Happy Birthday Amir!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Salam Khamis!~

setelah berfikir berkali-kali
maka, kita abadikanlah disini untuk pertama kali.

Happy Birthday Muhammad Afiq Amir!~



semoga dipermudahkan urusan-urusan yang mendatang begitu juga dengan urusan kita berdua.
dipermudahkan rezeki dan dilimpahi dengan rezeki yang mengalir tanpa henti.
sentiasa bahagia bersama mereka yang dicintai dan mencintai.



K.A.U



kau datang tepat pada masa
tika kita berdua 
perlukan cinta

kau berikan seluruh jiwa
raga
seluruhnya
untuk kita

kau hadiah dari Yang Esa
tidak ternilai harganya
sempurna.

aku?
bersyukur tidak terhingga.


sesungguhnya perancangan Allah itu paling sempurna.
tak pernah terlintas difikiran dapat berkenalan dan bercinta dengan insan yang bernama 
Muhammad Afiq Amir.



ini adalah kali pertama kita sambut birthday bersama.
i am super excited, dalam masa yang sama Allah pisahkan kita dengan jarak.
betullah, bukan semua apa yang kita rancang adalah yang terbaik buat kita.
sesungguhnya jarak inilah yang paling terbaik untuk kita.



terima kasih untuk semuanya.
tak terhingga rasanya.
terima kasih kerana bersabar dan memilih untuk hidup bersama.
terima kasih menunaikan janji.
semoga ia terlunas dengan sempurna.
semoga terus-terusan bersabar dan gembira hingga ke akhirnya.

maaf ditahun yang pertama, tidak sempurna.
tiada apa.


Happy Birthday!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~