Pulau Perhentian 1!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam selasa!~
puas berehat seharian semalam.
basuh baju dan lipat baju yang bertimbun bak gunung kinabalu.
siap masak untuk bekal hari ini.
pergi bercuti dua hari satu malam tapi saja ambil cuti hari isnin sebab memang tahu mesti penat travel.
alhamdulillah selamat pergi dan balik.
tak sabar nak kongsi keindahan alam yang Allah anugerah kat mata kami.




tapi hari ini biar kami kongsi pengalaman yang tak seronok dulu.
sebab biar bagi yang tak seronok dan seronok datang kemudian.

disebabkan kami sampai sabtu pagi, menginap di pulau pun sekadar dua hari satu malam dan terus ke aktiviti snorkelling.
kami tak sempat untuk check in chalet terlebih dahulu.
terus sahaja ke aktiviti snorkelling dan kami bernasib baik sebab memang pakai pakaian untuk aktiviti snorkelling.
aktiviti snorkelling habis jam 2 dengan sebanyak 6 check point.
check point terakhir adalah di kampung nelayan untuk makan tengahari.
selepas itu berehat di penginapan masing-masing.

tiba di tempat penginapan, masa untuk mendaftar masuk, bilik yang kami tempah tidak ada.
penat tambah kepanasan.
hati dah meluap kemarahan.
boss penginapan kami kata, kami tak pernah mendaftar.
eh salah.
agent kami tidak mendaftar dan dikatakan kalau ada mereka a.k.a agent akan beritahu mereka awal lagi sebulan yang lepas.
dan kami memang tempah sebulan yang lepas bukan emergency booking dan bukan juga on the sport booking seperti apa yang mereka katakan.
siapa saja yang tak marah dan di labelkan sebegitu.
sekurang-kurang tidak perlu rasanya untuk melabel kami bagaimana.
bila difikirkan banyak penipuan yang berlaku.
bukan agent yang kami berurusan tetapi pengurusan yang menguruskan penginapan kami yang menipu.
hal ini kerana, pihak penginapan kata tiada bilik penghawa dingin seperti yang kami tempah. memang tiada lagi bilik penghawa dingin pada waktu itu.
tetapi pihak pengurusan a.k.a agent disana kata bilik penghawa dingin ada tetapi mengalami kerosakan.
ikutkan hati yang marah memang nak menghemburkan segala kata cacian tapi memikirkan mereka lebih tua, kami redha.
rela dalam keterpaksaan.
dengan muka pemilik chalet yang annoyying.
and masih melabel kami on the spot booking tapi nak marah-marah.

keadaan bilik?
hampa.
lepas bersihkan diri terus ketiduran sehingga lewat petang.
dan bangun dalam kepanasan sambil sebal didalam hati masih tidak terubat sebab memang terlalu panas.
kipas umpama tak berfungsi.
bila kita membuat sesuatu dalam keadaan marah, semua benda yang kite buat serba tidak kena.
sama lah!

" nak gie mana nana?"

"memang tak lah aku nak hidup dalam kepanasan macam ni"

dan memang dalam keadaan marah.
kesian pula mereka yang kena marah tu.
aku terus keluar berjalan dan aku memang dah berjanji pada diri aku nak tengok matahari terbenam.
sebenarnya ada hikmah kenapa kami dapat bilik kipas bukan penghawa dingin seperti yang kami tempah sebelum ini.
pasti aku tidak akan bangun melihat keindahan alam yang Allah kurniakan.
dan keindahan alam yang mungkin aku tidak akan dapat dilain tempat.



berjalan menyusuri pantai.
seorang diri tanpa teman sampai lah ditempat yang sesuai.
sedang elok matahari terbenam.



menangis kerana Allah masih berikan hikmah kecantikan alam.
dan Allah berikan kegembiraan melalui alam.
bila dah lega dan nyamuk menghurung, terus balik kebilik sebab nak ajak mereka makan serta berjalan malam.
memang tak nak balik bilik selagi belum jam 12 malam.

bila dalam keadaan marah dan sedih.
kita pasti suka berjalan dan duduk merenung nasib mencari hikmah.
dan perlukan ruang bersendirian.
sementara itu, didalam hati mengadu dengan Allah apa yang terbuku sambil mengalirkan air mata.
insya Allah kita akan dapat rasa satu semangat baru yang mengalir.
cuba dulu baru tahu.
dan jangan lupa untuk berdoa yang baik-baik semasa bermusafir.


selepas makan malam, kami menyusuri tepian pantai dan duduk melepak ditepi pantai.
nak ke long beach jauh pula.
tak larat nak berjalan.
serius semput!
dan kebetulan malam tu kami berjalan bertiga.
bila dah turun baru ramai yang berjalan kaki beramai-ramai hendak ke long beach tapi kami dah tak larat.

sekali lagi Allah anugerahkan keindahan kesejukan malam dengan menurunkan hujan dengan lebat.
alhamdulillah kami tidak tidur dalam kepanasan lagi.
setiap ujian yang Allah berikan ada hikmah disebaliknya.
tapi tipulah kalau kami tidak merungut.
nak sampai ke tahap bersyukur sentiasa itu agak sukar untuk insan yang banyak khilaf ini.
selepas berfikir, baru rasa bersyukur dengan ujian dan nikmat yang Allah kurniakan.


dan perancangan Allah itu adalah yang terbaik.
Allah itu Maha Perancang.
andai kami check in terlebih dahulu sebelum aktiviti snorkelling, pasti kami tidak menghayati keindahan alam yang Allah bentangkan didepan mata.
pasti terfikir-fikir tentang bilik yang tidak seronok.
memikirkan segalanya tentang penginapan.
alhamdulillah.



dan sebenarnya ramai je yang kena tentang penginapan ini.
dan tidak sangka kami adalah salah seorang daripada mereka.
bila difikirkan akan marah tapi bila diperhalusi dengan hikmah yang Allah kurniakan, kami tidak akan ada pengalaman sebegini.
pasti semua indah-indah belaka.
bila kita nak tahu kita ini insan yang bersyukur ataupun tidak.
dengan ujian yang sedikit cuma inilah kita mampu mengerti tahap kesyukuran kita dimana.

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~