tekat keyboard supaya tak lupa.


masa tengah baca doa, aku tiba-tiba teringat mama pernah cerita kat aku doa abah untuk aku.
okey mata dah masuk habuk.
sebenarnya macam nak tweet je kisah ni tapi aku rasa macam tak sesuai untuk aku cerita dimana-mana laman sosial yang aku ada.
oleh itu, dengan kerajinan yang tinggi ni aku login masuk blogger untuk menaip kisah ni.

setiap ibu bapa pasti ada doa untuk anak-anak mereka.
kadangkala ada doa khusus untuk setiap anak.
anak juga doa yang secara random.

its happen this year.
mama cerita kat aku, mungkin ini berkaitan dengan doa yang abah doakan untuk aku.
tapi aku tak ingat waktu bila.
yang penting waktu-waktu yang digalakkan untuk berdoa.
rasanya sebab mama dan abah merancang untuk qiamulail terlebih dahulu.
dan kemudian baca doa bersama-sama.
which is mama tahu apa isi kandungan doa yang abah akan baca dan mama akan aminkan.

setiap doa yang akan dibaca waktu Qiam tu abah dah siap-siap tulis supaya mudah dan tidak teragak-agak untuk doa apa.
more untuk kelancaran untuk berdoa.
aku faham tu sebab kadang aku pun aa buat macam tu.

owh benda ni abah ajak mama buat sama-sama.
masa solat taubat di sujud yang terakhir, abah menangis semahu-mahunya.
mama cepat terkesan and memang tak boleh untuk tengok orang menangis mesti cepat tersentuh.
mama dengar abah nangis, mama nangis.

lepas siap qiam, lepas berzikir, abah mula berdoa.
baca satu persatu doa yang mereka rangka dan tulis bersama.
untuk keluarga, adik-beradik, ibu bapa dan semua umat islam.
tiba-tiba abah baca satu doa yang memang mama rasa doa tu memang tiada dalam list.

"Ya Allah, kau permudahkan urusan jodoh anak sulungku Norfarhana Abdul Wahid. Engkau kurniakanlah dia jodoh yang terbaik,  soleh yang boleh menjaga dan mendidik dia, jodoh yang mendirikan solat lima waktu dan peliharalah perjalanan dia. Engkau perluaskanlah rezekinya. Engkau permudahkanlah rezekinya.  Ya Allah, Engkau lindungilah sepanjang perjalanan dia. Engkau lindungilah dia dari bala bencana."

lebih kurang macam ni doa abah.
aku tak berapa ingat detail tapi point tu yang penting kan?
mama kata teresak-esak abah doakan untuk nana.
menangis tak berhenti.
okey, aku dah sebak.

abah adalah satu-satunya manusia yang tidak pernah langsung tanya aku bila nak kawin.
sebab abah pernah kata

"abah tak kisah, umur berapa nana nak kawen tapi pilih orang yang betul-betul terpilih. paling penting solatnya."

"perempuan zaman sekarang tak perlu risau kalau kawen lambat sebab sekarang era manusia saling memerlukan duit. kejar cita-cita"

alaaaaaa,
kenapa cakap lagi pasal jodoh ni.
hmmmmm, sorry aku cuba elak tak sangka plak doa abah pasal jodoh.

bila aku kenal dengan seseorang and suddenly the relation is not work out.
aku tahu Allah sedang memakbulkan doa-doa aku dan doa orang-orang disekeliling aku.
dan rezeki aku juga kerana ada manusia yang tanpa henti dan jemu doakan keluasan rezeki aku.

Terima kasih abah.
kerana aku tahu im not a good daughter to my parents.
sebab aku selalu buat apa yang aku nak.
buat apa yang aku suka.
dan aku jarang buat apa yang mereka suka.
banyak argument aku buat even in silent.

masa mama cerita, aku tahan air mata keluar.
aku terharu sebab abah doakan aku dan mention nama aku.
bukan aku mahu tunjukkan abah bias dan memilih dalam bab berkasih sayang.
kerana aku tahu abah pasti doa juga untuk anak-anak yang lain.
cuma mama cerita part aku.
dan aku hanya tahu part aku.
kerana itu aku hanya cerita part aku.

kadangkala ayah ini adalah giver.
dan kadangkala ayah ini adalah keeper dalam senyap.
ayah seorang keeper dalam doa dan tindakan-tindakan dia towards his family.
he giving his best.
he try hard to give the best to the family.

aku pernah cakap kat kawan aku.
i adore dengan abah.
kalau boleh i nak cari suami macam abah.
pandai bergaya macam abah, pandai cari ikan and sayur macam abah.
pandai masak macam abah.
suka membaca macam abah.
biasalah setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.
bukan semua orang maksum dan tiada kelemahan.
kan?

okeylah.
Terima kasih!~
.

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~