Posts

Showing posts from October, 2017

Kembara Buku

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Jumaat!~ hari yang ditunggu-tunggu bagi mereka yang bekerja dari isnin hingga jumaat. hari minggu yang ditunggu. sudah lama menyepikan diri dari pengembaraan buku. suka membeli buku, akan tetapi masa terlalu mencemburui. dan ternyata perubahan teknologi telah merampas segalanya. sudah ternyata manusia tidak mampu hidup tanpa telefon di tangan. adakala terfikir seronok zaman teknologi masih dibelakang. kerana buku sentiasa di tangan. memegang konsep  'terbawa buku, terbuka, terbaca, tertambah ilmu didada' azam yang tinggi ditahun baru untuk membaca sekurangnya sebuah buku setiap bulan. tapi hampa. dan setiap minggu perlu ada 'Kembara Buku'. bertambah lagi hampa. masih belum mampu untuk membedah buku akan tetapi memberikan pandangan dari sudut yang positif tentang sesuatu buku. Buya Hamka masih mengungguli ca

Emosi

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Emosi merupakan sesuatu permainan perasaan. lebih tepatnya adalah perasaan. setiap orang emosinya turun dan naik tetapi perlu dikawal dalam apa jua sekali keadaan. kerana emosi, badan boleh binasa. bila lontaran kata tidak kena pada masanya. tok nenek kita juga sudah berpesan. malah dalam islam juga ada menggariskan supaya bertindak jangan dalam keadaan marah. perlu keadaan yang tenang ketika membuat sesuatu keputusan. jika sedang berdiri, duduklah kamu untuk meredakan perasaan marah. jika tidak mampu, maka baringlah. betapa emosi itu perlu dikawal supaya amarah tidak menguasai diri kita. kelak menyesal tiada guna. perbincangan berlandaskan emosi, ternyata penampakan betapa tidak dewasanya kita. oleh itu perlunya pengawalan emosi yang bijak dan bagus. bukan semua mampu untuk melayan karenah emosi yang tidak menentu. sedangkan kita tidak suka jika

Pulau Perhentian 2!~

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam Rabu!~ mencari masa senggang untuk menulis Pulau Perhentian 2. kali ini penceritaan perjalanan dan keseronokan. lumrah kehidupan, ada gembira, suka dan duka. tidak semua perkara and setiap hari kita akan lalui kegembiraan. tapi semua orang sukakan kegembiraan. kami bertolak jumaat malam sabtu. alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan kami. permulaannya agak takut kerana Lebuhraya Pantai Timur memang gelap dan tidak banyak kenderaan yang lalu bila lewat malam tidak seperti Lebuhraya Utara Selatan. siapa tak risau. hati dah berdebar beberapa hari. kami bertemankan mereka-mereka yang hendak ke Fastakim, yang berlangsung di Terengganu. Kami tiba di Jeti Kuala Besut jam 8. berurusan baki pembayaran sambil menunggu pintu pagar dibuka jam 9 pagi. aktiviti hari sabtu agak padat kerana kami cuma menginap selama 2 hari satu malam. maka, hari sabtu terus

Pulau Perhentian 1!~

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang ::: Salam selasa!~ puas berehat seharian semalam. basuh baju dan lipat baju yang bertimbun bak gunung kinabalu. siap masak untuk bekal hari ini. pergi bercuti dua hari satu malam tapi saja ambil cuti hari isnin sebab memang tahu mesti penat travel. alhamdulillah selamat pergi dan balik. tak sabar nak kongsi keindahan alam yang Allah anugerah kat mata kami. tapi hari ini biar kami kongsi pengalaman yang tak seronok dulu. sebab biar bagi yang tak seronok dan seronok datang kemudian. disebabkan kami sampai sabtu pagi, menginap di pulau pun sekadar dua hari satu malam dan terus ke aktiviti snorkelling. kami tak sempat untuk check in chalet terlebih dahulu. terus sahaja ke aktiviti snorkelling dan kami bernasib baik sebab memang pakai pakaian untuk aktiviti snorkelling. aktiviti snorkelling habis jam 2 dengan sebanyak 6 check point. check point terakhi