All The Best, Boo!~

::: Bismillahirrahmanirrahim :::
::: Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :::


Hai!
Salam Khamis!

sesaja tengah boring ni.
menjengah sebentar sebab gambar ada even sikit ja.
should minta kat natasha ni.

dah lama tak membebel kat sini.
rasa macam dah takde isu dan idea untuk membebel.
bila baca balik, best pula tang part membebel.
takpelah.
ni kita membebel atas pemergian mr.boo ke Sabah jelah.


Finally, masanya telah tiba keberangkatan Amir ke Sabah.
tak sangka cepat betul masa berlalu.
pejam celik pejam celik, dah tiba masa.
macam baru semalam dia bagi aku handphone dia untuk beritahu dia dapat tawaran Mara kat Sabah.
macam semalam juga aku terkelu seribu bahasa.

habiskan masa sebaiknya.
dah lama dia offer untuk ambil aku balik dari Brunei.
touch down je kat Malaysia, terus jumpa.
bercuti kali ni agak rileks sikit. setengah hari dok berguling-guling.
perancangan asal nak cari ole-ole pagi tu kat pasar sebelah hotel je.
tapi disebabkan dah dapat hari sabtu.
maka ahad tu rehat-serehatnya.
seronoknya!
even tak habis baca satu novel, at least i got my me time!




kononnya ahad tu last date, pergi makan-makan dengan dia.
rupanya on thursday tu keluar lagi.
tanpa sengaja sebenarnya.



sebab on wednesday pergi cabut gigi bongsu.
doktor bagi MC. gunakanlah sebaiknya MC tu dengan pergi merayap kesana kemari. tolong selesaikan apa-apa yang belum selesai untuk my Mr Boo ni.
alhamdulillah settle sesikit.
sempat juga buat spect mata!



Sabtu pun jumpa lagi sebab Farewell Dinner katanya.
keluar dengan satu family.
alhamdulillah.



bersyukur dapat family yang tak berkira dan terima kita seadanya.
terasa disayangi sentiasa walaupun bukan lahir dari darah yang sama.
Ya bersyukur, Allah kurniakan orang yang baik-baik disekeliling aku.
family, adik-beradik, bakal family, kawan-kawan, rakan sekerja dan orang sekeliling yang sangat baik.
Terima kasih Allah!

"cepatnya masa berlalu. sedihnya i nak pergi tinggalkan you. rasa berat hati tapi kena pergi juga tuntutan kerja"

"xpe, kita berpisah sementara and sekejap saja. yang penting jaga diri dan hati masing-masing yea"

Ahad tu kami pergi berasingan.
aku pergi dari rumah je sebab lagi dekat. kalau dari rumah mereka berpatah-patah balik pula.

selesaikan check in luggage semua, just lepak-lepak dan makan je.
berborak.
berbual.
tak sangka ramai pula yang datang menghantar.
untung Boo.
ramai yang sayang dia termasuk kawan-kawan.



dah tiba masa boarding.
biasalah drama-drama air mata pasti akan ada.
yelah, nak berpisah jauh kan.

yang tengok video pun boleh nangis.
apatah lagi yang menghadapi.
sedih tapi perlukan juga pengorbanan untuk masa depan.
aku boleh tahan lagi.
takdelah banjir mana kat sana.
tapi bila sorang-sorang memang banjirlah.



kat ofis pun boleh mengalir dengan sendirinya.
sepanjang hari.
hari ahad pun banjir juga rumah tu.
aku macam fikir aku tak kuat tapi aku kena kuat.

kenapa macam cerita pasal aku je ni?

orang first dia ucap selamat tinggal adalah aku.
mijah panggil untuk selfie sebab depa malu nak bergambar bersama.



" jaga diri tau."

"okay."

speechles. and clueless.
aku diam je.
tengok dia salam dan peluk setiap sorang ahli keluarga and kawan-kawan.
sedih tapi masih boleh bertahan.

memang duduk kat belakang je.
sampai Isya cakap

"kaknana pergi laaa depan  amir dah nak masuk dah tuu"

"..."

masih kaku dan speechless

"takpe, ni (tunjuk hana) biar Isya jaga dia. pergi kat sebelah mama"

dapatlah rakam dia lambai aku.

priceless.
muka sedih dan sayu.

tapi paling sayu sebenarnya bila mama salam, peluk cium aku.
aku rasa tu start aku sedih sangat sampai mengalir laju je air mata

"apa-apa call mama yea sayang"

papa

"dia takde apa kat sana tu nana. dia okay ja. jangan risau"

isya
datang dan peluk

natasha
datang dan peluk

"sekejap je kaknana. pejam celik pejam celik dah jumpa balik"

hazim
"terimalah lagu ini dari orang biasa..."




all the best, Boo!
semoga dipermudahkan urusan mencari rezeki di sana. tenang hadapi sebarang ujian yang mendatang. insyaa Allah kami kat sini baik-baik dan keep strong everyday.
semua berlaku dengan sekelip mata tanpa kita jangka dan tanpa kita duga.
pernah kita bincang PJJ dan benda paling kita taknak, itulah yang berlaku, itu yang Allah beri kerana Allah tahu kita mampu.
kita tahu banyak hikmahnya
mungkin kita belum bersedia tapi kita tetap kena sedia.
sedih itu perkara biasa. lepaskan jika perlu tapi jangan ia berlarutan sampai bila-bila.
terima kasih kerana memilih.
terima kasih berkorban.
terima kasih untuk kasih dan sayang.
terima kasih untuk semuanya.
all the best!

Terima kasih!

Comments

Popular posts from this blog

Isu Agoda

Perjalanan Terakhir...

First Date!~