Sumber Inspirasi!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Hai!~
Salam Rabu!~

terasa macam nak bersembang sikit harini.
tiba-tiba muncul idea.
lama dah nak buat kat instagram, kira macam nak tanya pendapat 

what will you do if you are lack of motivation?

nantilah aku tanya. kat story ni ramai sikit kalau respon.

pernah tak korang rasa down?
lack of motivation untuk hidup?

so, apa yang selalu korang buat untuk bangkitkan semula motivasi untuk diri sendiri?



aku tahu semua orang akan rasa benda yang sama.
aku tak tahu pernah tak aku bangkitkan isu ni.
tapi nak cakap juga balik.
ada satu hari yang kita rasa macam tertanya-tanya pada diri kita dan rasa sangat yang we are loser.
pernah kan?
aku pun pernah.
tipulah kalau tak pernah lagi lah perempuan yang lemah.
eceeehhhhh

bila tiba masa tu datang, aku akan rasa lemah je sepanjang masa.
setiap hari menangis.
perasaan itu akan datang tiba-tiba dengan sendirinya tak kira waktunya bila.
ada masa tengah gembira pun boleh tiba-tiba jadi sedih dan takde mood.

1) Segalanya MilikMu

ini tajuk lagu dari Mestica.
antara lagu favourite kalau aku down atau sedih atau rasa berat dengan ujian yang Allah beri.
aku akan dengar lagu ni.


lirik lagu ni sangat menyentuh hati aku setiap kali dengar.



until i realised.
everything comes from Allah.
He knows the best for us.
through this song, i got the meaning The Best Plan is from Allah.

aku dengar lagu ni sejak aku betul-betul angkat kaki dari tunggu orang yang sama after 10years.
Allah give me the best path.
sedih tu memang sedih.
and now, He send me the Best man in my life.

"Disetiap hujan yang membasahi bumi, Allah akan hadiahkan pelangi yang terindah"


2) Mama

She always know if im okay or im not.
Mama kan?



ikutkan hati memang nak cepat-cepat balik kampung tapi kekangan masa.
aku rasa macam everything datang dalam satu masa.
kadang, bukan untuk bercerita perihal apa yang menjadi kita sedih atau putus asa.
cukuplah bercerita tentang benda-benda yang bodoh.
boleh menggembirakan hati.
boleh kembalikan semangat yang hilang.

alhamdulillah, sekarang aku ada 2 mama yang boleh menenangkan hati.
alhamdulillah.
hadiah yang tak ternilai harganya.

3) monolog

yes.
monolog is one of the part kita doa.
aku suka bermonolog time drive lagi-lagi kalau dalam hujan yang menyebabkan perjalanan menjadi panjang.
tak kisah lah monolog kita berbentuk mengadu, merintih, merayu.
monolog lah.
setiap kali kita teringat tentang sesuatu.
just bermonolog.

aku pernah jumpa orang bagi term 

"bercakap dengan Tuhan"

tapi aku tak jumpa term tu. 
dan sekarang tak ingat siapa yang bercakap.
tapi one of the ustaz/ustazah selebriti juga.

aku cuma berani menggunakan term bermonolog.

apa itu monolog?

monolog ialah percakapan kepada diri sendiri sama ada dizahirkan melalui hati atau disuarakan hingga bisa dengar melalui halwa telinga kita.

berdoa itu tidak semestinya hanya dilakukan selepas solat tetapi boleh dimohon bila-bila masa sahaja.
bila teringat, terus zahirkan.
atau bermonolog.
seolah kita bercakap dengan Tuhan.
jangan pernah berhenti.


cepat-cepat pulihkan perasaan dan bangkit dari kesedihan kerana ia akan memakan diri kita bila lama-lama bersarang dalam hati.

"kita adalah apa yang kita fikir"

dan semalam aku terjumpa post ni

" Remember most of your stress comes from the way you respond, not the way life is. Adjust your attitude and all that extra stress is gone"

Terima kasih!


Lots of Love
-Nanawahid-

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~