Emosi

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Emosi merupakan sesuatu permainan perasaan.
lebih tepatnya adalah perasaan.
setiap orang emosinya turun dan naik tetapi perlu dikawal dalam apa jua sekali keadaan.
kerana emosi, badan boleh binasa.
bila lontaran kata tidak kena pada masanya.

tok nenek kita juga sudah berpesan.
malah dalam islam juga ada menggariskan supaya bertindak jangan dalam keadaan marah.
perlu keadaan yang tenang ketika membuat sesuatu keputusan.
jika sedang berdiri, duduklah kamu untuk meredakan perasaan marah.
jika tidak mampu, maka baringlah.
betapa emosi itu perlu dikawal supaya amarah tidak menguasai diri kita.
kelak menyesal tiada guna.

perbincangan berlandaskan emosi, ternyata penampakan betapa tidak dewasanya kita.
oleh itu perlunya pengawalan emosi yang bijak dan bagus.
bukan semua mampu untuk melayan karenah emosi yang tidak menentu.
sedangkan kita tidak suka jika ada mereka yang membuat keputusan melalui emosi, maka jangan kita juga membuat perbincangan berlandaskan emosi.
emosi yang tidak stabil boleh merosakkan diri.
berjagalah.

masih lagi dalam pembelajaran mengawal emosi.
susah.
bukan senang seperti yang disangka tetapi tidak mustahil jika ianya berhasil.
turun naik emosi bergantung kepada persekitaran.
pilihlah kehidupan persekitaran yang positif untuk melahirkan emosi yang positif.
bersyukur dengan kehidupan dengan apa yang Allah bentangkan buat kita kerana boleh mengakibatkan kita berfikiran negatif dan membandingkan kehidupan orang lain yang kita anggap lebih baik dari kita.
itu juga boleh merosakkan emosi.
amarah menguasai.
habislah diri.

pokoknya, iman.
perlunya  peningkatan iman dari sehari ke sehari.

peringatan ini untuk diri yang khilaf.
sentiasa membuat dosa dari sehari ke sehari.
semoga kita semua dalam golongan mereka-meraka yang beriman dan beramal soleh.
berjaya dunia akhirat.


Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~