Posts

Showing posts from May, 2018

Rezeki

Image
::: Bismillahirahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Rabu!~ Salam 14 Ramadhan. sekejap sungguh masa berlalu dah hampir setengah bulan kita berpuasa. alhamdulillah. malam ni dah malam ke 15 Ramadhan.
bulan puasa ni banyak sungguh isu-isu. nak ulas dan beri pendapat apa yang aku rasa tapi aku rasa apa yang aku nak cerita ni lagi penting kot. aku ni pelupa sikit orangya. bila berkaitan dengan diri sendiri, cerita dulu kat sini. lain-lain isu kita kupas kemudian.
sebenarnya nak cerita dalam ig story je tapi aku berpendapat nanti orang muak pula dengan luahan hati aku. maka, rajinkan diri menulis kat sini. sejak dua menjak ni aku suka buat ig story bila aku rasa aku nak simpan lama. sebab aku lebih suka belek ig story dalam archived dalam gambar kt archived.


semalam aku and team ohsemeet perhabiskan kulit popia untuk buat popia seaweed. dalam kepala
"okey, cukup dah. lepas ni fokus untuk diri sendiri"
bila tiba hari kejadian mengi…

Fitnah

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Jumaat! Salam 9th Ramadhan.
Rindunya nak menulis. menekan laju keyboard sambil mencurah-curahkan apa yang ada dalam kepala. takut idea lari keluar sebelum sempat menulis.
kebelakangan ni banyak isu yang berbangkit. rasa nak komen tapi..  biarlah mendiamkan diri itu lebih baik. kerana tidak melibatkan mana-mana pihak. serta lebih menjaga hati sendiri supaya tidak terlalu marah. tidak terasa sakit hati. bila ada manusia-manusia yang tidak sependapat dengan kita. ambil iktibar dari tindakan mereka. cari sudut positif, kenapa Allah pilih kita untuk tahu isu tersebut. ambil pengalaman mereka supaya kita tidak bertindak seperti mereka. tetapi bila kekuatan tiba, tegurlah mereka yang berkelakuan seperti itu.



fitnah media semakin berleluasa kebelakangan ni. kerana semua hanya dihujung jari. hanya dengan menekan button share, maka tersebarlah dengan meriahnya. tapi, Allah beri kita akal unt…

Salam Ramadhan 2018!~

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Khamis!~ Salam Satu Ramadhan!~


Alhamdulillah masih dipilih Allah untuk merasai Ramadhan lagi buat tahun ni. semoga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik dari Ramadhan-Ramadhan sebelum ini yang pernah dilalui.

semoga ibadah yang dilakukan diterima dan dipermudahkan hingga ke akhirnya. biarlah orang nak kata kita hipokrit pada bulan Ramadhan. biar hipokrit yang membawa kepada kebaikan buat diri kita. dan juga boleh menjadi sebaran kebaikan buat orang-orang disekeliling kita. insyaaAllah.
semua orang sukakan kebaikan. malah berlumba-lumba untuk melakukan kebajikan buat mereka yang memerlukan. ramai. sangat ramai yang mengambil kesempatan atas bulan yang penuh barakah untuk merebut pahala-pahala kebajikan. semoga kita juga tergolong dalam golongan mereka yang melakukan kebajikan serta mendapat ganjaran. insya Allah.
rebutlah peluang yang datangnya bukan berkali. hanya setahun sekali. b…

PRU14 2018

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Rabu!~
lepas seminggu berpilihan raya baru nak update dalam blog.
hari isnin hari tu berkobar-kobar nak luahkan pendapat sendiri pasal pilihanraya kali ni.
tapi masa tak mengizinkan.

hari ni nak tulis macam kekeringan idea pula.
saja nak abadikan dalam ni walaupun dah kali kedua mengundi.
walaupun takde satu gambar pun nak sepanjang tempoh berkempen mahupun semasa mengundi.
tapi semangat nak mengundi tu lain macam.
satu perubahan yang ketara, nak pergi mengundi pun bersiap bukan main.
pakai elok, sopan santun walaupun kena beratur panjang yang amat.

tahniah anak muda!
5 tahun yang lepas pergi mengundi saluran 4 sekolah tempat aku mengundi kosong.
kena beratur dalam 5 minit kemudian dah selesai mengundi.
inikalilah menjadi realiti!
alhamdulillah.

sepanjang hidup, kali ni memang paling bersemangat kami sekeluarga duduk depan tv sampai pagi.
sambil-sambil melayan group whatsapp yang j…

Impian Jalanan

Image
::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Isnin!~ sebelum penyakit Monday Blues menular. jenguk-jenguk sambil tuang idea yang mampu dan sebolehnya. apa yang aku tulis semua adalah apa yang aku fikir. dan semua adalah pandangan peribadi aku.

aku paling suka kehidupan semalam. menghabiskan sisa-sisa cuti dengan membaca. adalah impian setiap minggu aku yang mana aku tak mampu dan boleh capai setiap minggu. untuk menarik minat dengan membaca ni, kena ada mood yang perlu atau dorongan-dorongan dari pihak lain yang mengatakan buku tu best. orang kata excited lebih. kekangan-kekangan masa yang lain juga salah satu penghalang untuk aku laksanakan impian aku.


Alhamdulillah, i manage to finish in one day.

kali ni Teme bawa kisah yang agak berlainan dari dua buku yang terdahulu. mungkin ini adalah buku yang terakhir yang menceritakan pengalaman liku-liku kehidupan seorang Teme atau ada lagi yang lain? bak kata-kata mereka yang dah ha…

~WWF~ Wordless Wednesday Farhana~

::: Bismillahirrahmanirrahim ::: ::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::



I.N.S.P.I.R.A.S.I

Semoga terus-terusan berkarya. kerana mereka tidak pernah berhenti menyokong.


terus dan terus tanpa henti. memberi inspirasi.
~Teme Abdullah~