PRU14 2018

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Rabu!~
lepas seminggu berpilihan raya baru nak update dalam blog.
hari isnin hari tu berkobar-kobar nak luahkan pendapat sendiri pasal pilihanraya kali ni.
tapi masa tak mengizinkan.

hari ni nak tulis macam kekeringan idea pula.
saja nak abadikan dalam ni walaupun dah kali kedua mengundi.
walaupun takde satu gambar pun nak sepanjang tempoh berkempen mahupun semasa mengundi.
tapi semangat nak mengundi tu lain macam.
satu perubahan yang ketara, nak pergi mengundi pun bersiap bukan main.
pakai elok, sopan santun walaupun kena beratur panjang yang amat.

tahniah anak muda!
5 tahun yang lepas pergi mengundi saluran 4 sekolah tempat aku mengundi kosong.
kena beratur dalam 5 minit kemudian dah selesai mengundi.
inikalilah menjadi realiti!
alhamdulillah.

sepanjang hidup, kali ni memang paling bersemangat kami sekeluarga duduk depan tv sampai pagi.
sambil-sambil melayan group whatsapp yang jarang riuh.
masa keluar malam tu pun sempat lagi update berita terkini pasal keputusan.

"tak sangka awak minat juga pasal politik ae"

muka aku ni takda macam minat politik ke?
aku lebih suka memerhati, membaca gerak geri mereka.
dari mengeluarkan kata-kata yang aku tak pasti.
bagi aku setiap orang ada idea dan pandangan tersendiri terhadap parti dan pemimpinnya.
aku juga macam tu.
aku tak pernah pertikai pendapat orang untuk sokong mana.
dan parti mana yang akan memerintah.
setiap orang mesti ada terlintas

'aku harap parti yang aku sokong yang akan menang'

aku pun tak kurang macam tu.
ada sebab kenapa aku perlu sokong.
berpandukan apa yang perlu aku sokong.
tapi PRU14 ni adalah tsunami rakyat dimana anak muda berani bersuara.
dan berani keluar dari yang biasa yang lama dah memimpin negara.
Tahniah anak muda!
bangkit melawan kekejaman yang bermain didepan mata!

cuma bila ada parti-parti yang menang rasanya xperlu nak mengungkapkan kata-kata yang boleh mengguris sesetengah pihak.
mungkin aku yang terlbih-lebih terasa tapi aku rasa aku patut terasa bila Pakatan Harapan menang ada yang mempertikai

"siapa yang tak undi parti islam, dimana nilai keislamannya?"

"diharapnya dijauhkan dari pemimpin yang zalim"

"harapan dah menang, semoga islam kita dilindungi"

ada juga suara-suara sumbang, lepas ni dapat pemimpin bukan islam lah Malaysia ni.

berhati-hati bila berkata.
rasa nak campak buku perlembangan kat mereka.
hadamkan perlembangan baru berkata-kata.
tidak perlu menjadi islam yang terlalu jumud.

setiap orang ada kelebihan dan kekurangan.
setiap orang ada kelemahan.
setiap orang ada pernah buat silap.
kita tiada hak untuk menilai siapa pun mereka hatta kita punyai ilmu penuh didada.

"berilmu bukan bererti bisa menjadi penghukum dunia!"


apa yang nampak pada PRU14 kali ini adalah kasih sayang dan saling memaafkan.
bak kata kawan aku.

"memaafkan itu susah pada permulaannya tapi bila kita dah biasa ungkapkan kata maaf walaupun bukan salah kita. kita akan dapat satu perasaan yang tenang. dan memaafkan itu penyambung kasih sayang"

ambil intipati yang boleh membawa kebaikan dalam kehidupan kita.
orang tua-tua kata

"ambil yang jernih buangkan yang keruh"

ada sebab kenapa Allah mengalirkan satu perasaan buat anak muda.
baca dan selami!
kita akan tahu apa intipati.
sama tersirat mahupun tersurat.
bergantung pada kita bagaiman kita menilai.
penilaian positif, maka positiflah yang kita terima.
penilaian yang negatif, maka negatiflah yang kita akan dapat.

Malaysia sudah berkerajaan baru.
minda kita bila mahu baru?
masih lagi bermentaliti jamban?
hadam dan fikir!

Sekian terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~