Pulau Perhentian 2!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Rabu!~
mencari masa senggang untuk menulis Pulau Perhentian 2.
kali ini penceritaan perjalanan dan keseronokan.
lumrah kehidupan, ada gembira, suka dan duka.
tidak semua perkara and setiap hari kita akan lalui kegembiraan.
tapi semua orang sukakan kegembiraan.

kami bertolak jumaat malam sabtu.
alhamdulillah Allah mudahkan perjalanan kami.
permulaannya agak takut kerana Lebuhraya Pantai Timur memang gelap dan tidak banyak kenderaan yang lalu bila lewat malam tidak seperti Lebuhraya Utara Selatan.
siapa tak risau. hati dah berdebar beberapa hari.
kami bertemankan mereka-mereka yang hendak ke Fastakim, yang berlangsung di Terengganu.

Kami tiba di Jeti Kuala Besut jam 8.
berurusan baki pembayaran sambil menunggu pintu pagar dibuka jam 9 pagi.
aktiviti hari sabtu agak padat kerana kami cuma menginap selama 2 hari satu malam.
maka, hari sabtu terus ke aktiviti snorkelling.



dengan hanya membuat pertukaran antara bot, di tepi jeti di Coral View dan terus menuju ke destinasi yang pertama.



Windmill

sumber google


pendakian yang agak seram tapi pemandangan yang sangat indah.
lukisan alam yang dah membuatkan terlalu jatuh hati dengan Pulau Perhentian.
sangat cantik.
tiada kata lain yang mampu diungkapkan.


tangga batu agak senget.
sangat senget dan permulaannya semua tidak yakin dan sebelum mendaki tangga untuk ke windmill perlu mendaki tangga kayu 

sumber google

nampak seram?
memang perlu melalui tangga ini untuk mendaki keatas.
jangan risau. orang gemuk pun boleh lepas apatah lagi kamu orang.
rugi kalau hanya duduk dibatu yang senget sebab pemandangan dari atas sangat cantik.
kombinasi warna laut, gunung and langit.

sumber google
rasanya kayu sekarang lebih elok dan kukuh jika dibandingkan dengan gambar diatas ini.
sedangkan makcik yang bercucu pun berani,apatah lagi kamu. kan?
rugi kalau tak naik.
cuma ralat tak daki sampai atas.
sebab masa dan tangga pun banyak berlubang.
agak mencabar untuk sampai keatas.


pendakian yang paling tertinggi mampu didaki.
ada beberapa orang daari kumpulan kami yang sampai ke check point kedua.
tapi dah tak sanggup dan sudah dipanggil untuk ke destinasi seterusnya.





apa sahaja yang ada dikawasan ini semua cantik.
semuanya.

check point kedua
Self Confident
banyak masalah yang berlaku di check point ini.
sebab kami tak pandai berenang.
keyakinan untuk turun ke air pun alahaiiii.
hanya itu yang mampu diperkata.



check point ketiga
Turtle Point
kami tidak turun kerana masih fobia tertelan banyak air masin di check point sebelum ini.
bergantung kepada rezeki.
jika ada rezeki jumpa lah penyu di check point ini.
alhamdulillah rezeki sekejap tanpa sempat mengambil handphone untuk mengambil gambar.
bila ditunggu sekali lagi.
hampa.
tidak mahu muncul pula.



check point keempat
Romantic Beach
kat sini seronok sebab ada banyak ikan yang betul-betul ada didepan mata.
berenang-renang seolah tidak takut pada manusia.
 tetapi perlu berhati-hati kerana banyak terumbu karang yang boleh melukakan kaki.
fobia bila bab kaki.
cantik.
sehingga tidak mampu untuk digambarkan dengan kata-kata.

check point kelima
Shark Point
disini kami pun tidak turun.
satu takut dengan shark tetapi barangkali mereka sedang bercuti.
kerana tiada seekor shark yang dijumpai
nak turun ke laut tetapi ada beberapa perkara yang tidak diingin yang menghalang untuk turun.
terpaksa duduk diatas bot tengok mereka berenang meredah ombak untuk mencari seekor shark.


budak paling bersemangat untuk turun berenang sedangkan si abang duduk atas bot kerana takut.

check point ke enam


tidak tahu ini di kira check point atau pun tidak.
kami singgah disini untuk membilas diri dari air laut sebelum ke perkampungan nelayan.
air terjun yang kecil tetapi sejuk yang teramat sedangkan hari yang sangat terik.
ramai sood tetapi tiada pula yang mahu photobomb kami.


Check point terakhir
Perkampungan nelayan



banyak gerai yang boleh dipilih untuk makan tengahari.
betul-betul perkampungan kecil
ada sekolah kebangsaan
klinik desa
masjid
bila tiba bab makan, kami terus makan tanpa sempat mengambil gambar makanan.
semasa menunggu bot untuk menghantar kami pulang ke tempat penginapan masing-masing.
ada berlaku kemalangan sedikit.
salah seorang penduduk kampung telah jatuh dari pokok kelapa. pengsan dan dikejarkan ke klinik desa berhampiran.



dan balik ke penginapan masing-masing untuk rehat dan tidur.
malam tiada aktiviti.
hanya duduk ditepi pantai main teka-teka.
menyanyi
sambil merenung bulan teringat kekasih lama.
(okey ini gurau)




masa untuk pulang.
semoga kita bertemu lagi insyaa Allah.
pasti akan ulang kembali kesini.
cepat betul masa berlalu.
hati masih lagi tertinggal disana kerana terlalu cinta dengan keindahan alam yang Allah jamukan mata kami minggu lalu.
teruja.
seronok.
perasaan yang bercampur-baur.


kami bercadang untuk melalui jalan pantai sepanjang terenganu.
singgah di setiu untuk makan ikan celup tepung, sotong celup tepung dan udang celup tepung 40 ekor RM10.00.
gambar makanan tidak penting.
yang penting makan.


pemandangan laut si Terengganu ni memang cantik-cantik belaka.
jatuh cinta.
dan terlalu cinta.


permulaan perancangan menaiki bas dan pulang dengan kapal terbang.
fikir dan fikir dan fikir.
akhirnya kereta menjadi pilihan.
salah satu sebab nak jelajah satu terengganu.
2017 adalah tahun untuk Pantai Timur.
takut 2018 pun masih Tahun untuk Pantai Timur sebab cantik dan indah dan sukar untuk diluputkan dari memori.

bertolak dari jeti Kuala Besut jam 11 pagi.
tiba di rumah jam 12.30 malam.
dan tamat lah percutian Pulau Perhentian yang dirancang selama sebulan.
pertama kali merancang untuk bercuti.
selalunya semua perkara adalah on the spot.

setiap orang ada pengalaman yang berbeza dalam hidup mereka.
hargailah pengalaman yang kita lalui kerana keindahan hanya tercipta bila kita sedar akan kehadirannya.
tidak perlu membandingkan dengan kehidupan orang lain.
jalan cerita kita berbeza di atas dunia yang sama.
kita adalah apa yang kita fikirkan.
bukan atas pemikiran orang lain.


Terima kasih!


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~