Kembara Buku

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Jumaat!~
hari yang ditunggu-tunggu bagi mereka yang bekerja dari isnin hingga jumaat.
hari minggu yang ditunggu.

sudah lama menyepikan diri dari pengembaraan buku.
suka membeli buku, akan tetapi masa terlalu mencemburui.
dan ternyata perubahan teknologi telah merampas segalanya.
sudah ternyata manusia tidak mampu hidup tanpa telefon di tangan.
adakala terfikir seronok zaman teknologi masih dibelakang.
kerana buku sentiasa di tangan.



memegang konsep 

'terbawa buku, terbuka, terbaca, tertambah ilmu didada'

azam yang tinggi ditahun baru untuk membaca sekurangnya sebuah buku setiap bulan.
tapi hampa.
dan setiap minggu perlu ada 'Kembara Buku'.
bertambah lagi hampa.


masih belum mampu untuk membedah buku akan tetapi memberikan pandangan dari sudut yang positif tentang sesuatu buku.
Buya Hamka masih mengungguli carta hati.
penceritaan yang penuh dengan bunga-bunga.
terselit beribu hikmah dalam penulisannya.

Hlovate yang penuh dengan kata-kata.
setiap apa yang dikata ada pengajarannya.
ada penceritaanya.
ada sebabnya.
setiap cerita penuh dengan ilmu.
satu persatu dibedah.



Ramlee Awang Mursyid.
bukan terlalu fanatik akan tetapi penceritaan setiap novel sesuatu yang tidak terjangkau dek akal.
sentiasa ada 'plot twist' dalam karyanya.

Pasangan suami isteri yang giat menulis.
Roza Roslan dan Mohd Kamil Ibrahim.
halus dan berseni penulisannya.

dan ramai lagi penulis kegemaran.
diikutkan hati dan nafsu, semua mahu dibeli dan buat pengembaraan satu per satu.

sudah semestinya peminat anime juga.
suka beli keluaran Gempak Starz dan paling diminati adalah Detektif Conan.
alangkah bahagia jika dapat hadiah Komik Conan.
senyum hingga ke telinga kiranya.
akan tetapi janji hanya tinggal janji.
kecewa hingga ke akhirnya.
berniat untuk menjadi pengumpul teragung.
setiap cerok kedai buku dijelajah.
 tiada lagi pengeluaran buku-buku komik dari Tora Aman.
sedih.
baru sempat kumpul sehingga 50 ++ sahaja.





banyak lagi senarai buku yang perlu dibaca.
belum lagi yang ditambah senarai yang perlu dibeli.
wajib dibeli.



membaca itu seronok.
seolah kita masuk kedunia penceritaan mereka.
pembayangan yang jelas dari penceritaan, lebih bertambah keseronokan.

"kau memang mudah terhibur kan"



semoga dikurniakan rezeki untuk menambah ilmu.
dikurniakan masa yang lapang dan senggang untuk mengembara kedalam dunia lain (cerita buku).
dan semoga dipermudahkan urusan dunia akhirat.





"seronoknya berkampung di library!"


Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~